Monday, January 25, 2021

Ini wakil negara umat Islam M'sia. Tengok gambar pun dah...

 

SUKAN

Jun Hoong sertai Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA

KUALA LUMPUR: Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong adalah antara penerjun Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun pada 18 hingga 23 April ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chen berkata selain pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, pihaknya juga akan menghantar skuad terkuat dalam kejohanan yang menjadi sesi kelayakan terakhir ke Olimpik Tokyo 2020 pada Julai.

Katanya, pemilihan terakhir penerjun lain untuk kejohanan itu akan ditentukan Ketua Jurulatih Terjun Kebangsaan, Christian Brooker.

"Skuad terjun negara pada masa ini sedang menjalani latihan secara dalam kuarantin sejak beberapa minggu lepas di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil," katanya kepada Bernama hari ini.

"Semua yang berlatih di Bukit Jalil telah pun menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum meneruskan latihan mereka. Semua mereka disahkan negatif,".

Inilah wakil dari negara umat Islam Malaysia sertai Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun pada 18 hingga 23 April ini. Tengok gambar pun dah ada yang rasa malu, apa lagi kalau tengok aurat betul-betul.. 

Jon Hoong menyertai Kejohanan Terjun Antarabanga Malaysia secara maya pertama di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, bulan lalu, dan itu adalah saingan pertama sejak Mei 2018.

Penerjun kelahiran Perak itu kali terakhir menyertai kejohanan pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia di Kazan, Rusia pada Mei 2018, di mana beliau memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama bersama seorang lagi penerjun negara, Pandalela Rinong.

Sejak itu, Jun Hoong menjalani rehabilitasi sejak menarik diri daripada Sukan Asia Indonesia pada Ogos 2018 untuk menjalani pembedahan kecederaan lutut.

Sementara itu, Mae Chen mendedahkan yang MAS tidak bercadang menghantar penerjun negara untuk meneruskan latihan mereka di China sebelum penyertaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020, disebabkan peningkatan mendadak COVID-19, sejak beberapa bulan lalu.

- BERNAMA


IHtv

3 comments:

Anonymous said...

Syukur la skrg kerajaan melayu isley..
Asalkan bukan ph dan dap. Menteri sm duta khas duk umah makan gaji buta pun xpe..
Takdirrr!

Anonymous said...

Ph dulu bawa pesta arak, pesta tattoo, pesta lesbian. Mujurlah 22 bulan. Kalau tidak malysia dah bukan milik melayu Islam. Apa yg pkr dan pan buat masa tu. Sokong membabi buta.

Anonymous said...

Puak otai paling sibuk batu api kan rakyat pasal PAS dan PN/BN. Tuduh lobai terompah, lobai jual agama... macam macam dia orang tibai


PKR dan otai pulak ape yang dia org buat untuk Islam... macam mana pulak latik kaki jubo nak pelihara Isle.. ciba citer... lantik Gay Tua jadi pembela Isle..... mana maunyer...!!

Gilo..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails