Monday, January 25, 2021

Terdedah, menurut Dr Kamarul Zaman. Mana muka Anwar Nak Sorok?

 


Anwar tak faham atau tak boleh jawab soalan?

YANG ditanya oleh moderator program ialah bila bilangan Ahli Parlimen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru nak cukup dan bagaimana caranya. Yang dijawab oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah ada 114, 115 Ahli Parlimen yang memohon YDPA untuk menimbang semula soal darurat dan memanggil sidang Parlimen.

114, 115 Ahli Parlimen ini, kalau betul, bukannya bilangan yang setuju untuk menyokong pembentukan sebuah kerajaan baru yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim bawalah sebanyak mana Ahli Parlimen untuk memohon sekalipun, bilangan ini bukannya ada sebarang impak ke atas pengisytiharan darurat oleh YDPA.

Sesatunya perkara yang diambil kira dalam pengisytiharan darurat ini adalah kepuasan hati YDPA bahawa keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam. Dan mengikut Perlembagaan kepuasan hati YDPA ‘adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan’.

Soalnya ialah mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab soalan sebenar yang diajukan oleh moderator program: Apakah beliau tak faham atau tak boleh nak jawab soalan? Dan soalnya ialah mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan bukan sahaja mencabar dan mempersoalkan kuasa YDPA tetapi menghasut Ahli-ahli Parlimen lain berbuat demikian?

Soalan Dr Muhammad Asri Mohd Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Baik, soalan real politik yang ingin diketahui oleh ramai orang sekarang ini, sebab pada bulan 10 yang lalu kita tahu Datuk Seri memang telah pun mengadap Agong dan polemik yang besar timbul dan Datuk Seri mengeluarkan kenyataan bahawasanya Datuk Seri telah ada kerusi. Persoalannya bila bilangan kerusi ini nak cukup, Datuk Seri, dan bagaimana caranya, adakah bekerjasama dengan parti tertentu? Boleh jelaskan, Datuk Seri?”

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada soalan Dr Muhammad Asri Mohd Ali 

“Itu soalan berupa sindiran. Kalau kita tengok yang mutakhir, memohon ihsan kebijaksanaan KDYMM Tuanku YDPA untuk menimbang semula melihat, pertama, soal darurat, kedua, memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera, itu sudah mencecah 114 115 Ahli Parlimen yang menolak usul Kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin. Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi kerana ini dalam ruang yang terbuka. Yang lain itu, sepertimana yang saya sebut, saya hanya mampu menyampaikan kepada dan akan kemudian mengusuli dengan YDPA dan tidak sebelumnya. Bagi saya, kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi. Tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara Tuanku untuk mendapat maklumat berikutnya. Tetapi yang ternyata sekarang, tidak boleh disangkal, adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan PN, perkara besar ya, perkara darurat, perkara penggantungan Parlimen, perkara besar, ini ditolak oleh majoriti Ahli Parlimen. Dan sekarang untuk GPS Sarawak jugak sedang membincangkan, saya tidak tahu apa keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku maknanya yang committed betul untuk mendukung darurat dan penggantungan Parlimen itu mungkin tak sampai 90 Ahli Parlimen ataupun jauh lebih kurang.”

(Sumber: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara pada 23 Januari 2021)

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 23/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Maka terdedahlah sudah kelemahan Datuk Seri Anwar, samada beliau  tak faham atau tak boleh jawab soalan? Mana muka Anwar nak sorok?

IHtv

5 comments:

Sani said...

Manusia paling tak guna dok ipta.sudah2 lah professor kangkung.kamu Tu masa tun kemain lagi.cakap tak ingat dunia.bila tun datang,terkuncil.tak terkata2..inilah manusia tak guna.bila bercakap ikut sedap.tapi hampeh..

Anonymous said...

Ayuh kita sokong pas. Parti yg membawa fahaman islam yg terbaik. Menolak kerjasama dengan komunis dap dan presiden bekas banduan yg jijik dan hipokrit.

Anonymous said...

Pesalah Liwat berangan nak jadi PM Malaysia. Cakap berputar-putar dan gila dengan nombor. Dengan YDPA pun dia nak kelentong. dengan orang yag tak cerdik dan pendek akal bolehlah nak tipu.

Anonymous said...

Semua dikata bermasalah DSAI, DSNR, Zahid Hamidi, Mat Sabu,T (sah khianat mandat rakyat), Azmin pun sama,. Kenapa PAS tidak mahu mengangkat Haji Hadi Awang Sebagai PM.. Apakah Haji Hadi Juga tidak layak jadi PM? Saja Tanya nak pecahkan benak pemikiran orang PAS..

Anonymous said...

Ni prof longkang pojaan pas biol. Dia sm level dgn mb kedah. Heran aku camne la walaun pas blh taksub dgn org gini..donia donia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails