Wednesday, August 31, 2022

RM33,516 lesap diperas ugut video bogel.. & Bersawah di angkasa.

 


1. Padah panggilan video bogel, RM33,516 lesap diperas ugut kenalan WhatsApp

TELUK INTAN: Padah berkongsi foto dan video bogelnya bersama seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp, seorang lelaki kerugian RM33,516 apabila diperas ugut suspek.

Semuanya bermula apabila mangsa, 55, menerima mesej daripada seorang wanita untuk berkenalan dengannya pada 10 Ogos lalu, sebelum perbualan antara mereka membawa kepada panggilan video berunsur lucah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata, melalui panggilan video, wanita itu menunjukkan tubuh bogelnya tanpa muka, sebelum mengajak mangsa melakukan perkara sama kira-kira jam 1 pagi pada 15 Ogos lalu.

Selepas itu, katanya suspek melakukan pemerasan dengan meminta mangsa memindahkan RM5,000 kepadanya dan jika enggan, foto serta video bogel mangsa akan disebarkan ke media sosial.

"Mangsa kemudian memindahkan RM3,888 ke akaun bank diberikan suspek secara dalam talian.

"Tidak cukup dengan itu, suspek terus memeras ugut mangsa untuk membayar wang supaya foto dan video bogel yang masih ada dalam simpanannya dipadamkan," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, secara keseluruhannya mangsa melakukan beberapa pembayaran berjumlah RM33,516 sehingga Jumaat lalu ke beberapa akaun bank yang berlainan atas penama berbeza.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan polis masih berasaha mengesan suspek.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa tertipu begitu? Tak cerdik dan terlalu ikut kata nafsu.. Bagaimana cara selesainya? 

Cerdiklah, dengan kembali kepada panduan Islam. Insya Allah, selamat dunia akhirat!


2. Angkasawan China berjaya menumbuhkan benih padi di stesen angkasa lepas   

BEIJING: Angkasawan China dilaporkan berjaya menumbuhkan benih padi di stesen angkasa lepas Tiangong, sekali gus menyumbang kepada penerokaan usaha bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan makanan dalam misi angkasa lepas jangka panjang.

Berbanding eksperimen penanaman padi lain yang pernah dilakukan sebelum ini, usaha dijalankan di Tiangong itu adalah yang pertama seumpamanya menyasarkan kitaran lengkap tanaman itu, bermula dengan benih hingga menjadi tumbuhan matang dan menghasilkan benih baharu.

China melancarkan makmal angkasa lepas Wentian ke orbit pada 24 Julai lalu, yang antara lain untuk tujuan eksperimen penanaman padi.

Penyelidik di Pusat Kecemerlangan dalam Sains Tumbuhan Molekular, Akademi Sains China, Zheng Huiqiong, berkata sejak eksperimen itu bermula 29 Julai lalu, benih padi varieti tinggi telah tumbuh mencecah ketinggian kira-kira 30 sentimeter, manakala benih padi varieti pendek pula tumbuh hingga kira-kira lima sentimeter.

"Angkasawan terbabit akan terus memantau tanaman berkenaan. Jika eksperimen itu berjaya, mereka akan mengumpulkan benih baharu yang terhasil dan membawanya pulang ke Bumi untuk kajian lanjut," katanya.

Sekiranya mahu mendarat dan menerokai planet Marikh, Zheng berkata, bekalan makanan dibawa dari Bumi tidak akan mencukupi untuk angkasawan menempuh perjalanan yang jauh serta misi di angkasa lepas.

"Justeru, kita perlu mencari sumber makanan yang mampan untuk penerokaan angkasa lepas jangka panjang," katanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Marilah cuba-cuba fikir ke depan, supaya orang Islam dapat jadi peneroka sawah padi di angkasa lepas. Dapat atasi masalah permakanan manusia-manusia di bumi. Insya Allah!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails