Thursday, January 07, 2021

Tahniah! Anak muda 8 sekawan peredah banjir bantu orang kampung..

 

Anak muda redah banjir beri khidmat hantar makanan

TANAH MERAH: Sekumpulan anak muda menawarkan khidmat sukarela dengan meredah air banjir sejauh lebih tiga kilometer (km), untuk menghantar ayam mentah dan santan kepada penduduk kampung yang terperangkap di Kampung Kulim, Gual Ipoh, di sini, hari ini.

Seramai lapan sekawan berusia 13 tahun hingga 23 tahun itu, meredah air banjir separas 0.3 sehingga 0.5 meter di Jalan Gual Ipoh-Kusial, di sini, dengan memikul 30 ekor ayam mentah dan santan.

Seorang daripada mereka, Mohd Afiq Aiman Ramli, 22, berkata mereka berpakat membantu penduduk kampung yang terperangkap secara percuma, kerana bimbang jika ada yang terputus bekalan makanan.

“Penduduk kampung telefon pembekal ayam, sebelum kami tawar diri untuk hantar bekalan itu. Kami bergerak secara berkumpulan untuk tujuan keselamatan diri, selain memastikan jalan yang dilalui masih selamat walaupun banjir.

“Ini adalah kali pertama kami menjalankan aktiviti sukarelawan sebegini, memandangkan banjir kali ini agak teruk dengan air yang naik terlalu cepat,” katanya ketika ditemui pemberita di Jalan Gual Ipoh-Kusial, di sini semalam.
 
Mohd Afiq berkata bermula 10 pagi, mereka telah dua kali meredah air bagi menghantar pesanan penduduk kampung, selain mengejar masa, risau air naik semakin tinggi.

Bagi Aiman Fauzi, 13, pula dia tidak gentar untuk turut sama meredah air bersama rakan-rakan, untuk membawa bekalan makanan kepada penduduk.

“Kami jalan kaki dari Kampung Liku redah air ke  Kampung Kulim sebelum naik perahu penduduk untuk ke kawasan terjejas. Setakat ini, hanya ayam segar dan santan yang kami bawa atas permintaan penduduk.

“Saya sendiri mengigil kesejukan redah banjir tapi tetap bersemangat untuk membantu,” katanya yang mendapat izin daripada ibu bapanya untuk melakukan kerja amal itu.

Sementara itu di PASIR MAS, paras air Sungai Golok yang naik secara mendadak berikutan hujan lebat sejak semalam, mengakibatkan lebih 10 keluarga di Kampung Lubuk Setol terpaksa mengharung air untuk ke pusat pemindahan di sini.

Warga emas Nik Din Nik Salleh, 82, berkata untuk sampai ke jalan utama kira-kira sejauh 50 meter, beliau bersama penduduk kampung itu terpaksa mengharung air sehingga paras dada.
 
“Takut jugak pak cik nak harung air tu, tak sangka air naik cepat sebab sibuk simpan barang sehingga jiran-jiran minta cepat ke pusat pindah ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Rukun Tetangga Lubuk Setol di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Terdapat 35 mangsa daripada lebih 20 keluarga, ditempatkan di dewan itu sejak pukul 11 pagi tadi.

Bagi Rohani Cik Ghani, 47, beliau bersama dua anak dan suami, berpindah pada saban tahun di pusat pemindahan dan perkara itu sudah menjadi biasa padanya.

“Kali ni air naik mendadak dan terpaksa bersiap segera sebelum berpindah, dengan terpaksa mengharung air di paras dada,” katanya.

Berikutan limpahan air Sungai Golok, beberapa jalan yang menghubungkan Rantau Panjang ke Tanah Merah hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat.

Paras air Sungai Golok kini melepasi bahaya 10.48 meter (bahaya 9 meter). – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada kumpulan anak muda 8 sekawan peredah banjir membantu orang kampung dalam kesusahan.. Al-hamdulillah!


IHtv

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Album 1 

7 comments:

Anonymous said...

banjir kat pehang tak henti henti alamat tuhan jangan ambil musang king orang kapir ke?

Anonymous said...

Camtu, banjir kat klate plk pasal belum laksanakan hudud ke kat negeri tu?

Untung la lebai2 suma dah naik gaji thn lepas. Dpt la bantu rakyat klate.
Walaun pas sekalian, sila share gmbr lebai bantu mangsa banjir thn ni..jgn bantai tido plk sejuk2 ni..

Anonymous said...

Pkr dan pan bantu mangsa banjir dap jer.

Anonymous said...

Siapakah yg merosakkan struktur penduduk asal negara ini. Tidak lain tidak bukan ialah pkr dan pan yg jadi khadam dap dengan membawa reformasi malaysia dan cuba membuang istilah bumiputera dan Islam dari perlembagaan. Pan dan pkr adalah parti orng melayu yg khianati bangsa sendiri. Mereka sanggup terima nafkah haram dari dap demi kelangsungan hidup peribadi dan bukan kelangsungan hidup bangsa melayu. Sudah mengalir darah dap dalam tubuh badan mereka. Tiada segan silu menghina bangsa mereka sendiri. Tiada segan silu bersama dap menghina bangsa melayu dan institusi agama Islam. Tiada segan silu bersama dap menghina penganut agama Islam dengan fokusnya kepada ahli agama. Jijiknya pkr dan pan seperti jolok lubang jamban.

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Setakat dalil maki hamun, ko gi ckp dpn anak ko la.

Anonymous said...

Bagus niat murni anak2 muda ni, tapi lebih elok kalau mereka ada sedikit asas2 berenang dengan betul!

Kalau tidak pandai berenang, risiko nyawa melayang itu agak tinggi sedikit macam anak2 muda yang mati lemas baru2 ini!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails