Monday, September 07, 2020

Kewibawaan Polis Dicabar Lagi.. K'jaan, Kaji Balik Pusat Hiburaan Bermaksiat Begini

 ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di tiga pusat hiburan di Kelana Jaya dan Damansara, Petaling Jaya dalam Op Noda, kelmarin

Makin ramai tauke pusat hiburan cabar polis!

Kuala Lumpur: Degil dan sengaja beroperasi walaupun mengetahui larangan kerajaan.

Itu tindakan tiga pusat hiburan di Kelana Jaya dan Damansara, Selangor, yang membuka operasi kepada beratus pengunjung tanpa mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini dibuktikan apabila seramai 227 pengunjung di premis hiburan itu ditahan dan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 susulan tindakan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya turut menahan penjaga premis iaitu seorang lelaki tempatan serta empat lelaki warga asing yang bekerja di premis berkenaan dalam serbuan itu.

"Semakan mendapati satu daripada tiga premis terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras selain menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja.

"Kami turut mengeluarkan sebanyak 227 kompaun kepada pengunjung tiga premis terbabit kerana melanggar peraturan mengikut Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya merampas sebuah komputer riba, sebuah mesin pengisar dan 15 botol arak pelbagai jenama dalam serbuan itu.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan terus memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan sepanjang PKPP dilaksanakan," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i). Kewibawaan polis seolah-olah masih dicabar  lagi. Siapa yang mencabar?

(ii). Pihak kerajaan perlu kaji balik aktiviti maksiat bertopengkan pusat hiburan. Malulah, negara  kita negara umat Islam atau majoriti Muslim.

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

13 comments:

Anonymous said...

Nak tutup pusat judi dan hiburan pun takut
bersyarah meletup sekamoung, aku ingat
aku ingat berani macam rakyat Palestin.

(Maklumat awal dah BOCOR,
PRU hujung tahun ini
dan soal selidik parti kerajaan : DSAI MENANG BESAR!)

Anonymous said...

Tak payah marah, buat sakit minda jer. Keluar saman, jika tak nak bayar, sumbat jer ke penjara. Daulatkan undang2.

Anonymous said...

PAS, UMNO, BERSATU, PUJAWANG tolak anuar. Bolehker anuar menang dengan sokongan DAPig dan PAN. Ramai yg geli geleman nak sokong anuar.

Anonymous said...

Aku ada juga dengar maklumat awal
DSAI menang besar sebab ramai ahli PAS dan UMNO undi PH secara rahsia.
Entahlah, ini kaji selidik group parti kerajaan.

Anonymous said...

Selain isu PENCEROBOH tanah2 kerajaan di Pahang, ramai juga nak nak tengok apa fungsi mahkamah dalam menangani isu ini?

Wak segan said...

"pihaknya merampas sebuah komputer riba, sebuah mesin pengisar dan 15 botol arak pelbagai jenama dalam serbuan itu". Ini bangang punya kerja...kena tak tangkap tuan punya kelab malam tu?????Lain kali kalau buat kerja banggang macam ni jangan masuk beritalah. Buat malu!!!!!

Anonymous said...

Dengar khabar anuar ke sg buluh buat kali ke 3.

Anonymous said...

Malukan ph dan dap.

Unknown said...

Ingat ke tokey kelab malam kena tahan..rupanya 15 botol arak yang kena tahan...hihihi

Anonymous said...

Zaman ph dulu tak de berita pun tentang mabok dan kelab malam. Pandai ph cover line. Tahniah kerajaan PN.

Anonymous said...

munang busat oooo..

Anonymous said...

Lama ko ngigau ni. Tu yg lebai mangkuk terpekik2 terlolong nak tutup kilang arak dan kelab malam dlu apa?
Skrg ko blh bgun tdo, pastu gi terjun sungai Klang.

Anonymous said...

Langgar perintah pkp? Sama je tokey cina tu dgn menteri dari segi moralnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails