Wednesday, September 09, 2020

Sasar OKU ingin memulakan kehidupan berdikari.. -Dato’ Siti Zailah

 ILC tawar khidmat kepada OKU

ILC tawar khidmat kepada OKU

KUALA LUMPUR: Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) menawarkan perkhidmatan asas kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) bagi memperkasakan diri untuk memulakan kehidupan berdikari.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pusat ini mensasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari yang telah lama berada dalam sebuah institusi atau berada di bawah jagaan ahli keluarga.

“ILC terbuka kepada semua OKU terutamanya yang tinggal berhampiran pusat tersebut dan dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan atau kurang upaya yang tahap serius,” ujarnya.

Jelas beliau, tujuh buah ILC telah ditubuhkan sehingga penghujung 2020 dan dua daripadanya telah beroperasi sepenuhnya, manakala lima lagi berasa dalam proses akhir sebelum dibenarkan beroperasi pada penghujung Disember tahun ini.

“Dua buah ILC telah beroperasi sehingga kini iaitu di Petaling Jaya, Selangor dan di Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor. Sehingga kini, seramai 1004 orang OKU telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

“Manakala, lima lagi buah ILC sedang ditubuhkan dan akan beroperasi tidak lama lagi iaitu di Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak dan Johor,” kata Siti Zailah menjawab soalan daripada Senator Ras Adibah berkenaan perkembangan status OKU di Malaysia, di sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, terdapat faktor perubahan terhadap dua buah ILC ini dengan melihat kepada taburan OKU yang memerlukan dan juga agensi-agensi berkaitan.

Tambah beliau, dalam masa sama terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut bersedia untuk membantu mengendalikan ILC berkaitan dengan mematuhi standard piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 8/9/2020

Hibur Hibur Sikit

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
Khabar angin bertiup kencang: Ayah Chik dan tiga orang kuat parti akan masuk parti DAP Jumaat esok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails