Wednesday, January 13, 2021

AJL35, hikmah ditunda? Lebih berhikmah lagi jika ditiadakan!

 

Aina menerima positif penundaan AJL35 dan menggunakan kesempatan yang ada untuk memikirkan persembahan berbeza pada malam kemuncak. Foto IG Aina Abdul

HALAMAN HIBURAN

Ada hikmah AJL35 ditunda.

KUALA LUMPUR: Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menyambut baik keputusan TV3 menunda acara berprestij itu demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Menganggap ada hikmah di sebalik penundaan AJL35, artis bersaing menyokong keputusan TV3 demi keselamatan finalis, kru dan semua pihak yang terbabit dalam penganjuran acara itu.

Aina Abdul yang yang mempertaruhkan lagu ciptaannya, Semalam pada AJL35, mengaku terkilan, namun berfikiran positif.

"Saya cukup menantikan ketibaan 7 Februari. Sebelum ini, episod saya muncul dalam Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 juga ditunda

"Banyak dugaan untuk AJL35 kali ini," katanya kepada BH Online.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh​ mengumumkan AJL35 yang sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 7 Februari depan, ditunda.

Khairul dilaporkan berkata, tarikh baharu AJL35 akan dimaklumkan berpandukan situasi semasa.

Berikutan penundaan itu, TV3 memohon maaf atas kesulitan dan berharap penularan COVID-19 dapat dibendung segera agar perancangan menganjurkan AJL35 dapat dibuat.

Aina berkata, penangguhan AJL35 membolehkan dia dan pasukannya memikirkan konsep persembahan berbeza.

"Mungkin itu hikmah untuk kami. Memang terkilan kerana saya menepati 'deadline'. Biar sibuk sekali pun, saya cuba sehabis baik.

"Namun, disebabkan perkara begini, saya terpaksa akur dan terima dengan positif," katanya.

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini yang mempertaruhkan tiga lagu ciptaan bersama pada AJL35 menganggap keputusan penganjur adalah tepat.

"Dalam kita mematuhi PKP, pasti persiapan untuk AJL35 terganggu. Seperkara lagi, finalis ada masa lebih panjang untuk buat persiapan dan latihan," katanya.

Hael percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, komposer yang juga salah seorang juri AJL35, Ajai percaya TV3 belajar daripada insiden siaran langsung SFMM Ke-35 apabila Alif Satar disahkan positif COVID-19 selepas terbabit dalam program berkenaan.

"Mungkin TV3 sudah belajar daripada insiden SFMM35. Bagi acara besar yang membabitkan banyak pihak, langkah berjaga-jaga amat perlu.

"Kita tidak tahu, dalam ramai, mungkin ada yang dijangkiti," katanya.

Ajai berkata, finalis lebih tenang apabila pertandingan ditunda.

"Jika diteruskan mungkin mereka akan membuat persembahan dalam tekanan dan kerisauan.

"Jadi dengan penundaan itu, mereka dapat membuat persiapan dalam keadaan yang lebih tenang," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Acara hiburan AJL35, berhikmah ditunda? 

Lebih berhikmah lagi jika ditiadakan atau dibatalkan terus. Kerana kegiatan hiburan begitu lebih kepada maksiat dan dilarang oleh agama Islam, agama bagi Persekutuan (lihat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan) 

Kecuali hiburan menurut syariat seperti di Kelantan dan lain-lain. 


Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • 6 comments:

    Anonymous said...

    Hobi parti zahid rebut kuasa. Amanah tak jalan. Pemimpin seperti mat bangla bantai senior sendiri. Tiada kerjasama. Masing2 nak tunjuk pandai sendiri. Seperti mat jazle. Tak ikut parti, ikut suka hati. Rakyat jadi mangsa.

    Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

    Tgk. Artis wanita ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. diDIKRIMINASI oleh Pengarah2/Produser2 BUKAN ISLAM DAPpengganas sewenang2nya!!

    Maka, mana MENTERI2 LIBERAL Agama/Kem. Multi Media dr. parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal paling TAK GUNA?!

    Di - https://mykmu.net/2021/01/10/disuruh-buka-tudung-kalau-nak-berlakon-mia-sara/

    NOTA: BOIKOT Industri Perfileman/Drama/Hiburan dan program2 yg. MENDISKRIMINASI Artis2 Wanita ISLAM/MELAYU berTUDUNG kita sbg. HEROIN2 @ HOS2 program, serta yg. memPROMOSI budaya2 Barat/Zionis LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH/MEMUJA IBLIS dgn. lambang tangan Zionis KEPALA KAMBING (bahkan Pengasas lambang ini utk. OKU bisu & pekak juga, Helen Keller, sebenarnya adalah pengikut fahaman IBLIS)!

    Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

    Pi BERAMBOS lu HOMO ke KANDANG DAP BANGKAI PARASIT!!

    Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

    Inilah akibatnya bila JAKIM bawah MENTERI AGAMA LIBERAL & KEM. MEDIA liberal paling TAK GUNA, bawah REJIM Perikatan Nasional DAYUS skrg. - lansung TAK peduli pd.
    Siaran2 ASING di ASTRO terutamanya dr. BARAT & INDIA (& UNIFY makin TERIKUT) serta Industri PERFILEMAN/DRAMA2/HIBURAN Melayu sendiri - yg. makin mengNORMALkan budaya2 LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH/buat LAMBANG TANGAN-ala ZIONIS Freemason memuja IBLIS - utk. terus menJAHANAMkan MORAL & AQIDAH anak2 muda Islam/Melayu & Katholik kita!!

    Juga boleh pula berita Tamil di RTM2 di hujungnya, mempromosi seolah bacaan kitab Agama Hindu dgn. foto Sami Hindu yg. seolah memegang senjata (seolah berita Tamil RTM tu penganut Hindu yg. punya sdgkan ramai bangsa Tamil yg. Islam) - yg. lagi pun melanggar Undg2 Perlembagaan 11 (4) & (5)!

    Dan drama2/filem2/Iklan2 Tamil Malaysia - lansung menDISKRIMINASI Umat Islam Tamil dll - seolah umat Islam Tamil TAK wujud kat NEGARA ISLAM kita ni, & ini negara INDIA & Sri Lanka yg. mmg. BENCIkan bangsa BUMIPUTERA Islam India & Sri Lanka - ya, boleh pula DISKRIMINASI & RASISMA amat keji ni terhdp. Umat Islam Tamil dll dibenarkan juga kat NEGARA ISLAM kita ni, oleh bangsa Tamil Bukan Islam terutamanya!!

    Dan lainlah kalau Islam dipromosikan di mana2 Siaran TV - sbb. Islam mmg. adalah AGAMA NEGARA berdasarkan Undg2 Perlembagaan 3!

    Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

    Tgk. ni - ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & FATWA2 MUFTI2 lansung TAK dihormati oleh MUSUH2 Islam/Melayu kat NEGARA ISLAM kita ni!! Mana PAS & MENTERI AGAMA liberal paling TAK GUNA?!!

    https://malaysiagazette.com/2021/01/05/penganjur-miss-world-plus-langgar-fatwa-gesa-tindakan-tegas-yadim/

    Anonymous said...

    Pemimpin2 Pkr, bersatu, dan pejuang berasal dari satu parti iaitu umno. Bila pemimpin yg bercita2 tinggi gagal mendapat tempat dlm umno, mereka tubuh parti baru pkr, bersatu dan pejuang. Atok dapat pm semula dari bersatu. Abah dapat pm dari bersatu sheraton. Bang non masih kekal pm tepian. Getir harmoni negara berpunca dari group ini. Parti yg semakin ditolak guna apa cara jua untuk kembali berkuasa. Berbalah tanpa henti dan ada cubaan untuk bergabung dengan dap. Ini rakyat melayu majoriti tolak. Tapi pemimpin gila kuasa tak faham kehendak rakyat.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails