Wednesday, January 27, 2021

Lantik wanita Muslim jadi peguam mampu ubah dasar ekstrem AS?

 

Saima Mohsin. - Foto Pejabat Peguam Besar Wilayah Michigan

Wanita Muslim pertama jadi peguam besar wilayah AS

MICHIGAN: Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah tercipta apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah di negara itu.

Akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, melaporkan Saima Mohsin, 52, akan menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari.

Mengikut Perlembagaan AS, peguam besar wilayah juga adalah ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terbabit dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah negara itu.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik peguam sedemikian di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan AS.

Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya Khamis lalu, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama peguam besar untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.

Dilahirkan di Pakistan, Mohsin menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih sedekad dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

"Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam kedudukan yang cukup penting, iaitu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur wilayah ini," menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat terlebih dulu sebelum boleh menyandang jawatan itu secara kekal. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lantikan wanita Muslim jadi peguam besar mana sekalipun di AS, tidak akan mampu merubah dasar negaranya yang tidak Islamik dan ekstrem mengikut telunjuk Zionis Israel, menjadi sederhana. Bahkan tambah mengelirukan pandangan umat Islam memang ada.

Di Malaysia, adakah benar di zaman pemerintahan PH selama 22 bulan sebelum PN, ada cubaan meng'PH-DAP'kan negara melalui hakim dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan?


IHtv

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan korup ph menang dengan sebab fitnah, lantik thomas jadi peguam negara, lintang pukang perundangan negara. Pembunuh anggota bomba pun boleh bebas.

Anonymous said...

Apa yg ph fitnah tu?

Anonymous said...

Skrg dh jd KERAjaan bila lg nk tangkap pembunuh Adib... Cabutan nombor ekor yang naik ada lh... Takpo janja melayu isle perintah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails