Friday, January 15, 2021

Covid-19 cabar peniaga tembusi pasaran digital

 

Penyertaan e-dagang dalam kalangan PKS meningkat sebanyak tiga peratus antara Mac dan Oktober 2020. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Meskipun ia bukanlah rahsia lagi bagi sektor Perusahaan  Kecil dan Sederhana (PKS) terkesan akibat pandemik Covid-19 dan disusuli Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas, namun banyak PKS berjaya bertahan dengan mengendalikan perniagaan mereka dalam talian.

Malahan dalam tempoh sebulan selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun lepas, aktiviti perniagaan dalam talian meningkat 28.9 peratus, demikian menurut laporan berita.

Banyak PKS termasuk restoran, kedai runcit, pasar raya dan peniaga menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengguna, yang boleh diperoleh menerusi dalam talian yang membolehkan mereka akses kepada pasaran yang lebih besar dan luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PKS Malaysia, Rizal Nainy berkata, penyertaan e-dagang dalam kalangan PKS meningkat sebanyak tiga peratus antara Mac dan Oktober 2020 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Manakala antara 1 Mac hingga 31 Oktober tahun lepas, sebanyak 373,213 entiti mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi kategori dalam talian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengendali Restoran Muslim Malaysia, Datuk Jawahar Ali memberitahu Bernama, lebih 2,500 restoran — atau 65 peratus daripada jumlah 4,250 ahli seluruh negara — kini turut menjalani perniagaan dalam talian, dan menambah kata pandemik Covid-19 sebagai ‘dorongan’  bagi mereka untuk membawa perniagaan mereka ke platform digital.

Merekayasa semula perniagaan

  Rizal menggesa para pengusaha dan peniaga untuk maju dan serius mempertimbangkan bagi  menyesuaikan teknologi maklumat dan komunikasi kerana ia memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan sektor PKS tidak hanya dari segi meningkatkan produktiviti dan kecekapan tetapi juga dalam memperluas jangkauan pasaran mereka.

Bagi menyesuaikan diri dengan ekonomi digital secara keseluruhan, PKS perlu merekayasa semula model perniagaan mereka untuk memastikan mereka mempunyai strategi, proses dan infrastruktur perniagaan yang betul untuk menyokong transformasi digital, katanya.

“Ini menjadi semakin penting sekarang ini memandangkan pandemik yang masih dialami  mempengaruhi banyak perniagaan, terutama mereka yang belum menyesuaikan digitalisasi dan belum menceburkan diri dalam e-dagang,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, dari Pusat Pengajian Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, memuji langkah para peniaga mendigitalkan operasi mereka dengan menyatakan bahawa langkah itu bukan sahaja akan menghasilkan pendapatan berpotensi lebih tinggi tetapi juga sejajar dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 negara ini.

Memetik penjualan satu hari yang luar biasa oleh pemain e-dagang Ali Baba dan JD.com pada 11.11.2020 (festival membeli-belah global), beliau berkata, jumlah penjualan gabungan mereka lebih tinggi daripada peruntukan Belanjawan 2021 Malaysia iaitu RM322.5 bilion.

Untuk rekod, Ali Baba mencatatkan jualan bernilai RM230.89 bilion dan JD.com RM165 bilion pada 11.11.2020, yang meningkat sehingga RM395.89 bilion.   

Oleh itu, pengusaha melaksanakan langkah tepat dalam memindahkan operasi mereka ke ekosistem digital untuk memanfaatkan pasaran dalam talian yang menguntungkan, katanya.

Rahmat di sebaliknya

Anuar Shah Bali juga berkata, peralihan progresif e-dagang boleh memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi negara dan memungkinkannya untuk menghadapi cabaran ekonomi global.

“Jika lebih banyak PKS beralih kepada perniagaan dalam talian, mereka akan boleh meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada 2019, PKS menyumbang 38.9 peratus KDNK dan 66 peratus pekerjaan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan perniagaan dalam talian tahun ini dijangka meningkatkan pertumbuhan KDNK, yang akan memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus hingga 7.5 peratus seperti yang disasarkan di bawah Belanjawan 2021.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang, Kamarul Nizam Razak, menyifatkan wabak Covid-19 sebagai satu rahmat di sebaliknya dan berkata ia telah memaksa peniaga untuk lebih berdaya tahan, berani dan kreatif dalam menyesuaikan diri dengan suasana perniagaan semasa.

“Ramai peniaga menjalankan perniagaan menerusi dalam talian bagi meningkatkan hasil jualan masing-masing dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan. 

“Walaupun platform digital telah memberi aliran pendapatan kepada peniaga, ia juga membantu syarikat perkapalan dan penghantaran untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan,” katanya.

Kamarul Nizam berkata, beliau sendiri terpaksa melakukannya dalam talian pada tahun lepas selepas PKP dikuatkuasakan dan pada mulanya beliau mendapati ia agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

“Cuba bayangkan, selama 20 tahun saya mengendalikan gerai menjual produk minuman di pasar malam di Shah Alam. Kemudian, tiba-tiba saya terpaksa menukar arah dan beralih menggunakan platform dalam talian seperti Facebook dan WhatsApp untuk mempromosi produk saya.

“Meskipun margin keuntungan harian hanyalah kira-kira 20-30 peratus daripada yang saya peroleh sebelum ini, tetapi masih sebagai peniaga kami perlu mengambil risiko yang kami tidak pernah jangka sebelum ini,” tambahnya lagi.

Strategi pemasaran kreatif

Seorang pensyarah Fakulti Pengkomputeran di Universiti Malaysia Pahang, Dr Rahmah Mokhtar, pula menggesa peniaga agar melaksanakan strategi pemasaran kreatif untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana persaingan sengit dalam kalangan pemain e-dagang.

“Bagi perniagaan dalam talian, produk itu sendiri memerlukan visualisasi dan foto yang boleh menarik pelanggan untuk ke laman web berkenaan. Contohnya, peniaga yang menjual murtabak semasa bulan Ramadan perlu memuat naik gambar makanan yang lazat itu untuk menarik pelanggan.

“Mengubah sudut foto produk anda juga suatu tindakan baik untuk menjadikan iklan itu kelihatan lebih menarik. Jika anda tidak pandai dalam mengedit foto, anda boleh sahaja mengupah orang yang mahir untuk melakukannya agar foto itu cantik dan memikat pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan hashtags atau # dalam laman media sosial juga penting untuk membolehkan perniagaan seseorang menjangkau pelanggan yang disasarkan.

“Pengguna media sosial akan berhubung dengan perniagaan anda setiap kali mereka menaip nama produk yang anda jual di kotak carian. Contohnya, jika anda menjual murtabak, anda boleh menggunakan hashtags seperti #murtabak, #murtabakpekan atau #murtabaksedap,” katanya. -Bernama

IHtv

8 comments:

Anonymous said...

Harakah daily ada untung ka?
Mampu bayar hutang x?

Anonymous said...

Dulu kereta bergantung pada petrol. Sekarang sudah ada pada solar. Bukan bahan yg dicari tapi fungsi. Moral pemimpin penting. Tidak ada pada harta. Makin banyak harta, makin kurang moral. Tapi makin banyak faham agama, makin tinggi moral dan makin mulia jika berharta.

Anonymous said...

dah tak ada kerja tak ada duit. siapa nak beli? bangang punya.
harakah pun boleh jual secara digital macan rocket kini.
pasal apa lingkup. ahli tak ada duit beli online

Anonymous said...

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bahawa kerajaan sedang memperhalusi RUU 355 sebelum ianya dibentangkan semula ke Dewan Rakyat dipersoalkan.

Ini kerana, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada walaupun ada Pas di dalamnya gagal menyekat kenaikan kekerapan cabutan judi nombor ekor apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355, kata bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Pedana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maiden kepada Dr Zulkifli.

Bagi Hanipa, dengan Pas yang sudah berada dalam kerajaan pun gagal untuk menyekat judi nombor ekor dari dinaikkan kekerapan cabutannya dari lapan ke 22 kali, apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355 ini.

“Adakah YB harap kami semua nak percaya ke kata-kata YB fasal RUU 355 ni?

“YB pun tak bersedia dan tak berupaya untuk paling minima kurangkan kekerapan cabutan khas judi nombor ekor jauh sekali nak haramkan terus judi, apatah lagi nak laksanakan RUU 355 ini,” kata Hanipa.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, kerajaan PN yang ada lebih cenderung kepada “tak bersedia dari bersedia”.

“Bila baca kenyataan YB tersebut, nampak macam kenyataan tersebut lebih cenderung kepada tak bersedia dari bersedia.

“Ia macam tidak lebih selain kata-kata manis di bibir sahaja,” kata Hanipa menerusi tulisan beliau.

Antara sebabnya kenapa beliau berkata begitu, Hanipa berkata, semasa ia dibentangkan ia hanya sekadar dibaca sahaja tetapi tidak pernah dibahaskan.

“Bukankah dalam Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT sekarang ni sudah ada parti ehem (Pas) dan YB Menteri Undang-Undang dari parti ehem yang pernah masa jadi pembangkang dulu bentang untuk sekadar baca sahaja di Parlimen usul RUU persendirian bagi kononnya nak pinda Akta 355.

Anonymous said...

Pada tahun 1985, telah keluar satu amanat yang telah membakar semangat perjuangan Pas terhadap Islam sehingga berlakunya kejadian Memali di Baling yang meragut nyawa 18 orang.

Amanat ini dinamakan sebagai Amanat Haji Hadi kerana amanat ini telah dikeluarkan oleh Hadi Awang sendiri bagi membakar semangat ahli Pas dalam memperjuangkan agama Islam. Ahli-ahli Pas yang mendengar amanat ini mula rasa bersemangat sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta.

Dalam Amanat Haji Hadi ini, beliau telah menyebutkan sebab-sebab penentangan beliau terhadap Umno dan BN kerana parti Melayu ini telah mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan undang-undang jahiliyah.

Pada zaman tersebut, banyak kecelaruan dan perpecahan telah berlaku sehingga sebuah masjid mempunyai dua imam, sembelihan parti lain tidak boleh dimakan dan berlakunya kes cerai di antara suami isteri kerana peggangan parti politik yang berbeza. Itu lah kemudaratan yang dibawa oleh Pas suatu ketika dahulu sehingga sekarang masih terus diingati.

Itu yang disebutkan oleh Hadi Awang 36 tahun yang lalu. Setelah berabad melawan Umno, akhirnya dua parti seteru ini mula bersatu dalam Muafakat Nasional (2019) sehingga Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional yang terhasil daripada pengkhianatan.

Persoalannya, adakah Pas masih ingin mengekalkan perlembagaan penjajah yang masih diamalkan sejak kemerdekaan 1957 sehingga sekarang? Adakah Pas masih ingin mengekalkan undang-undang yang dikatakan kafir dan jahiliyah?

Segalanya sudah terjawab sekarang apabila Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan. Perlembagaan dan undang-undang kafir yang didakwa oleh Hadi Awang selaku presiden Pas sekarang masih dikekalkan. Bahkah, ideologi Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini kelihatan sudah dilupakan setelah mendapat kedudukan dan jawatan.

Apakah ini yang diperjuangkan oleh Pas selama ini? Apa terjadi dengan RUU355, hudud, arak dan penghapusan pusat judi? Sedangkan cabutan khas judi telah dinaikkan di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Pas juga dilihat tidak menunjukkan kesetiaan dalam menjalinkan hubungan persahabatan sama ada kekal dengan Muafakat Nasional bersama Umno atau Perikatan Nasional bersama Bersatu sehingga timbul keraguan terhadap ahli Umno untuk bekerjasama dengan Pas pimpinan Hadi Awang.

Pas masih dalam dilema dalam membuat pilihan kerana bahtera Pas dipimpin oleh seorang nakhoda yang tiada arah tuju dan tidak cekal dalam menempuh perjuangan.

Sekiranya ahli Pas masih berfikiran sempit dan tidak mahukan pembaharuan, nescaya bahtera Pas akan terus hilang arah tuju dan tenggelam di lautan

Anonymous said...

TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!

Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah, Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP.. Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan Melayu Islam kena di Pertahankan..

Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan Islam Bersatu pun.. ?

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi apa beza kalau DAP perintah pun...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...

Anonymous said...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..



Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...

Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..

Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..

Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri... Description: 🙂

Anonymous said...

Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil
January 15, 2021
Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.

Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.



Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).

Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.

Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.



“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.

Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.

“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.

“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails