Friday, January 08, 2021

4 Projek P.Pinang Terhenti Kerana Wee Ka Siong?

 

Wee Ka Siong jawab tuduhan L/Guan Eng

AWAL-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai ‘senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang’ apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah:

(1) Cadangan Projek Kereta Kabel Pulau Pinang

Projek ini bukan di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan.

(2) Feri lama Pulau Pinang

Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya dicadang, diluluskan dan dimulakan oleh Kerajaan PH terdahulu.

Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan seperti Guan Eng dan DAP yang dilihat hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya.

Lagipun kita bukannya buang terus feri lama tersebut. Sebaliknya perkhidmatan feri lama tetap diteruskan. Jika Guan Eng tak percaya, saya jemput dia untuk sama-sama naik feri tersebut minggu depan. Harap Guan Eng dapat kosongkan jadual.

Kerajaan Persekutuan juga telah menawarkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk ambil alih operasi beberapa buah feri lama. Tetapi setakat ini, mereka belum lagi membalas tawaran tersebut.

(3) Projek LRT Pulau Pinang

Kelulusan yang diberikan Guan Eng kepada Asia Development Bank (ADB) bagi membolehkan Pulau Pinang meminjam sebanyak US$500 juta dalam matawang asing dengan jaminan Kerajaan Persekutuan telah dibatalkan Kementerian Kewangan Kerajaan PN. 

Ini kerana kadar faedah ADB adalah lebih tinggi memandangkan Negara Malaysia tidak lagi diklasifikasikan oleh ADB sebagai sebuah negara membangun. Pinjaman dalam matawang asing juga meningkatkan risiko kepada kerajaan sekiranya nilai Ringgit merosot.

Ini sama seperti bon Samurai yang dulunya Guan Eng pernah kata kadar faedahnya amat rendah tetapi akhirnya kadar faedah efektif susulan kenaikan nilai matawang Jepun adalah setinggi 7.7 peratus!

Walaupun Kerajaan Pulau Pinang telah beberapa kali mengumumkan mereka ada keupayaan untuk membiayai projek PTMP bernilai RM46 bilion dengan sepenuhnya, namun pintu rundingan masih terbuka untuk Guan Eng berbincang dengan Menteri Kewangan bagi mendapatkan pertolongan Kerajaan Persekutuan sekiranya Guan Eng benar-benar ada sumber pinjaman yang lebih rendah.

(4) Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu dalam Belanjawan 2018. Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan menanggung sepenuhnya kos projek ini. Erti kata lain, projek sudahpun berjalan sebelum PRU14 lagi.

Namun ianya tergendala apabila Guan Eng mengumumkan projek lapangan terbang – lapangan terbang di Malaysia akan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) atau Private Financing Initiative. Guan Eng sendiri yang umumkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Susulan itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditangguhkan sekali lagi apabila Guan Eng suruh MAHB untuk berunding dengan syarikat Ideal Property yang merupakan kawan rapat Guan Eng (seperti surat yang saya lampirkan) yang banyak mendapat manfaat projek termasuk projek PTMP bernilai RM46 bilion semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Akibat penangguhan atas penangguhan semasa pemerintahan Kerajaan PH, maka MAHB tidak berpeluang untuk memulakan projek tersebut. Malangnya, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila jumlah pengguna lapangan terbang menurun secara mendadak akibat COVID-19 dan keadaan ini menyebabkan MAHB menerima tekanan aliran wang tunai.

Namun, kerajaan dan saya secara peribadi tidak mempunyai apa-apa halangan jika MAHB ingin teruskan projek tersebut sekiranya sektor penerbangan kembali pulih. Ini adalah jaminan saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika mengadakan pertemuan di Parlimen pada tahun lepas.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 8/1/2021

IHtv

8 comments:

Anonymous said...

MB Kedah perlu lebih aggressive untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa diKedah. Sudah sampai masanya Kedah menjadi competitor ekonomi kepada Pulau Pinang!

Ayuh maju MB Pas Kedah, anda punyai pelbagai resources, jangan pandang belakang!

Anonymous said...

Hantam la labuu

Anonymous said...

Ih dah jd khadam mca.
Mantap!
Asalkan blh hantam Dap, jd khadam mca pun blh la..takdirr!

Anonymous said...

Bangsa cina ni tak sedar diri. Datang sini buat onar. Tak kiralah mca atau dap. Sama2 pengikut komunis. Cuma jangan jadi macam pkr dan pan. Gadai prinsip melayu. Yg satu kemaruk nak jadi pm sanggup mengkaldaikan diri kepada dap dan rela dikaldaikan dap. Yg satu lagi harapkan duit utk kelangsungan hidup, jadi tukang fitnah.

Unknown said...

Aik siarkan jawapan menteri pasal beberapa isu ttg negara maka jadi khadam parti?

Wee ka siong jawap tu isu parti ke isu negara?

Tulah jadinya kalau dah benci sangat kat puak sampai tak rasional, dan dalam masa yg sama sayang kat puak yg lain sampai jadi bodo

Kau betul aku salah said...

Hahaha...sbb tu aku terhibur dgn blog ibnu..banyak lawak jilake

Kau betul aku salah said...

Pas lagi hancur..bukan gadai lagi...dh macam pe..nak sebut pun jijik. Semua dia layan..dengan MN kelambu lain..dengan PN kelambu lain..lepas tu jaja cerita orang menyundal..bila pas buat akan ade je la nnti dalil² nk menghalalkan..kata apa je lah apa yg pas tak buat skrg ni. Setakat backup MCA@abang besar mmng keje pas..

Unknown said...

Aik nak damaikan 2 pihak sesama islam pun buruk kat mata kau, ajaran mana kau belajar tu, komunis ke?

Apa yg pas jaja cerita orang menyundal tu, cuba cerita sikit?

Tulah otak tu demo tu dah bangang tahap taik, backup natang amenda, tu isu parti ke isu negara, nak beza isu apa pun tak boleh pikir... Porahhh lah kau kekasih atok lim.. Kah. Kah. Kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails