Thursday, January 07, 2021

Usul UMNO putus hubungan dengan BERSATU dibawa...

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn. - Foto ihsan UMNO ONLIN

Kuala Lumpur: Usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sambil mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti.

Katanya, usul mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang sudah dibina ketika 22 bulan bersama sebagai pembangkang.

Selain itu, menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi COVID-19.

"Berasaskan usul utama yang dibangkitkan bahagian dan atas faktor usul ini menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa depan parti dan negara, mesyuarat bersetuju untuk membawa usul ini ke PAU pada 31 Januari ini.

"Ini bagi membolehkan usul ini dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Selain itu, Shahril berkata, mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera dari negeri bagi membantu mangsa banjir, termasuk pasca banjir.

"Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga sudah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.

"Bagi tujuan menyelaras semua gerak kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah 'Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana' ditubuhkan dan akan dipengerusikan Datuk Seri Shahidan Kassim," katanya.

Selain itu, beliau berkata, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Barisan Nasional (BN) yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.

"Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden parti komponen dan akan diabsahkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung selama lebih dua jam. (BH)

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Album 1 

2 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ALHAMDULILLAH! Sistem KEHAKIMAN pun mmg. dah GILA & PENIPU habis akibat HAKIM NEGARA Melayu yg. amat DAYUS - mcm. mana PENDATANG2 PARIAH boleh MENGUASAI Mahkamah Rayuan pula - & yg amat RASIS & FASIS - boleh pula MEMIHAK pd. PENJENAYAH2 CINA yg. PENCEROBOH2 HARAM Tanah Kerajaan, Hutan2 Simpan & Sumber2 Air penting kita?!

Mana SPRM & PEGUAM NEGARA PENIPU2 tu?!!

Bayangkan di masa hadapan - PENJENAYAH2 spt. PENCEROBOH HARAM Tanah/Hutan Simpan/Sumber Air ni boleh pula bawa kes ke MAHKAMAH - kononnya depa MANGSA2!!

SIASAT & DAKWA si HAKIM2 Mahkamah Rayuan yg. jelas TAK berINTEGRITI ni!!!

Ya, inilah akibatnya bila Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN NEGARA - telah diJAHANAMkan habis2an oleh rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit - yg. legasi amat JAHAT ini terus diSAMBUNG oleh si Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu, dgn. KULI GILA KUASA & DAYUS depa, dr. PAS PENIPU!!


Lihat di - https://ismaweb.net/2021/01/05/penceroboh-musang-king-dapat-tangguh-notis-arahan-kosong-tanah1/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ASET2 $berpuluh2 BILLION SAHAM, HARTANAH & INDUSTRI syarikat2 Separuh Kerajaan GLC, terutamanya yg. milik atau pro-Islam/Umatnya & Bumiputera kita, yg. diBANGUNkan dgn. PENAT-LELAH & $BERPULUH BILLION KEUNTUNGAN, oleh mantan PM Orang Asal Islam/Melayu AGUNG kita, YAM DS Najib & UMNO/KERAJAAN BN dulu - terus diJUAL dgn. RAKUS oleh Rejim PERIKATAN NASIONAL bawah Melayu2 LIBERAL Parti BUKAN Pribumi Bersatu PENGKHIANAT, TAMAK, GILA KUASA, SEWEL, BONGKAK, RASIS, FASIS & PENIPU ni - yg. terus MENYAMBUNG legasi2 amat JAHAT rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR HOMO/DAP Parasit!!

Lihat di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/satu-perkara-yang-tidak-menyenangkan-hati-rakyat-semasa-zaman-gagalkrasi-ph-iala/10157602831125952/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails