Tuesday, September 08, 2020

Syabas Tuan Ibrahim, Jom Terus Gempur Penjenayah Alam Sekitar!

 Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat contoh air selepas melakukan lawatan di Loji rawatan Air Sungai Selangor Fasa (LRASSP1) di Kuala Selangor, hari ini. - NSTP/Fathil Asri Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat contoh air selepas melakukan lawatan di Loji rawatan Air Sungai Selangor Fasa (LRASSP1) di Kuala Selangor, hari ini. - NSTP/Fathil Asri

Tubuh Unit Jenayah Alam Sekitar pantau pencemaran

KUALA SELANGOR: Kementerian Alam Sekitar dan Air akan menubuhkan Unit Jenayah Alam Sekitar untuk menangani isu pencemaran.

Menteri, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim, berkata langkah penyelesaian jangka sederhana itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyelaras tindakan bersama antara agensi penguat kuasa bagi membanteras kegiatan pencemaran sungai.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan itu secara dasarnya dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perbincangan pagi tadi.

Selain itu, katanya, cadangan sama juga dijangka dibincangkan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat.

"Unit ini dicadang untuk diletakkan di bawah sektor keselamatan memandangkan isu berkaitan air dan alam sekitar ini dilihat berpotensi menjejaskan keselamatan negara terutama ekonomi dan kesejahteraan rakyat, jika sebarang bencana berlaku," katanya selepas melawat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 dan sesi bersama petugas pelbagai agensi berkaitan yang terbabit sepanjang penguatkuasaan dan pemulihan bekalan air di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kementerian itu juga akan mempercepatkan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang antara lain bagi mengenakan penalti lebih berat dan bercadang membentangkannya pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Kementerian juga akan memastikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pemantauan terhadap kualiti air mentah secara berkala dan meningkatkan kekerapan operasi melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Penguatkuasaan ini akan dilakukan secara mengejut ke lokasi di huluan muka sauk. Untuk makluman, saya sebenarnya selalu turun ke sungai dan selepas ini kita akan lebih giatkan aktiviti pemantauan ini.

"Kementerian juga akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri kertas cadangan inisiatif untuk memastikan sumber air mentah tidak dicemari dan menyebabkan gangguan bekalan air," katanya.

Mengenai status bekalan selepas gangguan berikutan pencemaran Sungai Gong di Rawang minggu lalu, Tuan Ibrahim berkata, pemulihan sudah mencapai 75.31 peratus membabitkan 93.27 peratus daripada keseluruhan pemilik akaun yang terjejas dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi Rabu ini.

"Tempoh berbeza bagi penerimaan bekalan didorong pelbagai faktor, antaranya ialah jarak kawasan penempatan daripada loji dan aras kediaman di kawasan tinggi atau berbukit kerana agihan turut membabitkan faktor tekanan air atau graviti.

"Justeru, saya meminta pengguna menggunakan air secara lebih berhemah bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar mengikut pelan pemulihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSyabas Tuan Ibrahim, jom terus gempur penjenayah alam sekitar dengan penubuhan unit khas. Rakyat tetap bersamamu, insya Allah!

Hibur Hibur Sikit

14 comments:

Anonymous said...

Yeahh..kami puas hati penjelasan Arul Kanda!
(Tak paham sepatah haram pun)

Unknown said...

Menyampah betul kau dengan ulamak ya... Baguslah tu, kat siti kasim sayang lg cinta kot

Anonymous said...

Anon 9.46 tu ckp btl apa. Dh mmg geng lebai puas hati. Tu yg najib ke dalam 12 thn.
Terimalah kebenaran walaupun pahit.

Anonymous said...

Di Perak terdapat ramai PENJENYAH & pemusnah2 alam sekitar yang memusnahkan gunung ganang. Kejasama PKNP dengan YTL umpamanya telah memusnahkan gunung ganang dalam skala besar2an dan tidak terkawal!

Harap Tuan Ibrahim dapat meyantuni dan menyelami masalah habuk kilang simen YTL disana! HABUK KILANG SIMEN TERSEBUT DIKATAKAN AMAT BERBAHAYA kepada paru2 manusia!




Anonymous said...

Banyak tugas2 mencabar buat Tuan Ibrahim dalam membenteras penjenayah2 alam sekitar, tapi dengan kerjasama rakyat jelata insyaAllah masalah2 alam sekitar akan dapat ditangani bersama.

Jom tanpa mengira fahaman politik sama2 sokong Tuan Ibrahim!

Anonymous said...

bungur banar hikam tuk...

Anonymous said...

SURGHA pun luasss..
neraka pun luasss..
Kau pilih lah saja mana kau suka..

Anonymous said...

Mengapa KERA jaan Pee H tidak menutup kilang yang mencemarkan alam sekitar di zaman Pee H berkuasa ? Adakah towkaynya puak biaDAP ? Adakah kerana Wang masyuk tabung biaDAP ?

Anonymous said...

Dasat ko..blh main pilih2 je nk masuk syurga ke neraka.

Anonymous said...

Dia sama tokey balak yg gondol hutan kat gua musang

Anonymous said...

Jom Pas mulakan dgn siasat virus dlm kumbahan dlu.

Anonymous said...

Selesaikan masalah air lumpur kelantan dulu. Puak kerajaan kelantan harus ditangkap dulu sebab lakukan jenayah pencemaran air. Yg tau keluarkan airmani mcm motar snake. Haha

Anonymous said...

Nampaknya puak RBA sangat terdesak untuk mencipta isu sehingga sanggup mencipta fitnah kerana RBA telah muflis idea untuk menfitnah.

RBA bimbang hujung bulan ini RBA tidak mendapat dedak cap roket.

Maka RBA muka tembok menulis Komen penuh maki hamun dan lucah. Jika RBA suka maki hamun dan menulis lucah, boss RBA sudah pasti tidak bermoral.

Anonymous said...

Dia ulamak ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails