Thursday, January 07, 2021

Washington Perintah Berkurung, penyokong Trump terobos masuk bangunan Kongres..

 

Sesi Kongres, yang menyetujui terpilihnya Joe Biden sebagai presiden, ditangguhkan..


PERINTAH berkurung diumumkan selepas pukul 18:00 waktu tempatan kerana peristiwa yang berlaku di Washington, ibu negara Amerika Syarikat (AS).

Sebilangan penyokong Trump, yang berdemonstrasi di ibu kota, menerobos sekatan polis dan memasuki bangunan Kongres.

Kemudian, sesi di Kongres, yang menyetujui terpilihnya Joe Biden sebagai presiden, ditangguhkan, dan Wakil Presiden Mike Pence, yang memimpin sesi itu, dibawa keluar dari bangunan.

Polis campur tangan dengan gas pemedih mata ke atas para demonstran yang memasuki bangunan Kongres.

Menerusi akaun media sosial, Presiden Donald Trump meminta para demonstran untuk "tetap damai".

Berikutan perkembangan tersebut, perintah berkurung diumumkan di ibu kota.

Dalam satu kenyataan sebelum demonstrasi bermula, Trump mengatakan bahawa dia tidak akan menerima kekalahannya dalam pilihan raya presiden dan tidak akan berhenti berjuang.

Dari sebalik kaca kalis peluru, Trump mengarahkan penyokongnya, yang berkumpul di Washington untuk sesi Kongres yang diadakan untuk menyetujui keputusan pilihan raya presiden yang diadakan pada 3 November 2020, beliau meneruskan dakwaannya bahawa

"Demokrat melakukan penyelewengan dalam pilihan raya."

Trump berpendapat bahawa dia adalah pemenang sebenar dalam pilihan raya itu,

"Saya tidak akan pernah mengakui kekalahan, saya tidak akan menyerah." Katanya. (IH)


IHtv

 

1 comment:

Anonymous said...

Amalan demokrasi tulen ala Amerika yang cuba dibawa masuk oleh BerSHIT kenegara ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails