Tuesday, January 26, 2021

Kisah Babi Hutan di Sungai Tuang. Jangan ikut perangainya..

 

MASJID TANAH, 26 Jan: Beberapa kawasan di persekitaran Kampung Sungai Tuang termasuk kawasan halaman rumah sering diganggu babi hutan yang turut merosakkan tanam-tanaman penduduk kampung.

Menurut seorang penduduk kampung Casper Grootenhuis Abdoel Whahid, 50, yang ditemui berkata persekitaran rumah beliau menjadi sasaran haiwan ini kerana rumah beliau berdekatan kawasan paya dan belukar.

“Haiwan ini biasanya akan datang pada waktu malam yang sunyi. Mereka makan dan cabut tumbuhan-tumbuhan kecil. Rosakan rumput di halaman rumah saya,” ujar beliau.

Beliau yang merupakan seorang Muslim berasal dari Belanda dan telah tinggal di sini lebih 10 tahun, mendakwa haiwan ini semakin membiak dan sukar untuk dihapuskan.

Casper Grootenhuis Abdoel Whahid

Beliau yang ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam berkata, beliau juga telah berusaha sendiri minta bantuan dari pihak Perhilitan sebelum ini namun tindakan yang telah diambil agensi itu tidak memadai kerana haiwan ini masih lagi berkeliaran.

“Dua tahun lepas haiwan ini tidak banyak seperti sekarang. Namun sejak akhir-akhir ini haiwan ini semakin membiak.

“Pihak Perhilitan pernah datang dan menangkap menggunakan sangkar besar dan operasi menembak haiwan ini juga ada dijalankan. Namun hanya untuk sementara sahaja. Selepas itu mereka (Perhilitan) tidak datang lagi,” ujar beliau hampa.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang ditemui Norazli Mohd Zain, 50, yang tinggal menyewa di sebuah rumah di kampung ini pula berkata haiwan ini sering mencari makan di belakang rumah sewa beliau.

“Banyak tanaman seperti pokok pisang, ubi kayu dan serai musnah dikerjakan haiwan ini. Semak samun kawasan belakang rumah sewa saya juga jadi tempat tinggal babi hutan” ujar beliau.

Dakwanya, beliau pernah membuat aduan tentang masalah yang dihadapinya ini, namun masih belum ada tindakan susulan.

“Dulu saya pernah mengadu tentang masalah ini pada sidang kampung tapi sampai sekarang belum ada lagi tindakan.

“Yang saya risau, binatang ni pun boleh mendatangkan penyakit selsema misalnya kalau tidak dikawal atau dimusnahkan,” tambah beliau lagi.

Untuk rekod, haiwan perosak babi hutan ini juga berpotensi untuk membahayakan pengguna jalan raya kerana sering di lihat berada di atas jalan raya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti keprihatinan kerajaan PN yang ada sekarang terhadap rakyat, bukan macam kerajaan PH sebelumnya, yang runtuh dengan sendirinya, hanya sempat mentadbir 22 bulan saja..

Mujurlah.. jangan ikut perangainya.

IHtv

7 comments:

Anonymous said...

Tu yg ada exco melaka dlu keje tembak babi. Mana dia skrg?

avanza5990 said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti keprihatinan kerajaan PN yang ada sekarang terhadap rakyat, bukan macam kerajaan PH sebelumnya, yang runtuh dengan sendirinya, hanya sempat mentadbir 22 bulan saja..

Mujurlah.. jangan ikut perangainya.

mujur ada babi boleh pak cik ni buat karangan. covid xde idea nk karang. nak bentang kt KERAjaan xde idea. kisah babi pun jadi la pak cik.

ke sebab babi ramai bani melayu tak daftar ngundi.....saja tanya jgn marah. smlm babi lalu depan rumah saya. dah tuhan jadikan babi....ada la gunanyeeeeee....

Anonymous said...

Aku YB ke kau YB... tolonnn YB 'beliau' dah turun menganas...

tolonnn

Anonymous said...

Adoi la pak cik...malu dgn budak sekolah rendah.

Anonymous said...

anjing pun tak lak. harimau pun dekat pupus.
impot banyak racun oomph, bukan aje babi mati.
sikit hari gajah pympy pun pupus ter makan racun.

Anonymous said...

Babi tu makanan bangsa dap.

Anonymous said...

Kaum kerabat ko pun ada yg kje cari mkn dgn bangsa Dap. Walaun Pas sembang, babi melaka pun blh terbang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails