Tuesday, January 26, 2021

Lawak Lucah, Apa kata Pelawak-pelawak?

 

Achey percaya penonton ada pilihan untuk beralih kepada program lain jika menganggap rancangan lawak ditonton membawa elemen kurang baik. Foto IG Achey

HALAMAN HIBURAN

Subjek 'dalam kain' umpan penonton

KUALA LUMPUR: Terlalu teruja menggeletek hati penonton membuatkan segelintir pelawak terlupa aksi dan dialog dilontarkan keterlaluan serta berunsur lucah yang boleh diertikan sebagai 'double meaning' atau membawa maksud lain.

Gara-gara naik 'sheikh', ada pelawak terlupa program disajikan bukan sekadar ditonton orang dewasa, malah kanak-kanak yang diakui cukup memuja artis komedi malah menjadikan mereka idola.

Tidak hairanlah, ibu bapa mula mempersoalkan kewibawaan stesen televisyen (TV) yang didakwa tidak peka apabila menyajikan program yang menyelitkan unsur tidak bermoral, termasuk kelucahan melampau semata-mata memburu rating.

Bagi keluarga beranak kecil, stesen TV sepatutnya menapis kandungan disiarkan. Malah, ada juga yang membangkitkan soal pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang difikirkan perlu lebih tegas memastikan program disiarkan tidak merosakkan minda kanak-kanak.

Mendapatkan reaksi pelawak berpengalaman, diakui, tidak semua artis komedi 'menjaja' jenaka lucah demi menghiburkan penonton.

Namun, mereka setuju, kadangkala dek terlalu ghairah, terlepas unsur tidak sepatutnya, terutama ketika siaran langsung.

Pelawak seperti AR Badul, Ebby Yus, Ajak Shiro dan Achey menganggap pada hakikatnya, banyak topik lain boleh dijadikan bahan jenaka.

AR Badul mengaku segelintir pelawak mungkin terlalu teruja sehingga terlupa jenaka disampaikan berunsur lucah atau 'double meaning' yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka.

Namun, baginya, tindakan itu tetap salah biarpun jenaka disampaikan mendapat sambutan.

AR Badul yang sudah lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia seni menganggap sudah sampai masanya kerajaan dan stesen TV mengenakan syarat ketat kepada program lawak termasuk tindakan keras ke atas pelawak yang didapati melampau.

"Saya faham, ada masanya idea lahir spontan. Bagaimanapun, perkara itu tetap salah. Jika boleh dielak, lebih baik elak.

"Kita perlu hormat sensitiviti penonton terutama dalam kalangan kanak-kanak.

"Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas dengan memantau kandungan disiarkan di TV.

"Mungkin menteri sekarang perlu lebih agresif seperti bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang cukup tegas apabila tidak membenarkan artis lelaki berambut panjang muncul di TV.

AR Badul mahu kerajaan dan stesen TV mengambil tindakan tegas terhadap pelawak yang didapati melampaui batas ketika beraksi di pentas. Foto Ihsan FINAS

"Kita sepatutnya melaksanakan perkara sama. Jika ada pelawak yang masih ingkar, kerajaan atau stesen TV perlu sekat mereka daripada muncul dalam program terbitan," katanya kepada BH Online.

Bagi AR Badul, dengan amaran tegas, baru pelawak akan patuh kerana bimbang rezeki disekat.

Tambahnya, stesen TV juga boleh memantau dengan menyunting bahagian yang tidak sepatutnya disiarkan termasuk program siaran langsung.

"Jika stesen TV lebih peka, mungkin kontroversi tidak akan tercetus. Mereka masih sempat berbuat sesuatu dengan memotong babak tidak sesuai," katanya.

Ebby Yus pula berpendapat, pelawak yang mendapat idea spontan mencurah-curah, cenderung terlupa perkara disampaikan sensitif kepada penonton.

Namun, baginya, keadaan boleh dikawal jika ahli kumpulan lain bijak mengalihkan topik yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Ada kumpulan yang mungkin terlalu ghairah sehingga terlepas pandang.

"Namun, di sinilah, ahli kumpulan yang lain perlu bijak memainkan peranan mereka.

"Jangan menjadi seperti bola tanggung. Sepatutnya, apabila ada anggota kumpulan yang terlepas cakap ataupun perlakuan mereka, ahli lain perlu cepat 'cover line' ataupun memohon maaf kepada penonton.

Ebby berpendapat kumpulan lawak berkumpulan wajar membantu antara satu sama lain jika ada ahli yang ‘terlepas’ dialog kurang sesuai bagi mengelak kontroversi. Foto NSTP/Salhani Ibrahim

"Ini bagi mengelak tercetus kontroversi selepas program berakhir," katanya.

Ebby berkata, tafsiran double meaning itu juga bergantung kepada penonton.

"Penonton dewasa mungkin sedar adanya unsur double-meaning. Tetapi kanak-kanak tidak tahu apa yang disampaikan pelawak.

"Namun, jika tiba keadaan di mana kanak-kanak tahu apa yang ingin disampaikan, itu memang melampau.

"Jadi, kita sebagai pelawak tidak boleh semborono, sebaliknya harus mengambil kira pandangan penonton. Apatah lagi, banyak perkara lain yang boleh dijadikan bahan jenaka," katanya.

Bagi Ajak daripada kumpulan Shiro yang diasaskan bersama Shahrul, mereka tidak pernah menggunakan unsur lucah sebagai topik.

Malah, mereka lebih suka mengetengahkan kandungan berunsur nasihat dan berpegang kepada hakikat artis komedi arus perdana ada tanggungjawab kepada masyarakat.

"Lawak berunsur lucah sudah lama digunakan pada majlis kahwin. Namun, untuk program TV, bagi saya, kurang sesuai.

"Saya tidaklah mengecam rakan yang menggunakan unsur begitu kerana terpulang kepada masing-masing.

"Cuma saya harap, pelawak yang suka menggunakan unsur sedemikian agar berubah.

"Tanpa menampilkan lawak begitu, bukan bermakna kita tidak dapat bertahan dalam industri. Buktinya, Shiro sehingga kini masih bertahan walaupun tanpa unsur lucah dalam lawak," katanya.

Sementara itu, Achey daripada kumpulan lawak Bocey mengaku ada kalanya lawak 'double meaning' tidak disengajakan.

Bagaimanapun, setiap kali sebelum muncul di pentas seperti dalam program Muzikal Lawak Superstar, pelawak lazimnya berlatih di hadapan wakil SKMM, sehari sebelum siaran langsung.

"Wakil SKMM akan beritahu perkataan apa yang boleh dan tidak digunakan. Sekiranya terlepas, stesen TV akan menyunting bahagian terbabit.

"Namun, bagi Bocey, kami seboleh-bolehnya mengelak perkara itu. Tetapi, bagi sesetengah pelawak, jika tidak 'sentuh' subjek itu, mereka fikir lawak tidak menjadi," katanya.

Bagaimanapun, tambah Achey, penonton ada pilihan.

"Jika menganggap program lawak tidak elok untuk anak, mereka berhak tidak menontonnya.

"Namun, sebenarnya, bukan melalui program lawak, banyak lagi medium lain seperti YouTube, Netflix dan sebagainya ada unsur begitu.

"Jadi, janganlah kecam program lawak semata-mata," katanya.

Sementara itu, jenaka lucah yang sering ditonjolkan dalam program TV boleh memberi kesan negatif dari sudut psikologi dan tingkah laku terutama kanak-kanak untuk jangka masa panjang.

Mengulas lanjut perkara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhamad Fuad Abdul Karim, berkata apabila terlalu kerap disogok lawak lucah, amalan itu dibimbangi menjadi kebiasaan yang menyebabkan anak-anak terjerumus dalam anasir tidak baik.

"Kanak-kanak mempunyai sifat naluri ingin tahu. Apabila mereka semakin membesar, mereka suka teroka dunia.

"Apabila mereka tidak mendapat jawapan dalam sesuatu perkara, kita takut anak ini mencari jawapan sendiri. Apabila perkara itu berlaku, kanak-kanak terbabit akan bergantung dengan kawan-kawan.

"Jika silap bimbingan, kesannya akan mempengaruhi sikap dan keperibadian mereka.

Muhamad Fuad khuatir kecenderungan pelawak menonjolkan unsur lucah dalam jenaka memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak. Foto Ihsan Muhamad Fuad Abdul Karim

"Jadi, hasrat untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai perspektif baik serta positif akan berdepan masalah jika perkara ini terus berlaku," katanya.

Muhamad Fuad menambah, masyarakat harus dididik supaya tidak bersikap terlalu terbuka dan menganggap lawak lucah hanyalah bahan santai dan ketawa.

"Istilah lawak itu sendiri adalah sesuatu yang boleh timbulkan rasa gembira.

"Tetapi apabila kita tambahkan dengan unsur lucah, jelas membawa maksud tidak baik dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat kita," katanya.

Tambahnya, tidak mustahil, apabila terlalu kerap disogokkan dengan lawak lucah, masyarakat menganggap ia perkara biasa dan menerimanya tanpa malu.

"Kita takut apabila lawak lucah sudah sebati dalam diri, apabila bersama ibu bapa atau orang lain, akan 'terkeluar' jenaka yang tidak sesuai dengan budaya dan agama kita," katanya.

Muhamad Fuad menyarankan stesen penyiaran lebih tegas dalam memastikan program terbitan mereka terhindar daripada lawak tidak bermoral.

"Mungkin mereka boleh mengambil contoh penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 baru-baru ini yang mewajibkan peserta menandatangani surat aku janji supaya persembahan finalis tidak menimbulkan isu berbangkit.

"Tindakan seperti ini perlu dipraktikkan untuk mengawal elemen lucah di pentas lawak terus berlaku.

"Sama seperti penyanyi dan pelakon, pelawak juga dianggap 'role model' kerana apa yang mereka lakukan boleh mempengaruhi cara masyarakat berfikir dan bertindak," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wujud pula lawak lucah? Berasaskan negara kita 'negara umat Islam' dan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutun) meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka wajarlah kita kembali kepada 'hiburan menurut syariah'.

Kalau tak faham, belajarlah dari Kelantan!


IHtv

4 comments:

Anonymous said...

Pak Asim, sapa nama pondan yg dikir barat tu....Kajol?
Pak Asim pernah tengok tak klip video nyanyi Khan dgn budak tino tu....

Tak patuh syariah jugak, ada di Klate...

Anonymous said...

Sorang dua penyokong bang non ada juga kat klate. Yg ramai kat selangor. Homo jugak macam bang non.

Anonymous said...

east java hot news, visit :
jatimTIMES

Anonymous said...

Kuat ko melanggan bapok ni..mana lorong suma ko tau ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails