Friday, February 04, 2022

Tolak pemimpin najis rasuah! -Amanat PAS Johor.

 

Rasuah mencabul hak: Tolak pemimpin rasuah

FIRMAN Allah S.W.T:

وَلا تَأكُلوا أَموالَكُم بَينَكُم بِٱلبَـٰطِلِ وَتُدلوا بِها إِلَى الحُكّامِ لِتَأكُلوا فَريقًا مِّن أَموالِ النّاسِ بِالإِثمِ وَأَنتُم تَعلَمونَ.


“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(al-Baqarah: 188)

Ayat di atas mengandungi larangan dan pengharaman rasuah kerana ianya boleh menimbulkan pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat. Ianya merupakan pencabulan dan pencerobohan ke atas hak orang lain.

Rasuah merujuk kepada sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran atau membenarkan kepalsuan.

Dalam sebuah Hadis, Sayyidina Abdullah ibn ‘Amr R.A meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ.

 “Rasulullah S.A.W melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis daripada Thauban R.A :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ يَعْنِي الَّذِي يَمْشِي بَيْنَهُمَا.

“Rasulullah S.A.W melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya.”

(Riwayat Ahmad, At-Tabarani)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi :

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعنة الله على الراشى والمرتشى.

“Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Hadis-hadis di atas mengingatkan mengenai akibat rasuah kepada mereka yang terlibat dengannya sama ada pemberi, penerima atau sesiapa juga yang terlibat dengan urusan yang melibatkan rasuah. 

Peringatan daripada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W menunjukkan betapa besarnya kesalahan dan banyaknya keburukan rasuah. 

Pencabulan terhadap hak orang lain sama ada pada hartanya, tubuh badannya atau maruahnya adalah dilarang di dalam Islam.

Justeru PAS Johor menyeru semua pihak agak menolak amalan rasuah dan siapa juga yang pernah terpalit dengan isu rasuah yang merupakan sebahagian daripada kesalahan takzir (bukan hudud dan qisas) dan dosa yang besar.

Semoga negara kita akan bebas daripada kotoran dan najis rasuah pada masa akan datang. 

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 3/2/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/542437942521369/posts/4580857948679328/

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Amanat PAS Johor, tolak pemimpin najis rasuah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails