Wednesday, January 13, 2021

PM sudah hilang sokongan majoriti? -Dr Muhammad Fathi Yusof

 


JIKA kita merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, dan pengumuman Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh yang dibuat sebelum undian Belanjawan tempoh hari, Kerajaan PN kini hanya mendapat sokongan 110 orang daripada 220 orang keseluruhan anggota Dewan Rakyat. Adakah PM perlu meletakkan jawatan? 

Perkara 43(4) menyebut ‘jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’ 

Maksudnya ada dua pilihan iaitu meletakkan jawatan atau mohon pembubaran Parlimen. Elok kita lihat kedua-dua pilihan ada lebih mendalam.

Pilihan pertama ialah meletakkan jawatan. Pilihan ini sesuai jika ada tokoh lain yang boleh menggantikan Perdana Menteri yang hilang sokongan. Calon paling hampir ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 91 sokongan. Tetapi, belum ada petanda jelas bahawa Ahli Parlimen dari parti-parti lain seperti PEJUANG, WARISAN dan MUDA memberi sokongan kepada beliau. Pilihan kedua ialah memohon membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum dilaksanakan dalam masa 60 hari. Pilihan ini sesuai jika tiada wabak COVID-19. 

Adakah wujud pilihan lain? Pilihan lain adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah untuk mengekalkan kerajaan sedia ada sebagai sebuah kerajaan sementara. ‘Sementara’ di sini bermaksud, kerajaan yang dibenarkan terus bertahan sementara menunggu waktu sesuai diadakan Pilihan Raya Umum.

Kerajaan sementara ini boleh berfungsi selama mana belum ada mana-mana calon lain yang mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun kerajaan sementara boleh tumbang jika bila berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Ringkasnya, dengan kehilangan sokongan majoriti ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin perlu segera mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya. Berdasarkan realiti wabak COVID-19 dan ketiadaan tokoh lain yang mendapat sokongan majoriti, maka Kerajaan Perikatan Nasional wajar terus bertahan sebagai sebuah kerajaan sementara.

Memandangkan halangan utama kepada PRU ialah wabak COVID-19, adalah wajar satu badan bebas yang berkepakaran diwujudkan untuk memberikan syor kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan kewajaran mengadakan Pilihan Raya Umum. Cara ini dapat memastikan agar kepentingan rakyat diutamankan mengatasi kepentingan politik. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara dan rakyat Malaysia.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembangaan)
Universiti Teknologi Malaysia – HARAKAHDAILY 10/1/2021

9 comments:

Anonymous said...

aku baru keluar pas

Anonymous said...

Haaa... Moleklah, pah tu mu masuk DAP.

Aku said...

Haaa... Moleklah, pah tu mu masuk DAP.

Anonymous said...

Ramai yg dah tinggalkan perjuangan sia2 pkr dan pan. Malu terpalit dengan akhlaq bang non dan bang mike.

Anonymous said...

Eloklah pm terus berkuasa sehingga politik stabil. Asyik tukar pm bila politik nak stabil. Pilihanraya bila dah stabil. Pengalaman 60 tahun yg gerhana tapi masih hendak berkuasa, manfaatnya kepada orng melayu kurang. Banyak harta org melayu tergadai oleh pemimpin yg busuk dan rakus.

Anonymous said...

aku lagi malu dengan geng jubab lagak alim tapi bini orang pun kebas, dapat dedak terus telan....

Anonymous said...

Cuba kalian amati titah Suktan Perak terbaru

Anonymous said...

Cuba kalian amati titah Sultan Perak yang terbaru.

Anonymous said...

Btl..cuba igt blk kes yb Pas yg ingkar perintah sultan.
Panggil dtg istana pun buat boddow je.

Nujum pak belalang, tgh tido pun kena bgun dtg istana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails