Wednesday, January 27, 2021

Turki Kutuk Keras Serangan Peluru Berpandu Sasarkan Penempatan Awam di Riyadh

 

TURKI mengecam keras serangan peluru berpandu yang mensasarkan penempatan orang awam di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan bertulis, Kementrian Luar Turki melaporkan bahawa Riyadh menjadi sasaran serangan peluru berpandu untuk kali kedua dalam tiga hari terakhir.

"Kami sangat mengutuk serangan-serangan itu, yang mensasarkan penempatan orang awam dan telah dineutralkan oleh sistem pertahanan udara Saudi. Kami menyampaikan harapan baik kami kepada Arab Saudi dan rakyat Saudi."

Dilaporkan semalam bahawa letupan berlaku di langit Riyadh, yang terdengar dari banyak kawasan di bandar ini.

Pengguna media sosial berkongsi gambar peluru berpandu balistik yang dineutralkan di udara. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails