Tuesday, January 12, 2021

Ini, anti rasuah dalam K/Pertanian &Industri Makanan.. 5 strategi Dr Ronald Kiandee

 

MAFI lancar KARMA 2021-2025 untuk tangani rasuah

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini melancarkan Kalam Anti Rasuah MAFI (KARMA 2021-2025) merangkumi lima strategi dan 48 pelan tindakan yang antaranya untuk mengukuhkan ketelusan dan kecekapan proses pengurusan permit, lesen dan kuota.

Turut terkandung ialah strategi untuk meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti tatacara penyiasatan dan pendakwaan MAFI, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan bantuan dan insentif.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang melancarkan KARMA 2021-2025 itu dengan visi ‘Peneraju Pertanian dan Industri Makanan Berintegriti, Telus dan Mesra Rakyat’ berkata pelan tersebut bertujuan merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Berdasarkan pelan itu, MAFI telah mengenal pasti lima bidang berisiko untuk ditangani, antaranya pengurusan perolehan awam, pengurusan permit lesen dan kuota serta penguatkuasaan dan pendakwaan padu beras, katanya.

“KARMA 2021-2025 ini akan dilaksana dan diukur keberkesanan bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini,” katanya ketika berucap melancarkan pelan itu di kementeriannya di sini.

Sementara itu, Kiandee berkata pendekatan baharu dan di luar kebiasaan diperlukan bagi memastikan MAFI dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan termasuk cabaran semasa yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

“Kita mesti terus memberikan penekanan yang lebih terhadap penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, pembangunan model pertanian moden, pertanian tepat, agrorobotik, aplikasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan sebagainya sejajar dengan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau mahu MAFI menjadi kementerian yang mesra perniagaan dan berupaya menarik pelaburan ke dalam sektor agromakanan yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.

Kiandee turut meminta kepimpinan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi menyemak semula peraturan dan prosedur sedia ada yang tidak relevan, bertindih serta membebankan supaya dipermudahkan selaras dengan pembudayaan dan amalan norma baharu pasca-COVID-19.

“Semua jabatan dan agensi MAFI yang terlibat perlu bekerja secara berpasukan bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan,” katanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • 6 comments:

    Anonymous said...

    Dah KARMA plk!

    Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

    Apa hal DARURAT pula skrg.?!! PKP dah cukup!! Rejim PN ni mmg. TAK GUNA betul!!

    Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

    Kami RAKYAT mahu PRU15 skrg. - rejim PN ni makin ZALIM, RAKUS & BUAS!

    Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

    Ya, patut diPERSALAHkan rejim PN paling TAK GUNA ni!! MAJIKAN2 paling TAMAK yg. menggaji PATI2 - TAK juga diTANGKAP @ diHUKUM!!

    Tgk. kenapa KEM. KESIHATAN, MKN serta rejim PH Selangor PARASIT - TAK juga MENDAKWA si syarikat Tokey DAPparasit, TOP GLOVE serta syarikat2 PEMBINAAN, yg. memBAHAYAkan NYAWA Rakyat & Negara - dgn. punya TAMAK & BONGKAK - mulanya TAK menyaring Pekerja2 ASING depa, utk. COVID-19, cthnya Top Glove, sampai lebih 7000 dijangkiti?!!

    Sbb. disyaki ada PATI2 - sbb. tu TAK disaring , kerana kalau disaring, kena berikan maklumat lengkap Pekerja2!!

    Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/12/01/19-kertas-siasatan-dibuka-terhadap-syarikat-top-glove/

    Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

    Bersatu LIBERAL/PAS - semoga ALLAH SWT balas akan KEZALIMAN & PENGKHIANATAN kamu ni!!

    Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

    Patutlah, selama ni TAK peduli pekerja2 Asing/PATI2 ni diSARING sebelum boleh kerja, mcm. kat Top Glove tu - rupa2nya ini MO licik & jahat rejim PN GILA ni!!

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails