Tuesday, September 08, 2020

Kilang haram, beroperasi 6 tahun, nak tunggu menteri PAS baru jalan?

 PENGUAT KUASA MPS mengawal di hadapan kilang yang disyaki punca pencemaran Sungai Gong. FOTO Shahmi Imran

Kilang haram penyebab pencemaran sungai sudah beroperasi 6 tahun

Rawang: Kilang penyelenggaraan jentera di kawasan industri Sungai Gong di sini, yang disyaki punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihentikan Khamis lalu beroperasi secara haram sejak enam tahun lalu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kilang itu juga sudah dikompaun pada Mac kerana beroperasi tanpa lesen dan sehingga kini belum melakukan sebarang permohonan,

Katanya, premis terbabit dipercayai sudah beroperasi sejak 2014 lalu dan termasuk dalam senarai pemutihan kilang haram.

"Berdasarkan data oleh MPS, pengurusan kilang berkenaan tidak pernah membuat apa-apa permohonan lesen sejak 2014.

"Pihak MPS juga sudah dua kali menyarankan kepada kilang terbabit untuk membuat permohonan lesen selepas dikesan beroperasi sejak enam tahun lalu.

"Selain beroperasi tanpa kebenaran, kilang yang dipercayai sering menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain ini turut membina struktur bangunan dalam kawasan premis mereka tanpa kebenaran bertulis dari MPS," katanya ketika ditemui dalam operasi kilang haram di sini, hari ini.

Menurutnya, pemilik atau pengurusan kilang ini langsung tidak menghantar sebarang permohonan untuk menjalankan perniagaan.

"Pengurusan kilang dilihat tidak mempedulikan notis yang dikeluarkan sejak Mac lalu dan terus menjalankan perniagaan tanpa kebenaran serta mendirikan bangunan tanpa kebenaran," katanya.

Sehubungan itu katanya, MPS mengeluarkan notis kepada kilang penyelenggaraan jentera yang membuat binaan tanpa kelulusan itu.

Menerusi notis itu, pihak syarikat perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh tiga hari dan akan dirobohkan jika gagal berbuat demikian.

Mohamad Zin berkata, notis mengikut Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dikeluarkan kerana kegagalan syarikat berkenaan mengemukakan bukti.

"Dalam tempoh tiga hari jika gagal mengemukakan bukti premis berkenaan akan dirobohkan," katanya.

Katanya, bagi isu dan kes berkaitan pencemaran yang dikaitkan dengan pengurusan kilang, kesalahan itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar (JAS). MyMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:

(i) Dah kilang haram,

(ii) penyebab pencemaran sungai,

(iii) sudah beroperasi 6 tahun lalu. 


Mesti tunggu PM ke 8 dan menteri-menteri PAS baru boleh bertindak?? Al-hamdulillah, nasib baik ada PAS di bawah naungan PM ke 8!


9 comments:

Anonymous said...

Bagus menteri2 PAS dan Umno ni, tak macam menteri2 Pakatan Hancing yang tak deliver apa2 untuk rakyat, malah telah menghancurkan ekonomi negara!

Anonymous said...

Harap pihak kerajaan mengambil tindakan tegas juga pd penternak2 babi yg mencemarkan kebanyakkan sungai2 dinegara ini..sudah begitu lama masalah ini dibiarkan.. kerana utk kepentingan politik alam sekitar dibiarkan rosak tercemar.. harap menteri yg baru dpt memainkan peranan yg lebih tegas dan telus... jgn dibiarkan lagi penternak2 babi ni terus menjahanamkan alam sekitar kita semua....

Anonymous said...

PAS TERBAIK:-
1- Mengajar penyokongnya memaki hamun orang lain.
2- Menganggap bukan ahli PAS (walaupun atas pagar atau rakyat negara lain) TIDAK MASUK SYURGA. Adakah syurga untuk ahli PAS sahaja? Bagaimana Nabi Muhamad yang bukan ahli PAS?
3- PAS berdakwah dengan menghentam orang lain, inilah sifat2 SYIAH.
4- Memutarbelitkan HUKUM. Orang lain langgar PKP dikenakan hukuman, menteri PAS tak apa sebab sedang berjihad?

Inilah TOPENG PAS, orang lain menternak bani dan menjilat bontoto guang eng atau anwar berahim...mereka tak nampak mereka sedang menjilat dengan lahap bontot Ayah Chik...

SEdarlah, syurga HAK MILIK ALLAH dan kebiasaanya untuk mereka yang menjaga akidah, beriman, bertakwa dan menjaga AKHLAK ISLAM.

Camana?
Anda marah dengan saya..?

Anonymous said...

Mana komen jilat juboq tk basuh gian end??

Anonymous said...

5. Tidak ajak kapir masuk Islam. Tp kapirkan yg mmg Islam.

Anonymous said...

Menteri Mewa Pas check virus dlm pembentung pun x setel2 lg.

Anonymous said...

Dah jd menteri pun x laksanakan hudud sm ruu355 lg. Nak tggu jd Agong baru nk laksanakan kot.
Menteri ni x takut ke nanti lebai2 mangkuk nak tanam dia kat jirat cina??

Anonymous said...

Pas ajar ahli bertaqwa. Pas ajar politik islam. Pas ajak masuk syurga. Pas tolak minum arak. Pas tidak ajar ahli maki hamun.

Anonymous said...

Nampaknya RBA 8:58 adalah pesakit mental kronik kerana menulis komen karut marut berdasarkan khayalan RBA semasa RBA menikmati asap ganja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails