Wednesday, January 06, 2021

Semua pihak perlu komited, jujur &bertanggungjawab urus pemerintahan... PAS

 


Tidak kecil hati dengan Umno, PAS teruskan usaha penyatuan

KOTA BHARU: PAS sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan-Islam bersama Umno.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan, termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.

“Sebenarnya kita bersyukur kerana selepas 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dengan keadaan yang kita lihat memberi kesan yang amat besar kepada orang Melayu dan juga kedudukan Islam.

Apabila dapat bertukar kerajaan, ia adalah satu rahmat kepada kita dan sekarang ini kita kena bina dan sedar matlamat kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim di Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, melahirkan rasa syukur kerana dapat membentuk dan mengambil satu kerajaan yang boleh membela semula nasib rakyat.

“Usaha (membentuk kerajaan) itu penting. Kita akan terus berjuang sedaya upaya kita,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memaklumkan, pihaknya menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya membuat kajian semula kerjasama, berdasarkan sikap PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN). Demikian lapor BERNAMA.

Sementara itu menurut Dato' Takiyuddin Haji Hassan, Setia Usaha PAS melalui Harakahdaily, PAS sebagai sebuah parti politik utama negara yang pula berprinsipkan Islam dengan tegas berpandangan aspek perpaduan amatlah penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya.

Menurut beliau, selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, PAS berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar.

"PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat. Justeru PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

"Maka PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

"PAS amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini." Kata Dato' Takiyuddin. (IH)

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 1 

10 comments:

Anonymous said...

Ni pertubuhan haram. Berdaftar pun tidak. Pastu syok sendiri.

Anonymous said...

Pee H adalah pertubuhan haram jadah kerana kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn kerana Pee H dipimpin oleh sifu roket yang tidak percaya pada dosa dan pahala.

Anonymous said...

Pertubuhan haram??? Minum sampai mabuk tak haram. Puaskan nafsu ikut jubor tak haram. Berketuakan orng kufur juga tidak haram. LGBT juga tak haram. Cacah tatoo kat badan pun tak haram. Komunis percaya tiada tuhan pun tidak haram.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...
This comment has been removed by the author.
Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Menteri Undg2 LIBERAL bangang, pemalas & bongkak dr. PAS - bukan main lagi, dulu PAS nak memperjuangkan PENYATUAN UMMAH bersama UMNO, skrg. asyik nak memperjuangkan PENYATUAN Islam & Bukan Islam dgn. UMNO!

TEMBERANG sebiji mcm. Melayu2 LIBERAL yg. DAYUS & TAMAK KUASA! PAS dah jadi mcm. AMANAH - sbb. GILA KUASA!

Kerajaan pala hotak apa yg. perjuangkan HAK Islam/Umatnya - bila Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN GILA & PENIPU, yg. diJAHANAMkan oleh rejim PH BANGKAI - terus diSAMBUNG oleh rejim PERIKATAN NASIONAL-si Melayu LIBERAL Bersatu/PAS GILA KUASA ni?!! Dan PAS lansung TAK peduli nasib YAM DS Najib terCINTA kita, keluarga beliau & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain dr. UMNO - yg. terus diZALIMI dgn. amat KEJAM oleh Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN GILA & PENIPU-ala BARAT/ZIONIS ni, sdgkan ISLAM adalah AGAMA NEGARA!!

Lihat si peguam PARIAH BINATANG BUAS Penipu DAPpengganas, gopal sri ram yg. patutnya diSIASAT & diPECAT oleh PEGUAM NEGARA baru bawah rejim PERIKATAN NASIONAL/Melayu LIBERAL Bersatu paling TAK GUNA, kerana cuba menghasut bekas PEGUAM NEGARA TS Apandi utk. MEMALSUkan JENAYAH & MENANGKAP YAM DS Najib sewaktu beliau PM & asyik MENIPU dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU, bersama tommy thomas, serta geng peguam2 PARIAH depa yg. lain di pejabat PEGUAM NEGARA yg. dah diANJINGkan habis2an oleh peguam2 PENDATANG2 PARIAH Parasit DAPpengganas ni - skrg. mengHINA/mengGERTAK YAM DS Najib terCINTA kita kerana menDEDAHkan JENAYAH2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/PECAH AMANAH/SALAH GUNA KUASA/ROMPAKAN dr. 1MDB oleh bekas GABENOR BANK NEGARA & skrg. PENGERUSI PNB (yg. sdg. diROMPAK juga ASET2 HARTANAH Bumiputera kita) & ANAK BERANAK Zeti ni, dgn. berSUBAHAT dgn. bekas PEMBANTU Zeti masa dia di US, jho low - yg. mana kes ni diTUTUP secara HARAM & secara RAHSIA, dgn. amat JAHAT, oleh bekas peguam negara PARIAH tommy thomas PENIPU DAP Parasit/rejim PH& rejim SINGAPURA!!!

Dan yg. LAWAK JIJIK & amat KEJInya lagi, kononnya si PENJENAYAH zeti ni akan dipanggil sbg. SAKSI - sdgkan si PENJENAYAH zeti ni bersama rejim PH/jho low-si EJEN Pengganas2 Zionis ROTHSCHILD/ISrael/US - yg. telah & terus MEMERANGKAP & menSABOTAJ 1MDB & mantan PM AGUNG kita, YAM DS Najib dan KELUARGA beliau, serta PEMIMPIN2 ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. lain, dr. UMNO!!

BINATANG betul si Melayu2 LIBERAL dr. parti PENIPU, si BERSATU & rejim PERIKATAN NASIONAL - yg. terus BIAQkan KEZALIMAN, PENGANIAYAAN, PENIPUAN, RASISMA & FASISMA terhdp. YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain ini berlaku - sementara PAS, terutamanya MENTERI UNDG2 dr. PAS-GILA KUASA terus jadi KULI BISU, PEKAK & BUTA!

Lihat di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/660556/mohon-mahkamah-keluarkan-amaran-larang-najib-serang-zeti

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. juga ni - ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & FATWA2 MUFTI2 lansung TAK dihormati oleh MUSUH2 Islam/Melayu kat NEGARA ISLAM kita ni!!

Mana PAS & MENTERI AGAMA liberal paling TAK GUNA?!!

Di - https://malaysiagazette.com/2021/01/05/penganjur-miss-world-plus-langgar-fatwa-gesa-tindakan-tegas-yadim/

zack said...

Syabas saudara..beginilah jawapan padu untuk yg bodoh jahil penjilat pee h yg dikuasai Dapigs haram jadah komunis tp masih sukakan pee h penipu haprak!

Anonymous said...

Pendedahan oleh DS Anuar Musa patut diteliti oleh Pas.dan juga rakyat umumnya tentang sokongan mereka terhadap parti melayu..UMNO.Orang politik sentiasa memikirkan tentang..power dan fulus.

Anonymous said...

Yaaa..kami puas hati!

Kau betul aku salah said...

Aik..semua bagus aje..bila walaun nak marah ? Jangan takut tuan sadiq ini sarkis walaun semua dah jinak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails