Thursday, November 04, 2021

Perpaduan ummah antara agenda muktamar PAS

 

Takiyuddin pada sidang media menjelang Muktamar Tahunan PAS Ke-67 di Kuala Terengganu, Sabtu ini. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: Perpaduan ummah antara agenda yang dibangkitkan PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata isu perpaduan ummah tetap menjadi keutamaan PAS seperti muktamar sebelum ini selari dengan tema muktamar kali ini iaitu 'Islam Menyatukan Ummah' meliputi orang Melayu Islam serta parti-parti yang mempunyai aspirasi sama.

"PAS kini berperanan sebagai pendamai UMNO dan BERSATU sehingga yang terkini dalam satu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan, kita memainkan peranan untuk menyatukan ummah yang menjadi agenda Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan di sokong kepimpinan parti yang lain.

"Dalam PAS, agenda perpaduan memang jelas (dan) akan kita teruskan dan terjemahkan dalam pelan tindakan.

"Kita mahu perpaduan berlaku dalam negara kita (iaitu) yang pertama perpaduan ummah dalam kalangan orang Melayu (dan) parti-parti kemudian dalam kalangan parti-parti lain yang mempunyai aspirasi yang sama.

"Sebab itu kita tengok PAS bersama Perikatan Nasional (PN) (dan) dalam PN ada parti yang dianggotai oleh ahli-ahli dan kepimpinan bukan Islam dan dalam kalangan kerajaan kita, kerajaan PN (ketika ini) ada daripada PAS, UMNO sebagai tonggak dan BERSATU.

"Sudah tentu anggota Kabinet ada yang bukan Islam (dan) ini menunjukkan penyatuan ummah, kita ke arah itu (penyatuan ummah) yang didukung PAS, " katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di sini hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata, para perwakilan juga dijangka membawa isu nasional seperti kesihatan, pemulihan ekonomi, aspek sosial dan pelan pendidikan. (BH)

3 comments:

Anonymous said...

Dalam usaha DBKL mengekang peningkatan kemalangan berkaitan kes pemandu mabuk, ada pula golongan yang membantah penguatkuasaan baru ini atas alasan membebankan masyarakat bukan Islam.

Anonymous said...

Najib Saman “Budak Suruhan” Tun Mahathir Mohammad dan PH juta juta.

https://my-news.online/2021/10/27/najib-saman-budak-suruhan-ph-juta-juta/

Hebahkan !!!

Sila sediakan wang.untuk membayar saman ganti rugi.

Itu paling sesuai untuk diucapkan kepada budak suruhan dan Bekas Peguam Negara lantikan Lim Guan Eng ia itu Tommy Thomas.

Jika Tun Mahathir tidak berani bertindak atas sebab DAP miliki banyak maklumat berkenaan Tun Mahathir di Singapura melalui PAP, maka biar Najib Bin Razak lakukannya.

Mahathir hanya mampu berkata dia akan sanggup jadi saksi untuk DSNR jika menyaman Tommy Thomas.

Ketika Tommy mendapat mandat menjadi Peguam negara banyak kes kes dan hal penyelewengan dan kes kes rasuah pemimpin Pakatan Harapan telah gugur sewenang wenangnya begitu sahaja.

Sehingga ada sindiran berkenaan hari terkejut negara, apabila kes kes digugurkan sewenang wenangnya.

Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah terkejut dengan kes rasuah DAP gugur atas nasihat TT, Tun Mahathir beri kenyataan beliau pun terkejut juga.

Namun , ia tidak kemana sekadar terkejut sahaja. Malah, yang kertas siasatan sudah siap pun boleh digugurkan begitu sahaja oleh Peguam lantikan dari DAP ini.

Rakyat Malaysia yang terkenal mudah dipedaya dan mudah dibodohkan lansung tidak pandang isu ini dan pandang enteng sahaja tapi amat bising pula dengan kisah 1MDB yang mereka sendiri tidak begitu faham selok belok koporat.

Kini , DSNR sah sudah memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas , walaupun semua tahu jumlah disaman tidak besar tambah lagi, sumber wang mudah untuk didapati dari puak puak mereka, yang pasti satu kemenangan moral bagi DSNR bahawa individu dari puak pendakwa kes 1MDB adalah puak yang banyak lakukan kesalahan dan salahlaku.

Seret Dan Dakwa Tommy Thomas Bawah RCI seret keluarga Zety , Akan Pamerkan Wajah Hodoh Pakatan Harapan. Selama ini Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir yang bersekongkol dengan DAP telah berjaya mencipta banyak kes persepsi dan kes pilihan terhadap pemimpin UMNO.

Ini atas sebab manifesto Pakatan Harapan telah sah penuh dengan pembohongan , maka untuk justiy PH tidak berbohong semuanya , maka kes kes perlu diujudkan.

Hatta terciptalah kluster mahkamah UMNO dari ciptaan PH dan Tun Mahathir.

Anonymous said...

Orang suruh bahas bajet negara dalam parlimen, Orang Tua tu asyik ratib Najib, Najib dan Najib...

Kenapa ya?

Itu bukan sistem perundangan Malaysia.

M for Malaysia. Bukan M for Mahathir itu filem bodoh anak bongsu dia, sampai sekarang kutipan tiket pecah panggung atau pecah punggung tidak diketahui..?

Bodoh punya filem...!! patut tak laku acara tayangan punya la gempak mcm hollywood.... low class filem

Tak tahan dengan jawapan-jawapan dan pendedahan Najib ke..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails