Tuesday, September 08, 2020

PAS hasrat tanding 10 kerusi -SU PAS

PRN SABAH : PRK TUNTUT LEBIH BANYAK KERUSI?

TAWAU: PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

TAKIYUDDIN Hassan

“Sekitar 10 kerusi kita angkat (kemuka) untuk bertanding, termasuk calon Muslimat PAS dan PAS biasanya bertanding di kerusi tradisi misalnya di Tawau dan Kalabakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam perdana anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah di sini, malam tadi.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti gabungan Perikatan Nasional (PN), masih lagi dibincangkan dalam semangat muafakat parti gabungan Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional menggabungkan parti BERSATU, BN, PAS, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
 
“Kita tidak mahu berlakunya pertandingan tiga penjuru atau lebih yang terbukti merugikan kita sebelum ini. Jadi kita bertanding bersama-sama dalam kerjasama yang erat antara PN dan rakan sekutu di Sabah,” katanya.

Menurutnya, semua parti mengemukakan senarai kerusi yang diharap dapat ditandingi dan proses rundingan jawatankuasa di peringkat parti di Sabah serta Persekutuan masih berlangsung.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan dalam PRN kali ini, berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, setelah Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan 12 Sept sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi awal pada 22 September. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

6 comments:

Anonymous said...

Meh jilat bontok Ayah Chik yang ada taik kering...

Anonymous said...

Yang kencing rakyat itu biaDAP.

Yang janji hapus tol itu puak roket.

Yang kena dakwa kes LTTE itu biaDAP.

Yang bebaskan barua pengganas LTTE itu biaDAP.

Yang menafikan keadilan untuk Adib itu biaDAP.

Yang robohkan kampung dan gerai Melayu di PP itu ultra rasis biaDAP.

Yang robohkan kampung Melayu dan gerai di Sgor itu khadam biaDAP.

Yang mahu hapuskan hak Islam itu biaDAP.

Yang Jual aset negara itu Nobita biaDAP.

Yang mahu hapuskan hak kaum Melayu itu biaDAP dan khadam munafik liberalnya.

Yang mahu buang kakitangan awam Melayu itu biaDAP

Yang melingkupkan tabung umat Islam itu biaDAP.

Yang makan rasuah banglo itu biaDAP.

Yang makan rasuah terowong itu biaDAP.

Yang melingkupkan ekonomi negara itu
nobita kepala bapak biaDAP.

Yang menyamun peruntukan untuk sekolah Melayu dan sekolah Islam itu gonna end.

Yang hina Islam itu biaDAP.

Yang fitnah parti Islam itu biaDAP.

Anonymous said...

Pas tanding 10 kerusi?? Cantik!
10 kerusi dh menang free kat Warisan!
Keh355x

Anonymous said...

Wah RBA 11:52 ternakan parti kafir harbi roket melakukan syirik besar dengan menjadi tukang tilik @ peramal nasib di to kong gonna end sedangkan dia sendiri tidak mengetahui perkara ghaib.

Anonymous said...

Wah Ni anjing 12.33 tonggang kencing lebai bahlol mensyirikkan org lain.

Unknown said...

Satu masa nnt kau akan terberak atas tilam dan takde sapa yg nak cuci... Masa tu kau akan teringat apa yg kau hina pada tuan guru hj hadi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails