Saturday, January 16, 2021

Syabas Shahidan Kassim dari UMNO. Dari DAP bagaimana?

 

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, bersama anggota konvoi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional/UMNO Perlis yang berlepas ke Pahang bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Pahang. - NSTP/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN

'Relakan elaun dipotong untuk bantu rakyat'

ARAU: Ahli Parlimen wajar merelakan pemotongan emolumen iaitu gaji atau elaun masing-masing bagi membantu rakyat di kawasan menangani situasi tidak menentu ketika ini.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata walaupun pemotongan gaji atau elaun Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara sepanjang proklamasi darurat sukar dilaksanakan kerana Parlimen tidak bersidang, setiap Ahli Parlimen harus mempunyai kesedaran untuk berkorban demi kepentingan rakyat.

"Walaupun dalam keadaan darurat, rakyat perlu dijaga dan dibantu, maka saya mencadangkan gaji atau elaun Ahli Parlimen dipotong secara sukarela.

"Kalau nak potong begitu sahaja mungkin ada yang tak setuju, maka biar secara sukarela. Ada yang nak beri lima peratus, 10 atau 20 peratus.

Ada yang tak mahu (potong elaun) kerana tak cukup untuk kawasan mereka. Ada yang sanggup dan walaupun tak cukup, dia akan berusaha mencari peruntukan.

"Saya tidak ada masalah untuk gaji atau elaun dipotong kerana ia sekurang-kurangnya dapat membantu masyarakat di kawasan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pelancaran Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN)/UMNO Perlis di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini hari ini.

Shahidan berkata, kesedaran perlu ada bagi Ahli Parlimen tanpa mengira parti diwakili untuk membantu rakyat, terutama dalam keadaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau mengakui sedia elaunnya dipotong 10 peratus untuk membantu masyarakat setempat.

Shahidan turut mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

"Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan, jadi tunggulah. Kita belum buat apa-apa lagi, tunggulah sebulan dua dan lihat kedaan.

"Ada yang kata darurat menjejaskan demokrasi tetapi paling penting, rakyat harus diberi pembelaan ketika ini," katanya.

Terdahulu, Shahidan melepaskan konvoi bantuan pasca banjir yang berada di Pahang selama dua minggu bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir besar, minggu lalu. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSyabas Shahidan Kassim dari UMNO. Dari DAP bagaimana?


IHtv

13 comments:

Anonymous said...

Dr lebai pas bagaimana?
Gaji dun sm exco dah naik time covid. Xkan duk berkurung dlm bilik je.?

Anonymous said...

lebai PASu derma sekampit, facebook, twitter, instangram berapa pages, harakiri muka surat utama.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PELIK - walaupun PEGUAM2 ni MENGAKU, yg. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) telah diCABUL oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/PN utk. membuat ORDINAN DARURAT HARAM yg. mengGANTUNG Parlimen & memberi IMUNITI (perlindungan), serta KUASA MUTLAK kpd rejim PN & mana2 PENJAWAT AWAM dlm. apa2 SALAH LAKU @ JENAYAH sekiranya "berniat baik" kononnya - TAK DAK sekoq pun PEGUAM2/NGO2 yg. berani MENCABAR pencabulan UNDG2 PERLEMBAGAAN oleh rejim PN DIKTATOR PARASIT ni!! Sementara RAKUAT terus MENDERITA dgn. PKP & DARURAT POLITIK jahanam ni yg. telah MENIPU akan DYMM SPB YDPA kita!!

Dan tiba2 ANGKA Pesakit naik sampai 4000 - mcm. mana kita nak tahu samada ini BENAQ, sbb. VAKSIN boleh pula diTANGGUHkan utk. RAKYAT selama 8 BULAN!!

GILA betul KEZALIMAN ni!!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/16/with-emergency-ordinance-law-experts-say-democracy-suspended-unlimited-power-lies-with-cabinet/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. INDIA pun dah mula dgn. program VAKSIN dia utk. RAKYAT dia!!

Rejim DIKTATOR muhyiddin/PN ni - telah MENIPU Kesultananan Islam/Melayu kita, Rakyat & Negara habis2an - disyaki berMOTIF menangguhkan program VAKSIN sampai 8 bulan utk. RAKYAT - supaya DARURAT POLITIK jahanam ni boleh diLAKSANAkan agar Muhyiddin yg. dah HILANG MAJORITI utk. terus jadi PM & Melayu2 LIBERAL dr. parti BUKAN Pribumi lagi, BERSATU yg. amat MERBAHAYA, LICIK, RASIS, FASIS, BUAS, BONGKAK, TAMAK & PENIPU ni dpt. KEKAL berkuasa hingga mungkin AKHIR TAHUN 2021 - & dpt. terus MENJAHANAMkan apa2 HAK Islam/Umatnya dan BUMIPUTERA kita dlm. syarikat2 GLC, spt. KHAZANAH, TABUNG HAJI, PNB, BOUSTEAD, LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA dsbnya!!

Lihat di - https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/776679/covid-19-india-mulakan-program-vaksinasi-mega

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan tgk. 3 DEWAN yg. punya MAHAL, di kwsn. Parlimen DIKTATOR Muhyiddin sbnyk. hampir $40 JUTA akan diBINA pd. MAC 2021, waktu WABAK Covid-19 & DARURAT ni!!

Tapi VAKSIN2 utk. MENYELAMATkan NYAWA RAKYAT - boleh pula LEWAT!! JAHANAM betul parti BERSATU liberal amat JAHAT ni!!

Lihat di -
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776905/peruntukan-untuk-bina-3-dewan

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tak kira utk. 1 @ 3 DEWAN - kenapa begitu MAHAL & buat waktu WABAK COVID-19 & DARURAT - sdgkan VAKSIN2 boleh diTANGGUHkan sampai begitu LEWAT utk. RAKYAT; seolah diSENGAJAkan supaya kes MENINGKAT & dpt. laksanakan DARURAT POLITIK ni!!

Lihat di - https://mykmu.net/2021/01/16/apa-kewajaran-muhyiddin-luluskan-projek-dewan-pagoh-bernilai-rm35-juta/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. ni, rejim PN terus nak MENIPU Rakyat - yg DAFTAR Nama2 penerima Vaksin shj. apahal LEMBU2 - tapi VAKSIN masih LEWAT - terutamanya utk. RAKYAT, sehingga 8 BULAN!!

Di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776804/500000-bakal-penerima-vaksin-sudah-dimaklumkan

Anonymous said...

KENAPA TANYA DARI DAP ??? DARI PAS BERSATU MCM MANA,,,SEDANGKAN PAS DAN BERSATU JUGA MENDAPAT PERUNTUKAN YG BESAR TIDAK SBGMN PERUNTUKAN KPD PEMBANGKANG..KALAU PENULIS NAK TUNJUK BODOH PUN PERSOALAN INI.TANYA ANAK BINI PENULIS SENDIRI SUDAH CUKUP..PERBODOHKAN KELUARGA ANDA LEBIH BAIK DRP MEMPERBODOHKAN ORG LAIN YG LEBIH CERDIK DRP KAMU WAHAI PENULIS

Anonymous said...

Selagi ada pemimpin2 yg korup dlm umno seperti shahidan, mat bangla, dsb, susah nak tingkatkan ekonomi orng melayu. Sebab mereka ni, beri sikit, kautnya banyak. Realitinya lebih kosmestik dari jujurnya.

Anonymous said...

Andainya umno bersabar dan tidak tergesa2 berselisih dengan bersatu, politik bolih stabil. Disebabkan masih ujud lagi pemimpin korup umno dalam pucuk pimpinan, tabiat tamak dan gila kuasa masih berleluasa di kalangan mereka. Dulu orang melayu menolak bn, sikap buruk umno mungkin menyebabkan orang melayu menolak umno. Akar umbi yg selesa dengan kestabilan di perak, telah terencat oleh perbuatan undi percaya yg diketuai umno. W/pun pn masih berkuasa, setiakawan umno sudah tidak diyakini dan dipercayai. Menikam belakang adalah trade mark umno. Mereka pernah membuang pas dulu bila sudah merasa kuat.

Anonymous said...

Bodoh ke Ibnu Hashim ni nk kaitkan dgn DAP...

Anonymous said...

Kat Perlis ada DAP ke??

Anonymous said...

Ada. Selagi ada cina, adalah dap, master bagi pkr dan pan. Cuma di perlis mereka bergerak bawah tanah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails