Thursday, January 28, 2021

Konsep negara makmur, peroleh keampunan Allah SWT. -GAMIS

 

Usaha martabat Islam secara komprehensif

PADA 25 Januari 2021, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam berpaksikan tiga ciri utama iaitu Thaqafah (keilmuan), Ruhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme).

Dasar ini adalah satu konsep yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat yang meliputi semua pihak lantas mampu diterjemahkan sama ada oleh individu, komuniti, organisasi, mahupun negara. Justeru, GAMIS akan terus menyokong dan menyambut baik dasar kerajaan ini dalam usaha mendaulatkan syiar Islam di Malaysia. Jika dasar ini dapat diamalkan dalam pentadbiran sepenuhnya maka masalah berkaitan integriti dan kredibiliti pekerja mahupun pemimpin tidak akan timbul. Ini kerana konsep Rabbani itu menuntut setiap individu berlaku benar dan jujur dalam kerjanya selari dengan kehendak Tuhan. 

Dasar Manhaj Rabbani ini menggambarkan bahawa Islam bukan sahaja menuntut umatnya untuk menunaikan solat dan membayar zakat sahaja akan tetapi Islam itu melengkapi segenap aspek kehidupan termasuklah ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan, kekeluargaan dan pentadbiran selari dengan prinsip Ubudiyyah kepada Tuhan dalam kehidupan.

GAMIS berpandangan bahawa dasar ini sangat baik dan perlu dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menghadapi pergelutan dalam era pandemik COVID-19 yang melanda sekarang ini serta isu-isu lain melibatkan agama, ekonomi dan sosial untuk dijadikan panduan dan hala tuju yang jelas.

Akhir kata, GAMIS bersedia menjadi penggerak dasar ini di peringkat mahasiswa khususnya dan menyeru kepada seluruh pihak sama ada individu, masyarakat, mahupun organisasi agar menyambut usaha ini dan dilaksanakan mengikut kemampuan masing-masing supaya kita sama-sama dapat membina Malaysia menjadi sebuah negara contoh yang dibanggakan dengan konsep negara yang makmur dan memperoleh keampunan daripada Allah S.W.T.

“Memimpin Kebangkitan Mahasiswa”

AHMAD NAZIRUL MUBIN RUSLIM
Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan 
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) – HARAKAHDAILY 28/1/2021

8 comments:

Anonymous said...

Negara makmur celah mananya? Hudud yg sekian lama diperjuangkan pun x dilaksanakan lg.

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Zaman darurat ni yg pegang kuasa ialah pm muhyiddin. Harapkan bang non, kucar kacir negara. Tambah pulak bang non jadi khadam dap.

Anonymous said...

PEJABAT MBalak KEDAH kena COVID-19 ke?

Ni dah kena COVID-19, nak kata lagu mana? Kalau kena kat MB dari PH sure Lebai Kongkiak Kelarah dan Walaun Tetap Bodo akan kata BALA.

Tapi kalau kena kat puak PA$ maka lebai dan walaun akan kata itu adalah ujian, mehnah dan tribulasi perjuangan Islam.

Wekk....

Unknown said...

Hang dengan parti pujaan hang buat apa? Semua orang buat tak kena, uslub dah wah pun tak tahu ada hati nak komplen macam macam pirahhh bongok

Anonymous said...

Dah tu apa fungsi lebai bahlol dlm kerajaan? Makan gaji buta je ke?
Takat walaun bodoh mcm ko mmg kena lauk la dgn dalil burung hud hud. Spesies lembu2 ternakan gini yg ulamak jadian cukup suka.

Anonymous said...

Zaman darurat gini blh plk lebai naik gaji.

Zaman darurat gini blh plk lebai rembat smpi 14 bijik mercedes.

Zaman darurat gini blh plk lebai sokong pertandingan ratu cantik.

Zaman darurat gini blh plk lebai tutup mata judi cabutan bertuah meningkat berkali ganda.

Zaman darurat gini blh plk menteri2 halimunan dan duta bertaraf menteri mkn gaji buta!

Unknown said...

Hang tu yang bangang, menteri agama tengah usaha nak tambah kefahaman rakyat yang perli pasal hudud, kalau terus nak buat hudud nanti hang dengan puak puak hang akan terjerit jerit kata ramai tak faham lg, dan tuduh pulak hudud pas... Sibuk dok tuduh menteri pas
makan gaji buta, hang pilah mintak dekat pembantu atau pejabat menteri tu jadual kerja dia sebelum hang nak tuduh makan gaji buta. Aku rasa kalau kau kena kerja mcm ustadz Zulkifli atau menteri pas lain mau kau sewel meroyan nak jilat buntut atuk lim... Memang tahap macam babi lah hang ni

Anonymous said...

Tmbh kefahaman rakyat psl hudud???
Dalil baru ke??? Keh355x!

Kitorang dah lama tau walaun2 pas mmg spesis lembu2 ternakan..kah355x!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails