Saturday, June 11, 2022

Beijing, serangan ganas seksual terhadap wanita..

 

Rakaman yang diedarkan dalam talian menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita sebelum orang lain mengheretnya keluar. - Foto TWITTER

Serangan di restoran China cetus bantahan keganasan terhadap wanita

BEIJING: Seramai lapan orang ditahan susulan serangan kejam ke atas sekumpulan wanita di sebuah restoran di China, menurut polis, hari ini.

Akibat serangan itu, ia mencetuskan kemarahan berikutan tingkah laku seksual pemangsa.

Rakaman insiden itu tersebar luas secara dalam talian yang memaparkan seorang lelaki meletakkan tangan di belakang seorang wanita ketika sedang berkongsi makanan dengan dua rakannya di restoran barbeku di wilayah Hebei, utara China.

Selepas wanita itu menolaknya, lelaki itu memukulnya sebelum orang lain mengheretnya keluar dan memberikan pukulan bertubi-tubi ketika mangsa terbaring di atas tanah.

Seorang lagi wanita turut dihempaskan ke lantai.

Video itu menghangatkan perbahasan dalam talian mengenai gangguan seksual dan keganasan membabitkan jantina di China di mana perbualan mengenai hak wanita berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun terdapat tekanan daripada masyarakat patriarki, penapisan internet dan sokongan undang-undang yang tidak menentu.

Pejuang kempen berkata, penderaan domestik masih berleluasa dan kurang dilaporkan, manakala feminis terkenal juga menghadapi gangguan dan penahanan polis yang kerap.

Penapis web menyekat kata kunci yang dikaitkan dengan gerakan #MeToo selepas gelombang wanita menuduh profesor universiti melakukan gangguan seksual pada 2018.

Polis di bandar Tangshan hari ini berkata, mereka menahan lapan orang kerana disyaki melakukan serangan ganas dan 'menimbulkan provokasi', sementara usaha mengesan seorang lagi suspek sedang dijalankan.

Dua mangsa wanita sedang dirawat di hospital susulan kejadian itu berada dalam keadaan stabil dan tidak membawa maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa, semalam.

Serangan itu mencetuskan ratusan juta komen di media sosial, di mana pengguna menyelar tingkah laku pemangsa dan menggesa pihak berkuasa untuk membanteras keganasan terhadap wanita.

"Hal sama boleh berlaku kepada saya, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Hukum mereka dengan tindakan undang-undang dan jangan biarkan sesiapa daripada mereka terlepas," kata seorang pengulas dalam hantaran yang menarik lebih 100,000 tanda 'suka'.

Tahun lalu, seorang lelaki Cina dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh bekas isterinya tatkala mangsa sedang melakukan penstriman langsung di media sosial, suatu kes yang mengejutkan negara. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimIslam mengangkat martabat wanita. 

Ringkasnya begini. Mari lita lihat sejarah. Antara budaya pelik masyarakat jahiliyah berkaitan wanita sebelum kedatangan Islam:

1) Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari lelaki.

2) Mereka hanya diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam,

3) Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.

4) Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..

5) Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati.

6) Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu.

7) Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan seks.

8) Lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)

9) Seorang ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.

10) Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.

11) Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)

12) Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. 

13) Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati. Sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh menunggang binatang dan macam macam lagi layanan pelik kepada orang perempuan. 

Selepas Kedatangan Islam

Munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

1) Wajib berlaku baik pada isteri

2) Tak boleh pukul isteri sewenang-wenangnya

3) Tak boleh setubuh isteri waktu haid

4) Tak boleh menduburi isteri

5) Tak boleh halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.

6) Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.

7) Jika mampu kahwin, maksimum empat Isteri tetapi Islam menekankan kalau tidak mampu, kekalah setia dengan seorang isteri

8) Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.

9) Syurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu dahulu baru bapa. Bahkan ibu didahulukan sebanyak tiga kali

10) Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.

11) Doa wanita lebih makbul dalam waktu tertentu.

12) Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.

13) Kena dahulukan anak perempuan dalam bab kasih sayang.

14) Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.

15) Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.

16) Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.

17) Dijamin masuk syurga jika besarkan anak perempuan dengan ilmu ugama sampai berkhahwin

18) Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan perkhidmatan.

19) Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.

20) Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun haid dengan syarat tidak sampai bersetubuh

21) Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum Islam)

Dan lain lain..

Oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita, maka hari wanita yang disambut pada setiap 8 Mac diadakan sejak 1909 di seluruh dunia. 

Bertujuan untuk memberi ruang kepada permasalahan ini dapat dibahas seterusnya diselesaikan. Tetapi perlu diingat, orang Islam ada penyelesaiannya menurut cara Islam. Insya Allah.


Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Puak feminis liberal mendabik dada konon mereka berjaya menegakkan persamaan hak wanita di Barat sedangkan pada hakikat wanita di Barat dilayan seperti objek seks. Puak feminis cuba memusnahkan institusi keluarga di Barat dengan menghasut wanita Barat supaya membebaskan diri dari tanggung-jawab rumahtangga. Keganasan rumah tangga berlaku pada kadar yang tinggi merupakan perkara biasa di Amerika Syarikat.

Puak feminis tempatan adalah barua kepada feminis Barat yang cuba melaksanakan agenda feminis Barat di negara kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails