Monday, August 29, 2022

PH gagal, mimpi ngeri rakyat. RM74 juta RMK-12 Beaufort (KASA)

 


1. Kegagalan PH mimpi ngeri rakyat Malaysia

PERIKATAN Nasional (PN) telah menyambut ulang tahun kedua penubuhannya dan diraikan pada Konvensyen Perikatan Nasional 2022 (PN22) di MAEPS, Serdang pada hari semalam.

Parti Perikatan Nasional lahir dalam keadaan yang luar biasa sebagai wadah alternatif kepada Pakatan Harapan yang terbukti gagal sepanjang 22 bulan tempoh mentadbir Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Pakatan Harapan ternyata adalah sebuah kekesalan dalam episod sejarah politik tanah air apabila mereka memerintah dalam keadaan menipu rakyat,  tidak bersedia, berpecah belah dan jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

Lebih malang lagi apabila Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan yang kucar kacir serta hilang fokus ketika mentadbir mereka cuba merobek prinsip-prinsip tunjang dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi asas kepada jati diri negara dan rakyat Malaysia.

Mimpi ngeri rakyat Malaysia selama 22 bulan mentadbir pasti akan menjadi pengajaran bermakna buat rakyat Malaysia dan menjadi pedoman buat generasi undi -18 akan datang.

PAS menyokong penuh gagasan Perikatan Nasional dalam konvensyen ini iaitu “Prihatin Rakyat dan Malaysia Sejahtera” sebagai tawaran baru kepada para pengundi menuju PRU-15 akan datang.

PAS akan memastikan agar kesemua jentera parti memberikan fokus 100% bagi menghadapi PRU-15 akan datang dan akan memastikan PH tidak lagi kembali berkuasa di Putrajaya walau seinci selepas daripada ini.

“Prihatin Rakyat”
“Malaysia Sejahtera”
“Islam Menyatukan Ummah”


YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
28 Ogos 2022 | 30 Muharam 1444H – HARAKAHDAILY 28/8/2022


2. Penduduk hargai kesungguhan KASA tangani masalah banjir  

BEAUFORT: Projek tebatan banjir dan pemuliharaan Sungai Padas di Beaufort diharap dapat dilaksana dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku banjir di kawasan berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Beaufort, Asrul Samat berkata, peruntukan berjumlah RM74 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) diharap dapat menangani masalah banjir di kawasan berkenaan.

Katanya projek tersebut dilulus kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) membuktikan kesungguhan KASA melakukan inisiatif untuk mengurangkan masalah banjir yang berlaku di Beaufort.

“Kami menyambut baik komitmen Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia serta agensi terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah terhadap isu banjir, bekalan air dan inisiatif pemuliharaan Sungai Padas,” katanya di sini.

Baru-baru ini Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan pegawai-pegawai dari agensi kerajaan mengadakan lawatan kerja ke Beaufort bagi meninjau masalan banjir dan projek bekalan air.

Asrul juga berkata, kehadiran Menteri KASA ke Beaufort memperlihatkan kesungguhan kerajaan Pusat dan negeri bagi menangani masalah yang dihadapi rakyat sejak sekian lama.

Menurutnya juga usaha untuk menjaga ekosistem alam sekitar bagi memupuk kesedaran masyarakat perlu dipergiatkan bagi manfaat generasi akan datang. – HARAKAHDAILY 28/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH gagal, mimpi ngeri rakyat, 22 bulan ghuyup. RM74 juta RMK-12 Beaufort (KASA), pilihlah pemimpin yang buat kerja dan turun bersama rakyat.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails