Monday, August 29, 2022

LGBTQ+: Seks sesama lelaki S'pura. M'sia X kompromi.

 

1. LGBTQ+: Umat Islam di Singapura perlu kekal teguh

KUALA LUMPUR: Masyarakat Muslim, alim ulama dan persatuan-persatuan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Singapura disaran agar kekal teguh mempertahankan syiar agama suci ini, susulan kerajaan negara itu bakal mewartakan bahawa perlakuan seks antara sesama lelaki sebagai bukan lagi suatu kesalahan dari segi jenayah.

Itu reaksi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) terhadap senario terkini di negara jiran Malaysia itu, yang mana susulan pengumuman kerajaan Singapura itu mencetuskan perasaan tidak puas hati golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh (LGBTQ+) negara itu yang menggesa pula perkahwinan sejenis diiktiraf.   

Zai Mustafa

Sehubungan itu, UMMAH dalam kenyataan oleh Pengerusinya, Zai Mustafa berkata, pihak beliau menggesa agar tidak ada mana-mana negara yang menyokong sebarang undang-undang yang mengiktirafkan perkahwinan sejenis yang di promosikan secara global oleh pertubuhan hak asasi kemanusiaan antarabangsa.

Menurut beliau, sekiranya pelaksanaan perkahwinan sejenis ini turut dilaksanakan di Singapura, timbul kebimbang ia akan menular pula ke Malaysia dan seterusnya ke negara-negara lain.

“Justeru, saya menasihatkan kepada pihak yang mempromosikan perkahwinan sejenis dan golongan LGBTQ, khususnya orang Islam, agar mereka kembali semula kepada ajaran Islam yang sempurna dan bertaubat kepada Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/08/2022

2. Kerajaan tidak kompromi individu, kumpulan hina agama 

BACHOK: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa berganding bahu dengan ‘influencer’ berkaitan ilmu agama Islam.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, ia bagi memberi kefahaman dalam ilmu agama yang betul.

Dengan usaha itu kata beliau, pihaknya akan memastikan tiada lagi orang Islam sendiri yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada agama.

“Kita melalui agensi Jakim, sentiasa mengadakan pertemuan dengan influencer yang menjadi rujukan masyarakat dalam ilmu agama di media sosial ini.

“Kita ada kerjasama dengan mereka bukan sahaja perbincangan biasa, bahkan kita merancang untuk melaksanakan kandungan yang membawa kesedaran,” katanya.

Beliau berkata selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut dan penyampaian van serba guna kepada Masjid al Rahman Mukim Repek, di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Yayasan Taqwa, Dato’ Razali Shahabudin dan Pengarah Tabung Haji Kelantan, Ashrof Shamsuddin.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu menjelaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu atau kumpulan membuat penghinaan agama.

Beliau berkata, tindakan akan dikenakan selaras dengan peruntukan undang-undang untuk memastikan tindakan terbabit tidak berulang lagi pada masa depan.

Menurutnya, penggunaan media sosial bagi menyebarkan kebaikan, maklumat tepat serta kefahaman agama Islam yang benar sangat dialu-alukan.

“Pihak membangkitkan sama ada di media sosial, ucapan, perkataan dan perbuatan yang menghina agama, setakat ini tidak terlepas dari tindakan kerajaan.

“Tetapi yang paling penting sebar perkara agama yang baik dan sahih untuk pastikan bukan sahaja mendapat manfaat meterialistik tetapi pahala,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: GBTQ+: Seks sesama lelaki, Singapura tak bertamadun. Malaysia tak kompromi hina Islam.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails