Sunday, January 10, 2021

PAS, sila nyatakan pendirian pilih rakan UMNO atau BERSATU?

 

Pilihan PAS ialah Islam

MENGIKUT laporan portal Malaysiakini kedua-dua rakan politik PAS iaitu Umno dan BERSATU, mahu PAS nyatakan pendirian memilih salah satu rakan politik untuk berkerjasama bagi menghadapi PRU ke-15. PAS kini menjalin kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN) dan dalam waktu yang sama merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai BERSATU

Mungkinkah PAS akan memilih salah satu? Bagi mereka yang menganggap PAS ini sekadar parti politik biasa sebagaimana parti-parti lain, mereka menyangkakan matlamat PAS adalah untuk dapat kuasa semata-mata maka mereka akan susah membaca dan memahami PAS.

PAS walaupun berdaftar sebagai sebuah parti siyasah sebagaimana yang lain tetapi pada dasarnya ia bergerak puluhan tahun sebagai sebuah gerakan Islam. Ia berjuang untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dan menegakkan kebaikan buat sesama manusia. Inilah bezanya. Untuk faham PAS maka perlu melihatnya dari kacamata itu.

Dalam kemelut politik hari ini PAS awal-awal lagi sejak sebelum PRU14 telah mempelopori usaha ke arah penyatuan ummah. Umat Melayu Islam yang merupakan majoriti pengundi dalam negara perlu bersatu menyatukan kekuatan politik mereka menjadi satu kesatuan kuasa yang padu.

Kerana apa kerana negara ini perlu dikuasai dan didominasi oleh golongan majoriti. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kepentingan mereka terabai dan akhirnya mereka dianak-tiri di bumi sendiri. Apalah nasib Melayu Islam ketika itu?

Lalu PAS bangkit dalam kegawatan persaingan politik yang sengit membawa Islam sebagai jalan penyelesaian. Ringkasnya inilah suasana yang ada pada hari ini. PAS sedar perpecahan sesama kita hanya merugikan nasib dan masa depan ummah lantas sebagaimana kehendak agama, kita wajib bersatu.

PAS bersedia dan telah pun menjalin hubungan politik dengan Umno melalui MN. Mengapa, bukankah Umno musuh politik terbesar PAS? Benar kerana itu bila ada peluang berdamai PAS ke hadapan menyahutnya sebab perdamaian membawa kepada penyatuan dan perpaduan dan inilah perjuangan PAS.

Muncul pula BERSATU yang dengan Umno punya perbezaan yang besar. PAS sambut tangan BERSATU. Main dua kolam PAS dituduh. Dan sudah pasti yang menuduh itu tidak faham perjuangan PAS.

PAS dilihat menjalin hubungan dengan dua musuh yang bersengketa. Kenapa PAS berbuat demikian, kerana PAS menjulang perjuangan Islam. Islam menuntut kita meneroka jalan penyatuan, bersatu dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Jika tiada yang mahu merintis jalan ini maka biarlah PAS yang merintisnya.

Sehingga akhirnya kental kukuh kuat ikatan ini, biar lari bertempiaran musuh, biar bumi dipijak ini kekal menjadi milik kita. Itulah PAS, bagaikan lilin demi perjuangan besar ini sanggup membakar diri asalkan cahaya kegemilangan Islam memancar seluruh pelosok bumi bertuah kita. PAS mengajak kepada politik perdamaian. Ayuh kita hadapi musuh satu lawan satu. Fahamilah PAS.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/1/2021

IHtv


5 comments:

Anonymous said...

Tak kira mana la.
Asal pas dapat jawatan baru,mesedes baru,bini baru
Baru ada syiok.
Islam ni modal ajer.

Anonymous said...

Patut lah sesuai dipanggil hancing. Cuba sebutkan satu persatu ahli pas yg terlibat.

Anonymous said...

Syok main 2 kolam..muafakat nasional pun x daftar..bye2 la Umno.

Anonymous said...

Walau apa pun berlaku, fahaman komunis perlu ditolak. Liberal pun juga kerana terbukti dan dalam sejarah, presiden jadi banduan jenayah sex songsang. Tak pernah berlaku dalam politik moden pesalah sex jadi pm. Rakyat kena bangun dan pertahan MN dan PN.

Anonymous said...

Ko percaya ke sumpah laknat saiful dpn kaabah tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails