Saturday, January 09, 2021

Semut Merah: Beri khidmat tanpa upah atau melihat warna parti..

 

Semut merah yang membumi baktinya

NEGARA dilanda musibah banjir yang agak besar. Berbagai NGO dan individu prihatin turun menyantuni rakyat yang kesusahan. Kebanyakan mereka memilih menjadi wira tak didendang. Tidak kurang juga orang politik yang tiba-tiba muncul dengan penuh kamera mengikuti.

Saya masih ingat kisah seorang pemimpin parti didikan DAP yang kantoi kononnya berendam separas dada sedangkan rakannya setakat paha. Di sudut lain ada juga orang politik yang terus menerus mencatur kuasa. Tak peduli banjir atau COVID. Hanya memikirkan keselamatan diri dan kemaruk kuasa.

Bagi PAS, kita miliki pasukan siap siaga yang ikhlas berkhidmat sejak dulu. Dikenali semut merah yang tidak langsung dibatasi sempadan negeri atau pangkat jawatan. Di dalamnya ada pegawai kerajaan dan tokoh yang miliki PhD hingga amilin yang tidak berpendidikan namun berakhlak tinggi. Bekas pegawai pencen yang mengabadikan diri tanpa dikenali. 

Mereka muncul memberi khidmat tanpa upah atau melihat warna parti. Khidmat mereka diakui. Kehadiran mereka sentiasa dinanti. Mangsa banjir, hilang di hutan atau sungai, kebakaran atau ribut dan banjir. Pendek kata, semua musibah mereka muncul, bila-bila dan di mana-mana.

Setiap program PAS mereka pasti ada. Ukhuwah mereka sangat indah. Arahan ditaati dalam hujan ribut atau panas terik. Semut merah kini sangat dikenali dan dinanti. Mereka tidak pernah menagih simpati. Saya menyaksikan sejak dulu ketulusan khidmat bakti yang mereka beri.

Sesekali saya diminta bersama berkongsi nasihat, terasa kerdil diri ini dengan keikhlasan yang mereka miliki. Bertuahnya PAS miliki ‘tentera merah’ sebagai sukarelawan di medan perjuangan. Saya meyakini, sebahagian dari kemenangan yang dimiliki PAS kini adalah hasil pengorbanan golongan tak dikenali ini. Malah sesetengah pemimpin perlu belajar erti ikhlas dari golongan yang dipandang kecil ini. Teruskan beramal Jabatan Amal. Amal kerana Allah… 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 8/1/2021

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..merekalah antara wira yang tidak didendang...berkhidmat kerana Allah untuk semua bangsa dan di mana jua,bila-bila masa dengan hanya diberi makan dan minum ala kadar.

Unknown said...

Tentera semut merah yg kerja bantu mangsa banjir tanpa apa2 upah ni bukan dari geng lebai ke? He. He. Bagi mereka yg jadi lembu tunggangan atok lim jasa tentera semut merah @unit amal ni tak bermakna langsung berbanding jasa atok lim dan kepimpinannya yg telah membantu dan memajukan islam dan melayu ... Ha. Ha. Nak buat mcm manakan fi qulubihim marodom, fazaadahamullah maridoo

Ooohh atuk lim kaulah pejuang rakyat sebenar yg ikhlas lagi adil tidak rasis dan tidak meninggikan islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails