Saturday, May 21, 2022

Seruan dari M'sia, Kepada Ust Abdul Samad, "Teruskanlah berdakwah..."

 


KL/IH: SEORANG pengomen dalam Weblog Ibnu Hasyim amat menyesali sikap kenyataan Kementerian Dalam Negeri Singapura dikeluarkan melalui laman web rasminya.

Kementerian itu mengesahkan Ustadz Abdul Somad (U Batubara (UAS) tiba di Terminal Feri Tanah Merah di Singapura pada 16 Mei 2022 dari Batam bersama enam orang teman seperjalanan. Somad telah ditemu bual, selepas itu rombongan tersebut ditolak masuk ke Singapura dan ditempatkan di atas feri pulang ke Batam pada hari yang sama, Selasa (17/5).

Kementerian Dalam Negeri di Singapura itu menjelaskan sebab-sebab penolakan UAS, iaitu kerana khutbah UAS mengenai pengeboman berani mati dalam konteks konflik Israel-Palestin dibangkitkan.

"Somad dikenali sebagai pendakwah ekstremis dan mengajar pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura. Contohnya, Somad telah berdakwah bahawa pengeboman berani mati adalah sah dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap operasi 'syahid'. ," tulis Kementerian Dalam Negeri di Singapura.

Tulis pengomen itu dalam blog ini, "UAS punyai pengaruh yg sangat besar dialam nusantara ini. Teruskanlah berdakwah tanpa rasa gentar dengan agen2 DAJJAL ini!!!" May 20, 2022 at 9:14 AM 

Sedikit mengenai UAS..

Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D. atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi: عبد الصمد; lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari  Indonesia yang berasal dari kawasan  AsahanSumatera Utara

Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam/ilmu fiqah. Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam.

Antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan. Seringkali syarahan-syarahan beliau disiarkan menerusi saluran YouTube dan media sosial yang lain lagi. Beliau pula kini menjadi seorang pensyarah di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau di wilayah Riau. (IH)

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Krisis energi Singapura gara-gara tindakan Indonesia. Projek Torwong dan Jambatan Malaysia Indonesia Johor Riau bakal melingkupkan pelabuhan Singapura.

Tahniah Petronas lebarkan industri migas di Indonesia. Eratkan hubungan Malaysia - Indonesia. Tinggal kan Singapura.

Sejumlah negara saat ini tengah mengalami krisis energi. Singapura merupakan salah satunya. Link bawah

https://youtu.be/wlX8SakI3qo Singapura bisa meraung gara gara Jokowi

Singapura merupakan negara yang bergantung pada gas untuk pembangunab listrik. Negara ini pun hampir memenuhi semua keperluan energinya dengan import.

"Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yakni permintaan listrik yang lebih tinggi dari biasanya di dalam negeri dan pengurangan pasukan saluran paip gas alam dari Indonesia," ungkap EMA. Nah link bawah

https://youtu.be/xgjk93eNXIw tanpa gas Indonesia Singapura bisa lumpuh

Di sisi lain, harga gas alam cair (LNG) di global yang meningkat pesat saat ini, turut menjadi penyebab krisis energi.
Hal itu membuat perusahaan pembangkit listrik di Singapura sulit beralih ke pembelian LNG untuk menutupi kekurangan pasokan saluran paip gas dari Indonesia.

Sementar itu Petronas Carigali menemui Kegiatan Usaha Hulu Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) menyatakan pengeboran sumur Eksplorasi Hidayah-1 Petronas Carigali North Madura II Ltd di Wilayah Kerja (WK) North Madura II ditengarai berhasil menemukan cadangan minyak.

Projek Torwong dan Jambatan Malaysia Indonesia Johor Riau bakal melingkupkan pelabuhan Singapura.

http://wzwh.blogspot.com/2015/10/1mdb-boleh-laksanakan-projek-jambatan.html?m=1

Rancangan sedang dibuat untuk menghubungkan Riau di Sumatera, Indonesia, dengan Kukup di Pontian, Johor, melalui satu terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer (km).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kabupaten Pelalawan di Wilayah Riau sedang menjalankan kajian kemungkinan mengenai projek bernilai berbilion ringgit itu.

https://youtu.be/SPEeGqukxtw

Torwong Riau Johor bakal melingkupkan ekonomi Singapura. Bakal dikenali sebagai Johor-Riau Link, terowong itu akan menyambungkan Pulau Karimun di Riau dengan Kukup di Pontian, dekat terminal feri yang ada sekarang di daerah Pontian.

"Projek itu lebih berkesan kos dan berdaya maju dengan kos sekitar RM15 bilion ($5.8 bilion) berbanding dengan jambatan Dumai-Melaka yang dianggarkan menelan RM44.3 bilion," kata dekan UTM Construction Research Alliance, Profesor Dr Muhd Zaimi Abd Majid.

https://youtu.be/EtKyLnCZbxg

Anonymous said...

Payahlah sikit bila kurang percaya kepada Islam, tapi lebih percaya kepada singapura. Tentunya singapura lebih cenderung guna aqal semata mata, sedang agamawan cenderung guna asas syariah. Jahiliah memang tak suka asas syariah sebab berlaku sekatan terhadap nafsu serakah yang berasaskan logik aqal. Banyak kekangan kepada yang bertuhankan nafsu serakah.

Sedang yang cenderong kepada Islam perlukan asas syariah sebagai panduan hidup untuk keselesaan dunia dan diterima sebagai calon syurga. Minta simpang dari menjadi calon neraka. Subahat dan sokong dengan kafir, umpama tikam umat Islam seperti iblis yang berjanji nak goda supaya berlaku syirik. Ipohman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails