Thursday, January 28, 2021

Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.

 

KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki.

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu selepas dia mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap, 20 Januari lalu.

Kunasundary dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sangat serius dan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Kesemua 105 pertuduhan ke atas tertuduh dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah pada prosiding hari ini yang berlangsung hampir lima jam bermula dari 2.45 petang hingga 7.30 malam.

Hakim itu berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah keji dan amat berat serta memalapkan hidup seorang kanak-kanak.

"Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minimum, namun mahkamah merasakan memadai dengan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu," katanya.

Mengikut 105 pertuduhan, lelaki yang tidak bekerja itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memohon hukuman pemenjaraan berat dan sebatan maksimum dikenakan terhadap tertuduh dengan mempertimbangkan faktor kepentingan awam.

"Mangsa di dalam kes ini berumur 12 tahun semasa mula-mula dirogol oleh tertuduh dan dirogol selama dua tahun sebanyak 105 kali.

"Tertuduh yang merupakan bapa tiri kepada mangsa sepatutnya bertanggungjawab untuk membela mangsa namun merosakkan harga dirinya. Akibat daripada perbuatan tertuduh akan menyebabkan trauma seumur hidup kepada mangsa sepanjang hayatnya," katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber.

Nurul Qistini berkata kes merogol anak dalam jagaan adalah kesalahan yang amat keji dan terkutuk serta dipandang serius oleh segenap masyarakat tidak kira agama apa sekalipun.

Perbuatan tertuduh diibaratkan sebagai "haruan makan anak" yang menjadi perhatian serius masyarakat umum yang bertentangan bukan sahaja dari segi undang-undang malahan ditegah oleh agama, katanya yang turut memohon hukuman berjalan secara berasingan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi mengurangkan hukuman.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa telah bercerai dengan bapa kandungnya pada 2015 dan wanita itu berkahwin dengan tertuduh pada November 2016.

Ketika kejadian, hanya mangsa dan tertuduh berada di dalam rumah dan mangsa tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana telah diugut dan dipukul oleh tertuduh.

Kanak-kanak itu hanya menceritakan kejadian berkenaan apabila ibunya membawa dia dan adik perempuan ke rumah ibu saudara mereka. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim

Rogol 1: Lihat Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Di Indonesia. Rogol 2: Di Klang seperti di atas.

5 negara tertinggi kes rogol di dunia.

1. Amerika Syarikat: Daripada kesemua mangsa, 91 peratus mangsa wanita, manakala sembilan peratus adalah lelaki. Biro Keadilan AS menyatakan, hampir 99 peratus daripada perogol adalah lelaki. Menurut Kajian Wanita Keganasan Terhadap Negara, satu daripada enam wanita dan satu daripada 33 penduduk AS pernah dirogol dan berdepan cubaan rogol. Lebih daripada satu perempat daripada wanita institusi pengajian tinggi melaporkan pernah dirogol atau percubaan rogol sejak umur 14 tahun.

2. Afrika Selatan: Negara ini mempunyai kadar tertinggi kes rogol di dunia – dengan 65,000 kes rogol dan serangan seksual lain yang dilaporkan. Insiden rogol menjadikan negara ini digelar modal rogol dunia. Satu daripada tiga wanita menurut kajian komuniti penerangan setempat mengakui pernah dirogol pada tahun lepas. Manakala lebih daripada 25 peratus daripada lelaki Afrika Selatan menurut kajian Majlis Penyelidikan Perubatan (MRC) pula mengakui pernah merogol. Afrika Selatan mencatat insiden tertinggi kanak-kanak dan kes rogol bayi di dunia. Negara itu cuma menjatuhkan hukuman penjara sekitar dua tahun atas kesalahan merogol.

3. Sweden: Sweden mempunyai kadar tertinggi kes rogol yang dilaporkan di Eropah dan merupakan salah satu tertinggi di dunia. Seorang daripada setiap empat wanita keluar rumah menjadi mangsa rogol di negara itu. Pada 2010, polis Sweden mencatatkan jumlah tertinggi kesalahan rogol – kira-kira 63 bagi setiap 100,000 penduduk. Negara ini mempunyai jenayah rogol ketiga tertinggi di dunia. Sebanyak 15,700 pula kesalahan seksual dilaporkan setiap tahun, peningkatan sebanyak lapan peratus setiap tahun. Manakala sebanyak 5,940 adalah kes rogol dan gangguan seksual. Bagaimanapun, setiap tahun dilaporkan kes rogol meningkat sebanyak 58 peratus. Sweden mempunyai salah satu kadar kes rogol tertinggi di Eropah.

4. India: Negara ini pula sejak 10 tahun kebelakangan ini menunjukkan serangan seksual semakin meningkat dengan pesat sehinggakan rogol sudah menjadi jenayah paling biasa terhadap wanita. Sebanyak 24,923 kes rogol dilaporkan di seluruh India setiap tahun, tetapi pakar jenayah bersetuju bahawa bilangan kes yang tidak dilaporkan juga tinggi. Kebanyakan mangsa rogol memgakui dirogol oleh keluarga sendiri, jiran dan lain-lain orang yang dikenali, Manakala 98 peratus mangsa melaporkan dirogol oleh kenalan lelaki. Anggaran terkini menunjukkan bahawa kes baharu rogol dilaporkan setiap 22 minit di India.

5. United Kingdom: Ramai orang ingin hidup atau melawat UK kerana ia adalah salah satu negara paling maju. Tetapi mereka pasti tidak sedar bahawa negara ini juga terlibat teruk dalam jenayah rogol. Menurut laporan, secara purata sekitar 85,000 wanita dirogol di England dan Wales setiap tahun. Lebih 400,000 wanita pula diserang secara seksual setiap tahun. Satu dalam lima wanita berusia 16 hingga 59 tahun mengalami beberapa bentuk keganasan seksual sejak berusia 16 tahun.

Solusi

Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik  April 20, 2016 12:17 PM

NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.

Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.

Perhatian: 

PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu merupakan cita-cita parti itu sejak sekian lama.

Video

13 comments:

Anonymous said...

Dia mesti penyokong dap. Satu group dengan Presiden parti liberal. Sama2 banduan kesalahan sex.

Anonymous said...

Hari hari puak Otai Reformasi belasah PAS dan lobai lobai... hari hari belasah PAS yang kononnya gagal membela maruah Isle dan memfitnah penunggang agama dan penunggang Isle...

Nak tanyo hok satu nih ajo...

Boleh kah kito menhgarapkan kaki jubo memartabatkan Isle di bomi bertuah Malaysia. Boleh kah kita harapkan pejuang Pluralisma Murtad LGBT membela Isle di Malaysia.!?

Anonymous said...

Kecoh btl anjing pas menyalak nak anwar jd pm. Nape x menyalak suruh ulamak jadian hadi jd pm?

Anonymous said...

Hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

Ini semua rasukkan Syaiton.... Jom undi PAS...

Anonymous said...

Watpe nk crite RUU 355... Janji melayu isle memerinth... Islam skrg dah tak tergugat... Nombor ekor boleh up lagi... Psl islam skrg dh x tergugat.
Takbirrrrrrrr

Anonymous said...

Hidup Jubo .. hidup jubo... hidup isle

Anonymous said...

Kikiki

Budak Tommi Tomas Twist Again tu kateee.. bukan aku yang kateee..!!

Tun mintak dia letak jawatan sobab orang Melayu marah kat dia...

Kikikiki... tatau lah nak gelak ke nak nangis...

Atok and Tomi udah udah buat citer seram sejuk nihh... tak seram lansung dah jadi sketsa beruk mak yeh

ni sapa tipu sapa ni... dah nak mati dahhh udah udah lah tuuu...

Anonymous said...

Jgn sebut Jubo... Marah Azmin......

Anonymous said...

Tak mendaftar mengundi salah syaitan, kalah undi pun salah syaitan... kalo boleh agaknya akan dikaitkan parti-parti politik selain dari PAS adalah terlibat dengan syaitan... Adoyailah... abis tu yang banyak anggota PAS yang terlibat dengan salahlaku seks semua tu bukan salah syaitan ke?? Takkan lah kot... semua tu ramai jugak yang level guru agama...

Tapi pelik juga... bila mana semua yang bersekongkol dengan PAS tidak pula diklasifikasikan sebagai geng syaitan.... macam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya... hanya yang mana PAS dah anggap musuh ja akan diklasifikasikan sebagai geng syaitan

Anonymous said...

MOHAMED HANIPA MAIDIN

1. Adapun yang heboh diperkatakan tentang kerja-kerja rasukan SYAITAN ni, ia termasuk kepada perkara-perkara ini ke?

a. KHIANAT mandat rakyat dengan dirikan Gomen Tebuk Atap dan rampas hak orang lain? dan termasuk ke mereka yang bersama-sama dan boleh menyokong kerja-kerja KHIANAT tersebut?

Jika YA, macam mana agamawan yang arif hukum hakam boleh buat benda lagu tu?

Tak rasa malu dan tak rasa bersalah dengan Tuhan ke setiap kali nak bertakbir masa nak solat?

Jika TIDAK, ok lah, cuma itu ilham dari malaikat pula ke?

Jika YA, itu munkar- منكر- dan berdosa kan?

Jika TIDAK, itu maaruf- معروف dan dapat pahala ke?

b. Bila dah hilang majoriti dan takada keabsahan memimpin negara tapi masih tak mahu berundur dan buat darurat lagi dan para agamawan pun tak mahu tegur malah tolong cari dalil menyokong, itu rasukan SYAITAN atau ilham malaikat?

#takkanlah tok lebai nak menipu !!!

Anonymous said...

Gagal 355 bukanlah tindakan derhaka. Ttp mengajak mp utk bantah darurat, adalah tindakan derhaka. Dan sudah semestinya kesemua cina dap sokong derhaka. Sebagai seorg melayu yg kononnya Islam, presiden parti liberal tidak sepatutnya mengheret istana kearah ketidakstabilan. Andai YDPA perkenan, kestabilan belum juga pasti kerana lebih ramai yg akan bantah tindakan derhaka. Bersabar hingga selesai dharurat, kemudian pilihanraya. Sekarang rakyat rasa aman bila kurangnya perpecahan disebabkan politik.

Anonymous said...

Jd derhaka sbb rugikan puak lebai jadian. Cuba yg untungkan puak lebai walaun tu, terus dpt tiket sorga..
Kah355x!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails