Thursday, January 07, 2021

Agong tinjau banjir Pahang, santuni mangsa..

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM - Foto Istana Negara

KUANTAN: Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terhadap mangsa banjir terus terserlah apabila baginda berkenan meninjau keadaan banjir di Pahang menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan dengan menaiki pesawat EC725 pada jam 9 pagi tadi dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Al-Sultan Abdullah dijadualkan mendarat di Kuala Lipis untuk menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.

Pmandangan daripada udara, keadaan sekitar Kampung Raja Temerloh yang tenggelam banjir berikutan liempahan air Sungai Pahang dan air Sungai Semantan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

"Selepas di Lipis, Yang di-Pertuan Agong akan ke Mentakab dan Temerloh juga untuk menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab serta PPS Dewan Majlis Perbandaran Temerloh," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berangkat pulang dari Istana Negara, kelmarin, bagi meninjau keadaan banjir di Pahang dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

Daerah Maran yang teruk terjejas akibat banjir, menjadi lokasi pertama Al-Sultan Abdullah mencemar duli melawat mangsa banjir dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebelum berangkat ke Kuantan. – BERNAMA

IHtv

5 comments:

Anonymous said...

Dahulu galak memFITNAH Najib membunuh Analtunya, semua terpengaruh dengan DAKYAH dan FITNAH yang dibawa oleh parti yang beridealogi KOMUNIS sehingga ramai orang2 Melayu yang mengangkat pemimpin2 KAFIR sebagai pemimpin mereka!

Bila Allah turunkan COVID-19 dan bala bencana banjir, sama2 lah rasakan!

Anonymous said...

Btl tu..dlu galak fitnah PH gadai aset org melayu islam. Agen yahudi la. Agen komunis la.
Sekat hudud la..sekat ruu355 la
Kes arwah adib la..
Gadai aset tabung haji la..
Lebai dun klate naik gaji la..
Buka kedai judi la..
Buka arak la..
Sokong pertandingan ratu cantik la..


Bila Allah turunkan COVID-19 dan bala bencana banjir, sama2 lah rasakan!

Anonymous said...

Zaman NAJIB dahulu meriah dengan segala macam bantuan kecemasan banjir dsb. Bantuan datang berduyun2 mencurah2 dari segala segenap penjuru!

Zaman sekarang nampak sangat Bersatu TIADA AKAR UMBI yang sudi menolong?

Aku IDOK lah! Elok aje KERAH ATAOK KAU dan ABAH KAU sahaja!



Anonymous said...

Agong lagi...!
Mana pegi lebai2 ni suma..kan dah naik gaji??

Anonymous said...

Lebai suma takut sejuk..dah masyukk. Walaun menyalak jauh2 suda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails