Wednesday, June 08, 2022

Jom! Petrol percuma inisiatif bantu rakyat

 

BUKIT GANTANG, 6 Jun : Program Jom Isi Minyak Motor Percuma yang berlangsung semalam merupakan satu lagi inisiatif Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang ke arah membantu meringankan beban rakyat.

Demikian dinyatakan ketua pemudanya , Zu Hazmin Badri ketika ditemui di lokasi program berkenaan di sini.

Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang amat memahami kesan ekonomi yang berlaku sekarang ke atas rakyat khasnya golongan belia.

“Maka di pihak Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang, kami berasa terpanggil untuk mempelbagaikan program berbentuk kebajikan bagi membantu mengurangkan beban mereka pada ketika ini.

“Jadi, Program Jom Isi Minyak Motor percuma yang berlangsung di sini(semalam) merupakan salah satu daripadanya,” katanya. 

Program yang diadakan dengan kerjasama ARC Bukit Gantang dan DACS Bukit Gantang itu mendapat sambutan yang cukup baik bagi mereka untuk mendapatkan petrol percuma sebaik sahaja program dilancarkan.

Program yang mendapat sumbangan sepenuhnya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Senator Ustaz Idris Ahmad telah diadakan di stesen minyak Caltex Simpang.

Menurut Zu Hazmin, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak 100 buah motosikal tanpa mengira kapasiti enjin untuk diberikan isian minyak petrol percuma. 

“Mudah-mudahan dengan bantuan yang sedikit ini dapat mengurangkan beban mereka dan InsyaAllah kami akan teruskan lagi program ini pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Turut sama turun padang menjayakan program tersebut ialah Ketua ARC Bukit Gantang, Syahmi Nasaruddin. 

Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails