Monday, January 25, 2021

UMMAH mohon polis siasat Anwar isu darurat

 

BAGAN SERAI: Gerakan pembela Ummah (UMMAH) menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah menghantar surat kepada semua ahli parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat.

Setiausaha Agungnya, Khalil Idham Lim membuat laporan tersebut di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, disini, petang tadi.

Laporan tersebut menyatakan bahawa maklumat mengenai warkah itu telah disiarkan dalam laman Facebook bernama Anwar Ibrahim.

Walaupun kini telah dipadamkan dari laman Facebook itu, ia sudah tersebar secara meluas dalam media sosial dan dilaporkan oleh media-media utama negara, termasuk oleh portal-portal berita online, katanya.

Menurut Idham yang juga pengerusi UMMAH Perak, Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Oleh itu katanya, sekiranya Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, maka sudah semestinyalah ia juga tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar mahkamah.

“Oleh itu, saya berpandangan bahawa tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah satu hasutan kepada pihak-pihak lain supaya mencabar atau mempersoalkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana tindakan beliau jelas mendatangkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya.

Tambah Idham lagi, kesalahan yang dibuat oleh Anwar kali ini adalah sangat serius memandangkan beliau mempunyai status sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Pengerusi Pakatan Harapan, Presiden PKR, Ahli Parlimen Port Dickson dan mantan Timbalan Perdana Menteri sangat berpengaruh dan ramai pengikut.

Beliau berpandangan kesalahan yang dilakukan Anwar adalah sangat serius kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Justeru itu, beliau meminta supaya pihak bertanggungjawab termasuk PDRM dapat membuat siasatan dengan segera, tegasnya lagi.

Idham dalam masa sama turut memaklumkan bahawa satu arahan rasmi telah dibuat kepada semua UMMAH negeri dan 500 jaringan NGO UMMAH untuk membuat laporan polis mulai esok. – HARAKAHDAILY 24/1/2021

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

MEMALUkan ISLAM/UMATnya shj. NGO LONGKANG PENIPU ni!! Adakah ISLAM mengHALALkan KEZALIMAN & PENIPUAN pd. RAKYAT?!

Parti NAZI Bersatu ug. BUKAN lagi Prubumi - mempergunakan IDENTITI2 Pribumi & Islam/Umatnya, termsk. KESULTANAN Islam/Melayu KERAMAT kita - utk. mengHAPUSkan KEADILAN & KEBENARAN yg. diTUNTUT di dlm. ISLAM!!

Patutnya NGO Islam yg. LEMBU mcm. ni juga perHUANGkan sipaya Identiti PRIBUMI diBUANG dr. parti BERSATU NAZI suoaya - identiti PRIBUMI kita TAK dijadikan KAMBING KORBAN utk. MUSUH2 ISLAM/UMATnya dlm. parti NAZI BERSATU ni - dgn. memBURUK2kan IDENTITI Pribumi kita dgn. pemerintahan DIKTATOR KUKU BESI parti NAZI Bersatu LIBERAL Penyangak ni!!

Anonymous said...

Hahahaha org PAS mesti lah buat keje ni hahaha dia ni mcm tak tahu perlembagaan negara plak
hak MP dah sebut terang2 dlm perlembagaan….sah sah dia ni LEMBAGA hahahaaa

Anonymous said...

Ada dua kecenderungan di sini. Satu mentaati titah YDPA, satu yg menderhakai titah. Dan dah pasti walau tanpa suara, bangsa dap derhakai titah. Yg lebih menyedihkan segelintir dari bumiputera turut derhaka. Semoga Allah pelihara YDPA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails