Monday, May 09, 2022

Bertelanjang demi pingat emas sulung M'sia, wajarkah?

 Atlet terjun negara Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) beraksi dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh. - Foto BERNAMA

Atlet terjun negara Ng Yan Yee (kiri) dan Ong Ker Ying (kanan) beraksi dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pada Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh. - Foto BERNAMA

Sukan SEA: Skuad terjun raih emas keempat

KUALA LUMPUR : Skuad terjun negara menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di Sukan Sea Hanoi selepas gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita sebentar tadi. 

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, gandingan penerjun negara itu mengumpul mata tertinggi 276.30 mata. (Mei 9, 2022 @ 6:20pm 


Foto daripada Facebook Nur Dhabitah Sabri.

Nur Dhabitah hadiahkan pingat emas sulung Malaysia

HANOI: Persembahan cemerlang atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dalam saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Nur Dhabitah yang telah memenangi empat pingat emas sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu, berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menamatkan saingan itu dengan kedudukan podium 1-2 selepas atlet muda, Kimberly Bong Qian Ping berjaya merangkul pingat perak dengan kutipan 230.00 mata.

Pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Ngo Phuong Mai yang mengutip 224.00 mata.

Dalam pada itu, Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Rabu ini di venue sama. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah kita sebut 'Al-hamdulillah' bila Nur Dhabitah dikatakan 'hadiahkan pingat emas sulung Malaysia seperti di atas'?

Wajarkah beliau sanggup bertelanjang atau 'berpakaian tetapi telanjang' atau langgar syariat Islam demi sukan, dan merebut hadiah pingat emas untuk negara umat Islam Malaysia yang tercinta? 

Fikir-fikirlah..

Nur Dhabitah Sabri

Penerjun

Perihalan

Nur Dhabitah binti Sabri AMW merupakan seorang atlet penerjun Malaysia. Beliau telah mendapat pingat gangsa di acara sukan terjun di Sukan Komanwel 2014 dalam acara wanita 10 meter platform segerak dengan Pandelela Rinong. Wikipedia
Lahir12 Julai 1999 (umur 22 tahun), Kuala Lumpur
Ketinggian1.53 m
Acara10m, 3m
Berat badan45 kg (99 lb)

3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya gang Blog Laman Reformasi PKR Bang Non tak nampak Rafizi dihantar oleh siapa sebenarnya.

Ragizi dihantar oleh Tun untuk ambil alih atau sekurang kurangnya kucar kacirkan PKR sebelom pemiligan parti PKR.

Sekiranya Rafuzi menang tugas Rafuzi adalah sama klon dengan Mat Blur Assmin. Tak kan iti pun tak boleh nak faham lagi...

Bila geng Kartel macam Tian Chua pun takut dekat Rafizi, jadi kita tahu Rafizi yang perlu dipilih. Jangan lupa dulu Tian Chua bersama Azmin dan lihat apa Azmin dah buat. Ahli Keadilan jangan silap langkah kali ini.

Rafizi kuda kayu Tin yamg sedang terdesak cemas gelabah kartel mafia sudah dibongkar habis habisan... Rakyat sudah sangat sangat meluat dengan Kartel Mafia ini... Rakyat sedang bersabar dan bersbar hingga PRU 15 muncul untuk perhitungan hidup mati lawn kartel mafia ini.

Guane boh?

Anonymous said...

Era sapa ujud politik wang. Era sapa ujud rasuah. Era sapa politisyen jadi kaya. Era sapa kalau nak jadi pemimpin kena bagi envelop kepada perwakilan. Era sapa ada campur tangan politik dalam mahkamah. Semua ni berlaku zaman atok jadi pm.

Sebelum atok, pm tak dilihat kaya tiba tiba. Tak dengar pun ttg politik wang. Tak dengar pun ttg envelop. Mahkamah bebas. Tak dengar pun nak wariskan jawatan pm kepada anak.

Anak didik atok atau menteri menteri atok, dipertikaikan kejujuran memimpin. Ramai yang masuk mahkamah. Termasuk ajib dan wak. Mereka mewarisi stail politik atok. Kaya bila pegang jawatan politik.

Ada yg tak ke mahkamah tapi rakyat perkatakan ttg lot lembu. Ttg projek ternak udang. Ttg felda. Ni semua rutin bolot harta bila ada jawatan dan kuasa.

Semua bermula bila atok jadi pm. Yang paling banyak tubuh parti baru. Yang paling banyak tukar decision dalam setiap waktu. Ada operasi lalang. Dan dapat gelaran maha firaun.

Anonymous said...

Dalam Islam tidak dibolehkan separuh TELANJANG demi sebutir pingat!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails