Wednesday, January 06, 2021

Demi Mangsa Banjir Permaisuri Agong 'turun padang', Tapi...

 

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah berkenan memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai. - Foto BERNAMA

Permaisuri Agong sedia juadah untuk mangsa banjir

KUANTAN: Bagaikan sudah menjadi rutin bagi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk rakyat Pahang yang ditimpa musibah banjir.

Tunku Azizah sejak bergelar Tengku Puan Pahang sebelum ini tidak pernah ketinggalan menyantuni penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setiap kali berlaku banjir di Pahang untuk menyediakan juadah daripada air tangan baginda sendiri.

Bertempat di dewan orang ramai di Sri Damai hari ini, baginda menyediakan pelbagai juadah menarik antaranya ayam masak halia, sardin, telur masin dan kobis masak lemak untuk 128 mangsa banjir di situ.

Turut membantu Tunku Azizah adalah 15 orang penuntut diploma kulinari Kolej Universiti Yayasan Pahang (KUYP) bagi menyediakan juadah di PPS berkenaan.

Salah seorang penuntut KUYP, Muhammad Ariff Hashim, 22, berkata beliau banyak membaca mengenai keprihatinan Tunku Azizah memasak sendiri juadah untuk mangsa banjir dan merasa sangat bertuah kerana dapat turun padang bersama baginda pada tahun ini.

"Kami diberikan tugas yang pelbagai termasuk membersihkan bahan yang akan dimasak, memotong dan menyediakan ramuan.

"Secara tidak langsung saya dapat mempelajari menu dan cara memasak yang baru untuk diamalkan di rumah atau selepas tamat pengajian nanti," katanya.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah berkenan memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai. - Foto BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, syukur. Semoga Allah panjangkan usia Tuanku.
 
Tapi tak ada pun pemimpin-pemimpin atau bekas pemimpin Malaysia yang kekayaannya setaraf atau melebihi YDP Agung, atau juga ahli-ahli perniagaan di Malaysia.. yang membantu mangsa banjir terang-terangan begitu?   

Eloklah membantu terang-terangan, supaya berkembang budaya baik pemimpin dan orang kaya turun padang membantu rakyat miskin, apalagi di waktu terdesak begini. Insya Allah!

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Album 1 

2 comments:

Anonymous said...

Agong dan permaisuri pun tlg mangsa banjir. Lebai berkubang dlm bilik smbil cemburu tgk org lain tlg mangsa banjir.

Yaa..kami puas hati!

Anonymous said...

Dalam2 banjir2 pun, masih ada MA'ALAUN yang BUANG BAYI dalam ladang kelapa sawit? Dikatakan setiap 10 minit akan lahir seorang ANAK LUAR NIKAH?

Ish..ish.. tak heran la kalau Allah SWT turunkan COVID-19 dan beri banjir besar!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails