Monday, June 27, 2022

Mi segera perisa & sosej.. mengapa 'babi' jadi mangsa?

 


1. Mi segera perisa daging babi hadiah derma darah

BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.

"Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

"Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit," katanya.

Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya

2. Sosej daging babi dirampas positif ASF April 6, 2022 

SEPANG: Produk sosej daging babi yang dirampas daripada seorang warga China pada 26 Mac lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF), menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Menurut MAQIS, sosej daging babi seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM350 itu dirampas daripada lelaki warga China yang meletakkannya dalam bagasi tangan.

"Beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi berkenaan untuk diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar dan hasil ujian makmal mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit ASF," kata MAQIS dalam kenyataan hari ini.

Menurut MAQIS prosedur ujian itu dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas.

"Semua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawaian yang telah ditetapkan," katanya.

Malaysia mengenakan larangan membawa masuk produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit ASF termasuk penumpang di laluan udara yang membawa bagasi tangan bagi menghalang risiko kemasukan penyakit itu.

Menurut MAQIS penyakit ASF mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi hingga 100 peratus babi peliharaan yang boleh melumpuhkan industri ternakan babi dalam masa yang singkat. – BERNAMA 

Komen Weblog Ibnu HasyimMi segera perisa dan sosej.. mengapa 'babi' jadi mangsa? Tapi dalam kes ini tentu tiada kaitan dengan parti DAP...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Unknown said...

Ratib dap

Anonymous said...

Dalam jangka masa 22 bulan PH di bawah Tun Mahathir telah menjual aset dan harta rakyat hampir RM80 bilion.

Selain itu PH telah menggadai banyak tanah milik Tabung Haji dan menghurung aset Tabung haji sejumlah RM19 bilion masuk ke dalam Special Purpose Vehicle milik MoF dibawah Lim Guan Eng.

Senang cerita , Ketika Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir menjadi kerajaan 22 bulan, ia di lihat l sebagai kerajaan paling teruk dan gaga dalam sejarah negara selain kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam jangka masa singkat PH telah menjual aset dan harta rakyat hampir RM80 bilion.

Selain itu PH telah menggadai banyak tanah milik Tabung Haji dan menghurung aset Tabung haji sejumlah RM19 bilion masuk ke dalam Special Purpose Vehicle milik MoF dibawah Lim Guan Eng.

Ini menunjukkan betapa kerajaan PH tiada formula menambah “income” atau menarik pelabur masuk.

Tiada formula juga dari Rafizi untuk hal ini.

Sekaligus bermakna orang seperti Rafizi yang banyak formula sebenar nya sekadar ada formula untuk ‘counter’ secara teori untuk membidas Najib Razak sahaja dan bukan formula benar untuk dilaksanakan.

Di percayai , jika Najib Razak tidak mengesyorkan Malaysia untuk ‘adopt’ sistem percukaian GST, pasti sekali Rafizi akan datang menyerang Najib dengan menyatakan Najib pemimpin tidak peka perihal ekonomi dunia dan penyelarasan cukai sejajar 180 negara lain.

Pendekkan cerita jika Najib Razak syor kan penyelesaian ‘A’ , pasti Rafizi akan datang dengan formula ‘B’ dan sebalik nya.

Itu sudah pasti.

Ini menunjukkan betapa kerajaan PH tiada formula menambah “income” atau menarik pelabur masuk. Mana pergi nya formula Rafizi untuk menambahkan ‘income’ negara?

Mana pergi formula Rafizi untuk memberi pekerjaan kepada 1 juta rakyat seperti dijanjikan oleh PH , sebalik nya 40,000 kakitangan awam dibuang kerja.

Bermakna PH sendiri tidak perlukan formula Rafizi. Tiada formula juga dari Rafizi untuk hal ini.

Rafizi juga telah menjadikan Najib Razak sebagai sandaran populariti untuk naik kedalam arena politik Kembali.

Dengan menjadikan Najib Razak ‘opponent’ dan ‘punching bag’ nya Rafizi berharap akan dapat menaik kan nama nya dalam ‘corridors of powers’. Malah Formula Rafizi ke laut dalam.

Anonymous said...

Amenda ko merepek ni setan!

Mana ada special purpose vehicle bawah MOF. kah kah kah!

Sapa la bapak ko ni? Bangang gila!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails