Wednesday, January 13, 2021

Masyarakat India terharu Kedah lulus tapak kuil -K Kumaresan

 

ALOR SETAR: Masyarakat India menyambut langkah kerajaan Kedah meluluskan tapak bagi membina kuil Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) K Kumaresan berkata, masyarakat India teruja di atas keprihatinan kerajaan negeri meluluskan tapak kuil bagi membolehkan penganut Hindu membina kuil di situ.

Katanya, ramai masyarakat India di Kedah merakam ucapan penghargaan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kerana bersedia meluluskan tapak kuil tersebut.

“Tidak kurang juga yang menzahirkan sokongan terhadap Menteri Besar di atas keprihatinannya menjaga hak semua kaum dan agama di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Selasa lepas Menteri Besar mengumumkan kerajaan Kedah sedia menimbangkan kelulusan tapak kuil untuk penganut agama Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Tahun lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh kuil yang dibina di tanah milik kerajaan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Berikutan itu, ada parti tertentu yang mewakili masyarakat India membantah tindakan tersebut sehingga menganggap Menteri Besar Kedah sebagai rasis.

K Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar (Hal Ehwal Masyarakat India) memberitahu ramai penduduk India menghubunginya bagi merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 13/1/2021

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • 2 comments:

    Unknown said...

    Ha. Ha. Ni mesti PAS jadi khadam dengan abang long MIC ni.. Baru atok lim punya fikiran

    Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

    JANGAN Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu DAYUS lagi - dgn. BIAQkan mana2 KUIL HINDU di atas TANAH2 HARAM lagi, sudahlah!!!

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails