Tuesday, May 10, 2022

'The Kashmir Files', Tahniah S'pura, pandai berjiran..

 

Seorang lelaki berjalan melepasi poster filem Bollywood ‘The Kashmir Files’ di luar pawagam di Mumbai. - Foto AGENSI

HALAMAN HIBURAN 

Singapura haram tayang filem kontroversi Kashmir 


SINGAPURA: Singapura mengharamkan tayangan filem kontroversi India mengenai penghijrahan orang Hindu dari Kashmir yang majoriti penduduknya beragama Islam kerana berpotensi menimbulkan perselisihan antara masyarakat yang berbeza.

Filem 'The Kashmir Files' mendapat pujian daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan pengikut nasionalis parti kanan Hindu, selain menjadi salah satu filem dengan kutipan box-office tinggi di India.

Bagaimanapun, pengkritik berkata ia mempunyai sentimen anti-Islam dan tidak berdasarkan fakta tepat.

Kerajaan Singapura dalam kenyataan, berkata filem itu tidak akan diberi klasifikasi kerana provokasi dan penggambaran berat sebelah terhadap umat Islam dan gambaran penganut Hindu dianiaya dalam konflik yang sedang berlaku di Kashmir.

"Gambaran ini berpotensi menimbulkan perselisihan antara masyarakat yang berbeza, dan mengganggu perpaduan sosial dan keharmonian agama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails