Monday, September 07, 2020

K'jaan bercadang lantik Orang Asli jadi guru takmir - Dr Zulkifli

  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri (kanan), beramah mesra dengan penduduk setempat ketika menghadiri program Kembara Kasih Mualaf di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands, hari ini. - FOTO BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan bercadang mewujudkan program khas untuk melantik Orang Asli menjadi guru takmir sebagai antara usaha meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata cadangan itu sekali gus bertujuan memastikan setiap kawasan petempatan masyarakat berkenaan mempunyai guru takmir.

"Pelantikan guru takmir memang bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri yang mengatur tempat pembelajaran.

"Namun, kita mahu kalau boleh ada perubahan lebih bersifat menyeluruh dari segi penyampaian dan tugasan supaya semua tempat ada guru takmir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kembara Kasih Mualaf 2020 di Kampung Kuala Boh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan bahawa cadangan itu sedang diperincikan oleh pihaknya dan JAKIM, serta berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Bilangan mereka yang dianggap sedikit ketinggalan mengenai agama dalam kalangan masyarakat Orang Asli, perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Kembara Kasih Mualaf akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan lain untuk memastikan hubungan dengan saudara baharu lebih akrab.

Katanya, program itu meliputi pelbagai modul pembelajaran perkara asas seperti cara solat, mengambil wuduk, mandi wajib dan mandi jenazah.

Sempena program itu, beliau turut melawat beberapa rumah dan meluangkan masa beramah mesra dengan mualaf, selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan. – BERNAMA

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Kaedah yang sama boleh digunapakai di Sabah dan Sarawak untuk memperteguhkan lagi akidah dan pengetahuan saudara2 baru disana.

Semoga dipermudahkan segala urusan!

Ibnu Hasyim said...

September 7, 2020 at 11:56 AM
Cadangan di atas amat baik.
Tq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails