Tuesday, February 01, 2022

'Parti liar' 20 individu ditahan di Sungai Petani.

 

Kumpulan individu yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah inap desa di Sungai Petani, awal pagi tadi. - Foto PRDRM

SUNGAI PETANI: Dua puluh individu yang menyertai 'parti liar' di sebuah inap desa di Jalan Presint 1, Damansara Perdana, di sini ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berkenaan yang berusia 18 hingga 24 tahun, dikatakan berkongsi wang untuk menyewa inap desa terbabit dengan bayaran tertentu dikenakan.

Sesetengah daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dan dikenakan kompaun.

"Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, enam lelaki positif dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. (BH)

3 comments:

Anonymous said...

Cer tanya eng guan, adakah dia boleh ikut undang undang. Cer tanya abam, adakah dia boleh ikut undang undang. Cer tanya wak, adakah dia boleh ikut undang undang. Cer tanya ayah cik, adakah boleh dia ikut undang undang. Hanya ayah cik pas jer yang patuh undang undang. Yang lain lingkop. Tak hairan kalau kat negeri pas ada yang langgar undang undang. Bertebaran walaun abam, wak dan eng guan dlm negeri pas. Sebab ikut ketua yang undang undang diletak bawah ketiak, jadi anak buah pun buat hal merata rata. Berak merata rata, kencing merata rata.

Anonymous said...

20 individu yg ditahan adalah pengkhianat negara. Tembakjer. Dah diharamkan dadah, masih nak guna dadah. Jenis ketegak macam abam.

Anonymous said...

Pee Hancing pimpinan abang besar ultra kiasu roket dan Be End pimpinan kluster mahkamah kencing rakyat dari dulu, kini dan selamanya. Mereka dan kroni mereka menjadi kaya raya di waktu rakyat hidup miskin. Komunis dan kapitalis sama sahaja suka menyamun kekayaan negara.

Di hadapan rakyat mereka sembang lebat pong pang pong pang babi dan lembu pun boleh terbang tetapi habuk pun tarakkkk. Porahhhhhhhhh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails