Saturday, January 16, 2021

Tan Sri Muhyiddin hanya dapat sokongan 110 orang dari 220 anggota Dewan?

 



UMMAH cadang kerajaan sementara kepada Agong

MERUJUK kepada pengumuman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya mendapat sokongan 110 orang daripada 220 orang keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Krisis politik yang berlaku kini hakikatnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan bencana banjir besar, wabak Covid-19 dan keresahan ekonomi yang semakin menekan.

Selain itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) juga melahirkan kekecewaan di atas polemik yang berlaku dan berpendirian bahawa sekiranya kerajaan yang didominasi oleh parti politik Melayu yang ada pada hari ini gagal disebabkan pertelagahan dan kepentingan individu sesama pemimpin Melayu sendiri, maka rakyat khususnya kaum Melayu Islam akan hilang kepercayaan kepada pemimpin parti-parti Melayu ini dalam PRU15 akan datang.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4) menyebut, ‘jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’

UMMAH dengan ini menyembah maklum kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agung (YDPA) untuk membuat keputusan yang terbaik terhadap kemelut politik negara pada hari ini.

Memandangkan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, bencana banjir yang melanda negara, UMMAH mencadangkan agar YDPA menubuhkan sebuah Kerajaan Sementara (mengekalkan status quo Tan Sri Munyiddin sebagai Perdana Menteri Sementara), dan tempoh yang dicadangkan adalah selama satu tahun.

UMMAH juga mencadangkan agar YDPA menubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada ahli-ahli pakar untuk mengkaji tarikh yang paling sesuai bagi negara Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 selepas daripada tempoh satu tahun kerajaan sementara tersebut.

UMMAH menegaskan bahawa PRU15 tidak wajar untuk diadakan pada waktu ini bagi memberi ruang kepada kerajaan memberikan khidmat dan fokus kepada misi membantu rakyat yang telah menghadapi bencana banjir besar dan pandemik Covid-19.

Sekian

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 10/1/2021

IHtv

12 comments:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

JAHATnya NGO Islam/Melayu-geng PAS TAMAK KUASA ni - apa hal nak KEKALkan DIKTATOR Muhyiddin sbg. PM dlm. Kerajaan senentara PALA HOTAK PENIPU kau?!! GILA betul puak2 DURJANA yg. memPERGUNA & mrmPERMAINkan ISLAM/UMATnya & KESULTANAN ISLAM/MELAYU kita sampai mcm. ni sekali!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

ORDINAN DARURAT (UNDG2 waktu DARURAT) yg. baru dibuat secara TERBURU2 & RAHSIA, oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/PN LIBERAL, melalui PENIPUAN pd. DYMM SPB YDPA, yg. termsk. MENGGANTUNG PARLIMEN dan memberi IMMUNITI & KUASA MUTLAK kpd. rejim PN/PENJAWAT2 AWAM dr. diDAKWA @ diSAMAN oleh sesiapa dlm. apa2 JENAYAH @ KESALAHAN sekiranya 'berniat baik' kononnya - adalah HARAM, kerana telah MELANGGAR Undg2 Perlembagaan Per. 150 (3) PROKLAMASI DARURAT - kerana apa2 ORDINAN DARURAT perlu diBENTANGkan di kedua2 MAJLIS PARLIMEN, iaitu DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA!!

Jadi, apahalnya PARLIMEN boleh diGANTUNG pula dgn. memPERMAIN2kan & MENIPU psl. PROKLAMASI DARURAT ni, si rejim PN Penipu?!

Di - https://soundcorner.my.id/gantung-parlimen-didakwa-tidak-sah-mesti-dicabar-dan-ditentang-hassan/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Ya, inilah POLITIK JIJIK & PENIPU rejim DIKTATOR muhyiddin/PN ni - yg. telah memPERGUNAkan, MENGANIAYA & memPERDAYAkan ISLAM/UMATnya & KESULTANAN MELAYU kita dgn. amat KEJI - dgn. meMANIPULASI & MENIPU psl. Undg2 Perlembagaan Perkara 150 Proklamasi Darurat!!

Mmg. DASYATnya PENIPUAN & PENGKHIANATAN Diktator Muhyiddin & Melayu2 LIBERAL dr. rejim PN amat ZALIM, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, BUAS, RASIS & FASIS ni- si KEMBAQ rejim PH PENJAJAH Zionis PARASIT!

Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/adakah-darurat-politik-muhyiddin-boleh.html?m=1

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Walaupun kita ANTI-PH, tapi mmg. betul rejim DIKTATOR muhyiddin/PERIKATAN NASIONAL - dah GILA & JAHAT betul!!

ISLAM/UMATnya & NYAWA Rakyat diPERMAINkan demi KUASA POLITIK JIJIK rejim DIKTATOR PN LIBERAL ni!!

DYMM SPB YDPA kita telah diTIPU habis2an - utk. PERKENANkan DARURAT yg. ZALIM ini - yg. telah mengHAPUSkan Sistem DEMOKRASI Berparlimen sbg. SISTEM SEMAK & IMBANG - di mana TIADA sesiapa atau Sistem berhak ada KUASA MUTLAK HARAM - demi KEADILAN & KEBENARAN tulen, yg. diTUNTUT dlm. ISLAM, selaras dgn. ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berDASARkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita!!

Di - http://wrlr.blogspot.com/2021/01/8-bulan-lagi-baru-rakyat-dapat-vaksin.html?m=1

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Itulah, kononnya rejim PN DIKTATOR buat DARURAT & MENGGANTUNG Parlimen sbb. nak TANGANI Covid-19 - tapi boleh pula nak BIAQkan VAKSIN lewat sampai 8 BULAN utk. RAKYAT??!!

PENIPU betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/PN amat ZALIM ni!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Dan UMMAH 'pejuang Islam' paling TAK GUNA ni - tgk, KEDAI BAJU DALAM Barat,VICTORIA's SECRET amat LUCAH & MEWAH - diBENAQ buka waktu PKP!!

JAHANAM betul rejim PN PENIPU ni!!

Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/semalam-saya-tengok-ada-beberapa-orang-dalam-ruang-komen-saya-yang-bersungguh-su/10157623372495952/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Pi facebook DS Najib pasal KEDAI BAJU DALAM Barat PORNO ni, yg diBENAQ buka waktu PKP!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Ya, teruslah kau NGO Islam & PAS PENIPU - jadi KULI2 paling HINA pd. Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU Parasit!!

Anonymous said...

Terima kasih YDPA. Beri masa untuk selesaikan dulu masalah covid, kemudian baru pru15. Pm sekarang adalah yg paling layak jika bandingkan dengan presiden umno.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Pi BERAMBOS lu ke KANDANG Bersatu LIBERAL PARASIT!!

Anonymous said...

Kikiki

Anonymous said...

Pastinya penyumbang kpd perbalahan ini berpunca dari umno yg tidak mahu perpaduan melayu. Ramai pemimpinnya yg korup masih berada di kerusi kepimpinan.Tolak pemimpin ini dan ganti dengan pimpinan baru yg lebih bersih. Orng melayu perlu berani buat anjakan menyokong pas yg pemimpinnya bersih dan pejuang Islam dan orang melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails