Friday, January 29, 2021

Kegiatan pelacuran PKP, guna kata kunci 'Sky QQ'.

 

Polis Daerah Serdang memberkas 8 wanita warga asing dipercayai pelacur dan lapan pelanggan termasuk seorang lelaki Bangladesh, dalam serbuan ke atas sebuah hotel di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, malam tadi.

Polis Daerah Serdang memberkas 8 wanita &8 planggan..

SERDANG: Aktiviti pelacuran wanita warga asing kini didapati berselindung di sebalik perkhidmatan hotel bajet, dengan menempah berbelas bilik hotel bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Ini dikesan dalam serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sebuah hotel bajet di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat pelacuran itu akan melihat gambar sebelum memilih wanita yang ditawarkan sindiket menerusi aplikasi laman sosial WeChat dan MiChat.

"Taktik memilih dalam aplikasi laman sosial ini adalah untuk mengaburi kegiatan ini dikesan polis namun hasil perisikan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang, sejak tiga hari lalu, kegiatan ini akhirnya dibongkar.

"Ini kerana pelanggan akan datang terus ke hotel ditetapkan dan bertemu dengan penjaga dengan menyatakan kata kunci iaitu Sky Q Q sebelum dibawa penjaga ke bilik hotel wanita yang sudah dipilih dalan WeChat atau MiChat tadi," katanya yang turut meninjau serbuan berkenaan, malam tadi.

Razali berkata, dalam serbuan jam 9 malam itu lapan wanita asing bersama enam pelanggan tempatan dan seorang pelanggan warga asing serta ditahan di lapan bilik hotel.

Turut ditahan dua lelaki tempatan disyaki penjaga kepada kegiatan pelacuran berkenaan.

"Siasatan mendapati bayaran yang dikenakan adalah antara RM190 hingga RM220 untuk setiap kali perkhidmatan seks. Berdasarkan maklumat aktiviti pelacuran di sini sudah berlangsung sejak dua minggu lalu," katanya.

Dalam operasi sama polis turut merampas kondom, minyak pelincir, tuala, tisu dan wang tunai.

Semua individu berkenaan dibawa ke IPD Serdang untuk dibuat saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63, menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.

Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan). (BH)


IHtv

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails