Sunday, January 03, 2021

Pelepasan najis babi: Tindakan kurang tegas? Pihak Berwajib, Sila Ambil Perhatian..

 

'Ada lompang dalam akta'

SUDAH puluhan tahun berlaku namun isu pencemaran sungai akibat pelepasan najis babi daripada ladang ternakan masih belum selesai.

Bukan saja sungai malah masyarakat sekitar turut terkesan akibat pencemaran bau dan isu lain seperti kesihatan.

Bila mahu selesai? Tepuk dada tanya selera.

Ikuti wawancara Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air Ir DR ZAKI ZAINUDIN dengan Pengarang Berita NAZARALI SAERIL berkaitan isu ini.

DR Zaki. FOTO BERNAMA

Apa isu utama pencemaran akibat ternakan khinzir?

Antara isu utama pencemaran membabitkan industri ternakan khinzir ialah beban pencemaran organik dibebaskan industri terbabit.

Laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (Jas) pada 2018 menyebut, 217 tan beban pencemaran oksigen biokimia (BOD) dilepaskan industri penternakan khinzir ini dalam sehari.

Jumlah beban pencemaran BOD ini ialah 33.2 peratus daripada keseluruhan pencemaran yang direkodkan.

Ia juga adalah yang kedua tertinggi selepas pencemaran akibat sisa kumbahan yang merekodkan 242 tan beban pencemaran BOD sehari atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Untuk rekod, industri pertanian menyumbang 133 tan sehari, industri pembuatan menyumbang 55 tan sehari manakala pasar basah enam tan sehari.

Selain beban pencemaran BOD, daripada segi pencemaran Beban Pepejal Terampai (SS), industri ternakan menyumbang beban cemar tertinggi.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebut pada 2018, anggaran penghasilan beban pencemaran bagi SS adalah 835 tan sehari yang mana aktiviti ternakan babi kekal sebagai penghasil beban SS utama iaitu 450 tan sehari (54 peratus).

Ia diikuti loji kumbahan dengan 303 tan sehari (36 peratus), industri berasaskan pertanian dengan 39 tan sehari (lima peratus), industri pembuatan dengan 35 tan sehari (empat peratus) dan pasar basah dengan lapan tan sehari (satu peratus).

Daripada segi lokasi pencemaran, laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 menyebut, Johor menyumbang beban pencemaran BOD tertinggi membabitkan industri ternakan khinzir iaitu 190 tan sehari.

Ia diikuti Perak dengan 119 tan sehari, Selangor dengan 96 tan sehari, Pulau Pinang dengan 65 tan sehari, Sabah 31 tan sehari dan Sarawak dengan 29 tan sehari.

Beban BOD untuk lain-lain negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya kurang daripada 27 tan sehari.

Apa jadi dengan hidupan di sungai yang mungkin turut menjadi sumber makanan masyarakat sekitar?

Apabila sisa-sisa organik berlebihan masuk ke sungai, ia boleh menyebabkan kejatuhan paras oksigen di dalam sungai berkenaan.

Apabila sisa ini terurai di dalam sungai, proses penguraian itu sendiri akan menggunakan oksigen.

Oleh itu, jika terlalu banyak sisa organik dalam sesebuah sungai, ditambah pula jika sungai itu kecil, maka paras oksigen di dalam sungai jatuh.

Akibatnya, spesies akuatik terjejas atau mungkin tiada hidupan lagi di sungai berkaitan.

Pereputan sisa organik ini boleh meningkatkan paras ammonia dalam sungai dan jika ammonia ini terlalu tinggi, ia juga boleh menjejaskan hidupan akuatik.

Tindakan kurang tegas terhadap isu babitkan pencemaran akibat pelepasan najis babi?

Untuk industri lain, contohnya punca pencemaran kumbahan dan industri, sebelum air sisa daripada industri ini dilepaskan ke sungai, sisa air ini perlu dirawat.

Ia untuk memastikan piawaian ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi.

Masalah dalam industri ternakan khinzir ialah, ada lompang dalam akta ini sama ada ia terpakai untuk industri terbabit atau sebagainya.

Bagaimanapun, ada negeri seperti Selangor yang menetapkan dengan jelas yang mana industri penternakan tertakluk di bawah akta Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Kesan terhadap sungai yang tercemar?

Kesan kepada sungai bergantung kepada jumlah pencemaran dan saiz sungai.

Contoh, jika banyak pencemaran atau ladang khinzir tertumpu dalam kawasan sama dan dilepaskan di sungai sama, sungai akan terkesan dengan teruk kerana beban pencemaran besar selain sungai kecil.

Jika sungai besar, luas dan punca pencemaran tidak banyak, maka kesannya, sungai kurang terjejas dan tiada masalah untuk pulih secara semula jadi.

Sungai ada kebolehan untuk pulih secara semula jadi jika ada pencemaran.

Cuma isunya, jika pencemaran terlalu teruk, maka sungai tidak boleh menerimanya menyebabkan ia rosak. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air, sila ambil perhatian..

IHtv

5 comments:

Anonymous said...

Lesen atau permit utk makanan halal tegaskan khas utk muslim shj. Ada kod agama atau syariah yg jelas yg tidak difahami oleh non muslim. Logo halal utk syarikat non muslim menimbulkan banyak masalah menimpa org Islam. Sejujurnya non muslim tdk perlu utk keluarkan makanan muslim. Biar non muslim produce makanan non muslim dan muslim utk produce muslim.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...
This comment has been removed by the author.
Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

KASA bawah MENTERI PAS - terus LEMBAB mcm. BIASA! Inilah sebenarnya MOTIF Melayu2 LIBERAL Bersatu lantik MENTERI UNDG2 & KASA dr. si depa yg. TAK TAU APA2 dr. PAS - supaya depa dr. PAS ni terus jadi KULI bisu, pekak & buta pd. Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu - yg terus MENYAMBUNG legasi amat JAHAT, ANGKUH, TAMAK, ZALIM, PENIPU, RASIS & FASIS si rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!

Lihat MO amat LICIK, RASIS, FASIS & JAHAT dr. MUSUH2 Islam/Melayu DAPpengganas - yg. sengaja nak mengHINA/mengGERTAK Islam/Umatnya, serta MENJAHANAMkan KPG2 TRADISIONAL Islam/Melayu kita TURUN TEMURUN - terutamanya di SELANGOR & PP - melalui PENTERNAKAN BABI yg. sengaja MENCEMARkan ALAM SEKITAR, terutamanya SUNGAI2 kita, dgn. amat JIJIK & KEJI!!

Bahkan, di KUALA LANGAT, Penternak2 BABI BANGKAI ni, yg. mungkin termsk. WARGA2 ASING - boleh pula BELA Babi di belakang RUMAH2 PERSENDIRIAN!! Takkah GILAnya ni?!!

Apalagi, KUALA LANGAT tu terletak di BANJARAN TITIWANGSA - yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI/RARE EARTH MINERALS - yg. KAYA dgn. bahan2 NUKLEAR - sbb. tu juga DAPpengganas & geng PEROMPAK TANAH depa dr. PAPbangkai Singapura, nak HAPUSkan KPG2 ORANG ASAL Islam/Melayu kita, termsk. melalui SENJATA depa, iaitu MO PENTERNAKAN BABI jijik ni!!

Lihat di -
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/659478/sungai-busuk-mati-akibat-ladang-babi-di-kuala-langat

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lihat betapa JAHATnya rejim PENJAJAH Zionis PKR homo/DAP Parasit amat TAMAK, FASIS, RASIS, BUAS & RAKUS ni - yg. sewenangnya, mahu mengHAPUSkan Status HUTAN SIMPAN ke atas HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT di SELANGOR, di BANJARAN TITIWANGSA purba amat KAYA bahan2 NUKLEAR Uranium/Thorium/Zircon ni!!

Di -
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/05/cadangan-pemansuhan-status-hutan-simpan-kuala-langat-utara-masih-dalam-penelitian/

zack said...

Bila kedah nk melombong mata sepet penang rioh rendah takut sungai tercemar..tp bila soal ternakan babi yg kotorkan sungai2 diseluruh negara sisepet diam membisu..elok klau nk ternak jgk dikawasan mereka atau kampong2 baru cina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails