Saturday, February 05, 2022

Jokowi dapat sokongan kumpulan Muslim, sultan untuk projek 'Nusantara'

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). - Foto AGENSI

BALIKPAPAN: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sedang mendapatkan sokongan daripada kumpulan Muslim terbesar negara itu, Nahdlatul Ulama (NU) terhadap Nusantara.

Beliau juga sedang berusaha mendapatkan sokongan beberapa sultan tempatan dan komuniti orang asli terhadap ibu negara baharu Indonesia itu, susulan kritikan di Jakarta.Awal minggu ini, Jokowi terbang ke Balikpapan di Kalimantan Timur, di mana NU mengadakan majlis pelantikan anggota lembaga eksekutif nasionalnya yang baharu.

Kumpulan Muslim itu merancang untuk membina pejabat baharu di Penajam Paser Utara di Nusantara, bersebelahan Balikpapan. Ketika majlis itu, Jokowi memaklumkan sedia memberikan konsesi tanah yang besar kepada NU, namun tidak jelas sama ada plot tanah itu adalah untuk pembinaan pejabat baharu NU di Penajam.

Pengerusi baharu NU, Yahya Cholil Staquf menyokong keputusan kerajaan untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta, dan menyifatkannya sebagai perancangan 'di luar kotak'.

"Semakin jelas bahawa langkah mewujudkan ibu negara baharu di Kalimantan Timur adalah inisiatif berkesan untuk membangunkan masa depan lebih baik untuk Indonesia," katanya pada majlis itu.

Kerja pembinaan awal di Nusantara sudah bermula, termasuk infrastruktur asas seperti empangan untuk bekalan air bersih dan akses jalan raya menerusi ladang acacia dan pokok eucalyptus, yang bakal menempatkan istana presiden dan pejabat kerajaan yang baharu.

Kerajaan Indonesia juga sedang menyediakan perundangan untuk mempercepatkan pembangunan Nusantara supaya proses pemindahan boleh bermula pada Ogos 2024, namun ia mencetus kontroversi.

Pengkritik mempersoalkan keperluan menyegerakan pembinaan ibu negara baharu itu dan menyifatkannya sebagai pembaziran, selain kebimbangan terhadap impak alam sekitar dan kehidupan komuniti orang asli di Kalimantan Timur.

Di Balikpapan, Jokowi bertemu wakil komuniti orang asli, termasuk ketua Kutai Kertanegara dan kesultanan Paser, dengan Sultan Kutai, Muhammad Arifin menyatakan sokongan selepas pertemuan berkenaan. - AGENSI


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blog ini membuka ruang untuk berbincang mengenai kerjasama peluang berniaga "Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo."

Mengenai ternak dan eksport belut, pihak kami sedang mengumpukan maklumat penternakan (budi daya) samada untuk eksport ke China, Jepun, Malaysia atau lain-lain negara.

Melalui telefon sila hubungi 
Ibnu Hasyim (Malaysia 011 33111321).
Sekian.

Lihat sebelum ini.. 
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

9 comments:

Anonymous said...

JOKOWI SEDANG BERHADAPAN DENGAN MUSUH REAL NYA
YER MUSUH JOKOWI DALAM SELIMUT SANG ALGOJO NAMANYA
KARTEL SUHARTO @ KARTEL LUAR NEGARA INDONESIA
JAKARTA DITINGGALKAN MUSUH KARTEL TIADA UPAYA

khalas

Anonymous said...

Indonesia semakin maju. Tolak rasuah. X de pulak salahkan bangsa asing dlm negaranya.

Tinggalkan negara yg diperintah pejuang Melayu Islam. Geng penipu, pelompat dan Islam extreme tapi x berapa cerdik.

Harga barang turun tapi barang x de.

Lawak giler

Anonymous said...

Nak komen jugak ke nihh.. depa bangsa Indonesia.. Cina India dah ilang identiti...banyak membaca sejarah bang bukan banyak kan ber tik tok..

Khalas...

Anonymous said...

Banyak baca, klau x faham x guna bang.

Melayu Indon x tipu Melayu Indon. Rakyat mereka bersatu dan tolak penipu. Sbb tu bangsa lain ilamg identiti.

Melayu negara ni suka Melayu menipu. Sebut hidup Melayu je darah meruap. Sebut nak Islam je darah meruap. Realiti pemimpin Melayu(berkawan bangsa jo lo diam2) tapi laung hidup Melayu. Sedihnya gengbIwlam extreme pun percaya peluk cium.

Ramai x cerdik. Sbb tu bangsa lain lbh maju.

Anonymous said...

Kiki Melayu bukan penipu ssgt tapi melayu suka di tipu bangsa Cino...AMIN

Sbb tu pulau batu putih gentel telo labuh di bagi kat anak Cino Lee Kwan Yew.. AMIN

Melayu jadi penipu 22 tahun 22 bulan menipu jadi acah acah power Melayu Islamik konon... AMIN

Anak cucu penganut LGBT dan COMANGO.. anak beranak julang plakad seksuality merdeka di jln TAR.. AMIN

Bila ada kuasa Taikun Bangsa Cina di bela Melayu di maki hamun sebab pemalas dll..AMIN

Bila untung berniaga klaim anak pandai berniaga.. bila rugi mintak nyawa bailout ratus billion..AMIN

Sebenarnya anak cucu yang bangang berniaga tapi taici semua bangsa Melayu pemalas dan tak tau berniaga...


Disebabkan acah acah Power Melayu Islamik hujung nyawa bagi Pulau kat anak Cina Lee Kwan Yew.

Ini suma fakta depan mata

KHALAS..

kah kah kah

Anonymous said...

Terbongkar pengkhianatan Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Buku tulisan Tommy Thomas ternyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh peralihan kuasa sebelum ini dengan seadil-adilnya, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau berkata, Seri Paduka telah bertindak tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa ketika zaman peralihan Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan baharu.

Dalam tulisan Tommy, beliau menyatakan bahawa selepas Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, peruntukan Perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri.

Tommy berkata, Agong bertindak mengikut Perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai pemangku Perdana Menteri atau Perdana Menteri Interim.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mencalonkan dirinya untuk jawatan sementara itu, meskipun sudah berundur sebagai Perdana Menteri.

Makan keliling kerala pijak kepala..!!

Anonymous said...

Melayu suka ditipu Melayu ialah Melayu p end dan b end.

Skrng berterabur.

Penyokong x tahu cakap apa asyik nyayikan lgbt, pulau batu putih ....Sedangkan semua punca be end tolak Islam dlu dan kalah court.

Penipu, pelompat dan geng Islam extreme dah gaduh sama sendiri

Pilih PH pru nanti

Anonymous said...

Wak sepatutnya tukar profesion. Bukan politician, tapi banduan macam abam.

Anonymous said...

kalau dah tau BN tolak isle.. cer mintak pemimpin Melayu yg bakal jadi PM dari PH ambil isle.. ada brani ka...!?

Pulau Batu Putih lgbt benda fakta depan mata.. klu tak caya pi tanya Tun sendiri..

Gebamg pasal isle hebat .. klu PH mintak Isle Tokong setuju ka..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails