Friday, July 22, 2022

PRU 15, PAS 'main 2 kolam'. & Perpaduan -Ulama Patani.

 

Abdul Hadi pada sidang media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini. - NSTP/Baharom Bakar

1. PAS mahu 'main dua kolam' hadapi PRU-15

MARANG: Kepemimpinan PAS masih mengharapkan dapat memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menerusi kerjasama dalam Perikanan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu tidak berganjak daripada agenda perpaduan ummah di negara ini.

"Kita tidak berganjak dengan agenda perpaduan ummah dan kerjasama dengan MN masih diteruskan," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, pada dasarnya PAS juga bersetuju untuk menggunakan logo PN baharu, walaupun ia masih dalam peringkat perbincangan.

Mengulas mengenai penggunaan logo lain jika PAS masih bersama MN, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata isu itu boleh dibincangkan kemudian.

Mengenai pengagihan kerusi sebagai persiapan menghadapi PRU akan datang, Abdul Hadi berkata, rundingan pengagihan kerusi sentiasa dibincang dari masa ke semasa.

"Walaupun tarikh PRU belum diumumkan, tetapi perbincangan termasuk persediaan menghadapi PRU sentiasa dibincang," katanya.


2. Ulama Patani ajak umat Islam perkukuh perpaduan 

KOTA BHARU: Umat Islam di negara ini perlu bersatu dalam segala perkara bagi mempertahankan agama dan memperkukuhkan perpaduan ummah.

Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Patani, Thailand Baba Ghazali Ahmad Al-Fathani berkata, Islam sentiasa mengajak ummah untuk bersatu.

Katanya, syariat Islam terangkum dalam nilai kesatuan yang merupakan elemen teras dalam Maqasid Syariah.

Kata beliau kesatuan serta perpaduan merupakan tonggak kepada kesejahteraan hidup manusia.

“Kalau kita berpegang dengan agama tentu kita dapat bersatu dan menyatukan ummah. Hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul.

“Selain itu juga bagi memperkukuhkan perpaduan dan kesatuan setiap kita perlu taat kepada pemimpin dalam erti kata lain demi menjaga kemaslahatan.

“Maqasid Syariah berfungsi bagi memastikan segala urusan kehidupan dan pentadbiran negara sentiasa menatijahkan kebaikan serta kesejahteraan seluruh ummah,” katanya pada forum sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Turut mengupas tajuk ‘Memperteguh Kesatuan Ummah’ pada program Bicara Ulama Nusantara anggota Exco kerajaan Kelantan Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria bertindak sebagai moderator.

Nassuruddin pula berkata, rakyat di negara ini perlu mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihimpit pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia.

Menurutnya perpaduan, kesatuan dan bersatu padu menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam demi menjaga keharmonian dan kesefahaman bersama bangsa dan agama lain.

“Allah SWT tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam selagi ia tidak membawa kepada keburukan.

“InsyaAllah, kita dapat wujudkan suasana harmoni sesama masyarakat Islam dan bukan Islam dalam memperkukuhkan perpaduan yang telah lama wujud di negara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Pilih pn dan mn. Melayu beriman lagi cerdik. Jangan pilih pee hancing. Melayu cerdik tapi x beriman dan liberal. Beriman dengan dap yg silent player.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails