Sunday, January 03, 2021

'.. turun ke bawah menemui rakyat T'ganu yang sedang menunggu-nunggu tindakan..'


T-HRDC usaha atasi pengangguran di Terengganu

PUTRAJAYA: Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu (T-HRDC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik bertempat di Hotel Everly, di sini 27 Disember lalu dan berakhir kelmarin.

Bengkel ini bertujuan menyediakan Pelan Pembangunan Strategik Sumber Manusia Terengganu selaras dengan Hala Tuju Kerajaan Negeri Terengganu atau PITAS2030 dan menyelaras peranan pelbagai agensi.

Ia dilakukan menerusi pemantapan rakan strategik dan menyelaras pendanaan serta merancang memperkasakan kebolehpasaran kerja selain merangka Pelan tindakan taktikal dan kerangka pemantauan.

Sepanjang bengkel, para peserta dilibatkan dalam perbincangan bagi menyelaraskan peluang penempatan pekerjaan di pelbagai industri, agihan sumber manusia dan pelatih lepasan pusat latihan.
 
Hasilnya perbincangan telah membuahkan kerangka kerja Pelaksanaan Pengurusan Sumber Manusia Terengganu melibatkan peluang penempatan pekerjaan dan program melahirkan tenaga kerja Teknokrat Rabbani.

Agenda ini diselaraskan oleh Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu, di bawah Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna di mana T-HRDC bertindak sebagai sekretariat.
 
Menerusi kerjasama ini, memorandum persefahaman (MoU) antara pelbagai agensi rakan strategik bagi penyaluran maklumat, perkongsian sumber serta kecekapan pengurusan penempatan pekerjaan akan dimeterai.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, T-HRDC yang baharu setahun ditubuhkan antaranya bertujuan menangani pengangguran di Terengganu di mana melebihi kadar nasional.

“T-HRDC ini sebagai platform kerjasama, khususnya kepada dua institusi utama iaitu majikan yang mencari pekerja dan institusi latihan yang mengeluarkan pelatih. Job matching tidak wujud kerana kita bergerak secara silo,” ujarnya pada bengkel itu.

Menurutnya, T-HRDC menyeru untuk agensi-agensi terlibat menyelaraskan data untuk mengatasi isu tersebut agar penyelesaian yang dihasratkan tercapai secara optimum bagi membantu rakyat Terengganu.

“Harapan menjadikan T-HRDC agensi signifikan bagi menyelesaikan permasalahan pekerjaan negeri Terengganu, dan kita boleh menyelesaikan masalah ini secara tuntas dan berdata.

“Selepas ini kita akan turun ke bawah menemui rakyat Terengganu yang sedang menunggu-nunggu tindakan daripada hasil yang kita bincangkan hari ini,” ujarnya.

Antara agensi turut terlibat adalah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu (JTK), PERKESO Negeri Terengganu, Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECER DC) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu (KPLB), Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia Sukan (KBS). – HARAKAHDAILY 31/12/2020

IHtv

3 comments:

Anonymous said...

Wahai dewa2 kayangan....turunlah ke bawah menjengah hamba sahaya...

Anonymous said...

Pas sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang menuntut perjudian termasuk berlesen diharamkan.

Sebaliknya, ketika parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berada bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN), kekerapan cabutan khas ramalan nombor empat digit bertambah pula.

Mengulas sikap Pas itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Melayu Islam PN sebagai kemaruk wang hasil daripada percukaian aktiviti perjudian.

“Hari ini kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Melayu Islam dengan adanya ulama-ulama Pas dan kumpulan ekstrem Melayu dalam kerajaan PN, satu pun lesen perjudian tidak dibatalkan

“Padahal, itulah yang dituntut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang sekarang ini Menteri Undang-undang sewaktu perbahasan Parlimen dulu,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian di hadapan premis kedai yang pada 29 Julai tahun lalu menyaksikan demonstrasi penyokong Pas membantah perpindahan kedai judi di kawasan tersebut.

“Saya menghantar surat kepada Datuk Bandar, dan telah dibatalkan perpindahan kedai nombor ekor itu.

“Namun, selepas lima bulan demonstrasi itu, satu lesen pun kerajaan PN tidak batalkan sebaliknya kita digemparkan mulai Januari 2021, cabutan khas judi ditambah daripada lapan kepada 22 kali setahun.

“Padahal, cabutan khas judi itu telah dikurangkan kepada lapan kali ketika PH memerintah.

“MP dari Pas dan juga Datuk Takiyuddin terus berdiam diri dan membisu,” tempelaknya.

Sehubungan itu, Mahfuz menyifatkan kerajaan PN yang dikenali sebagai kerajaan Melayu Islam dengan mengandungi ulama Pas dan pejuang-pejuang Melayu “mengangkat kembali martabat perjudian” dalam negara

Anonymous said...

Statement mahfuz kononya pas kemaruk wang judi adalah statement dari group legasi dap. Jika legasinya dari Islam, mahfuz tidak rela dikhadamkan oleh dap melalui kerjasama sekutu dengan parti yg diketuai oleh legasi komunis siang kit dan eng guan. Legasi komunis banyak mencetuskan pelbagai masalah, dari makanan orang penduduk asal, ciplak logo halal, budaya penduduk asal, tulisan jawi, mabuk, kristianisasi, tattoo dsb. Jadi mahfuz adalah umpama kucing kurap kepada Islam dan org melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails