Sunday, May 08, 2022

Tunai haji: Tidak wujud isu ‘kabel’ atau ‘potong barisan’

 

KOTA BHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, Tabung Haji (TH) memberi jaminan tidak wujud isu menggunakan ‘kabel’ atau ‘potong barisan’ bagi mempercepatkan giliran menunaikan haji.

“Mengenai senarai menunggu, sudah ada kriteria tertentu yang menjadi keutamaan TH. Kalau tiada kuota tambahan, atau pun semua yang disenaraikan tiada masalah maka mereka layak untuk menunaikan haji,” katanya.

Beliau turut menasihati bakal jemaah haji dan umrah untuk sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi agar perjalanan lebih lancar dan teratur.

Ahmad Marzuk berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin.

Sementara itu, pengusaha dan penjual sesuatu produk dinasihat tidak meletakkan sebarang label tarikan berunsur keagamaan bagi mempromosikan produk dengan sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Menurutnya, tindakan itu juga boleh mewujudkan unsur penipuan terhadap pengguna.

Selain itu katanya, pengguna dinasihatkan tidak mudah terpedaya sehingga mudah tertarik dengan  promosi produk terutama yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta logo halal.

“Sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya timbul keraguan atau sesuatu yang tidak jelas terhadap sesuatu produk.

“Dari sudut kepenggunaan kita kena rujuk kepada KPDNHEP sekiranya ada pelanggaran sebarang peraturan yang boleh disifatkan berunsur penipuan.

“Kita berharap pengusaha-pengusaha produk kecantikan sebelum mengeluarkan sebarang supliment atau produk perlu memahami apa  dimaksudkan sunnah dan bukan hanya melabelkan produk dengan sewenang-wenangnya sehingga mengelirukan pengguna,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. – HARAKAHDAILY 7/5/2022

2 comments:

Anonymous said...

Rulez of Law Kerala.

Tak kena kat tekak sendiri meroyan, kalau krs Zety, Taufiq Ayman, Justo, Jho Low dan Nevin Tan (anak kroni Vincent Tan) atok buat bodoh...

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak menerima penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.
“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik Peguam Negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya.
Mahathir turut kekal dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak seharusnya membayar pampasan kepada Apandi, kerana tindakan yang dikenakan terhadapnya adalah betul dan menurut “Rule of Law"

Tun rules of law Tun rakyat dah meluat. Sabar Tun eehh rakyat marhean pun dah lama jugak bersabar nihh...kikikiki

kalau nak balas atau nak lawan kita tunggu PRU 15... ahaksss..!!

Anonymous said...

Betul kah penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman.!?

Sama ada itu benar atau tidak, tidakkah boleh dihujahkan bahawa mereka juga mengugut SPRM dalam menjalankan tugasnya?

Majlis Peguam diketuai Ambiga dan gang nyatiba tiba cemas gelabah terdesak seolah-olah lupa bahawa SPRM-lah yang menyiasat Najib yang membawa kepada sabitan kesalahannya.

Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib, sabitan yang mereka takut kiranya diketepikan, mereka melompat membelanya dan meragui kredibiliti SPRM...

Rules of Law apa yang mereka guna ni..!?

Majlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia tidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan.

Kenapa Majlis Prguan tiba tiba kalut sangat ni...!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails