Sunday, September 06, 2020

Kalau DAP PP Pertahan Warisan British&China, Mengapa Tidak Warisan Melayu?

 

Gesa ICU selamatkan warisan Melayu di P.Pinang

KEPALA BATAS: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) diminta mengambil peranan untuk memastikan Kampung Batu Uban yang telah wujud seawal tahun 1734 agar dipertahankan dan diwarta sebagai kampung warisan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, keberadaan Kampung Batu Uban telah menjadi penempatan dan pelabuhan Melayu terawal Pulau Pinang, bahkan lebih awal dari kedatangan Kolonial British Francis Light pada 1786.

Namun menurutnya, tanah kampung Melayu itu kini hanya berbaki suku apabila tiga perempat daripadanya telah diambil alih oleh pemaju Era Kemas, kemudian Asia Green dan Ivory Properties Group Berhad bagi menaikkan kondominium baharu di tanah itu.

Kesali beliau, semua perobohan kediaman dengan mengambil alih tanah tersebut berlaku di bawah pemerintahan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan sejak zaman Pakatan Rakyat lagi berjanji untuk mewartakan warisan yang ada di negeri ini.

Menurut Iszuree juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang dipecat DAP, gesaan tersebut sentiasa disuarakan PAS Pulau Pinang selaras janji Manifesto Pakatan Rakyat, termasuk mengemukakan memorandum kepada Kerajaan Persekutuan.

Memorandum berkenaan telah diserahkan dalam pertemuan bersama dua Menteri yang pernah menerajui portfolio kebudayaan iaitu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Kondominium bernilai tinggi harganya ini tidak menguntungkan kampung warisan Melayu. Sudah tentu yang akan hadir menduduki kondominium ini terdiri daripada bangsa DAP. Yang dapat kita lihat, Masjid Batu Uban juga sudah hilang jemaahnya,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga dilihat sengaja menangguhkan rumah-rumah ganti dari akujanji pernah diberi Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Mansor Othman dahulu, serta segala pembangunan pernah diperjuangkan sebelum ini.

“Tanah pun telah dikenalpasti dan sebagainya, tetapi pembangunan yang kononnya rumah ganti rumah itu terbantut, dan senyap terus.

“Akhirnya penduduk yang sepatutnya dibawa balik ke dalam kampung khususnya untuk diisi dalam flat ganti rumah itu akhirnya telah terpelanting keluar bila mana janji-janji itu semua tidak dikotakan,” katanya.

Sehubungan itu ujarnya, PAS Pulau Pinang telah mengemukakan alternatif dengan cadangan supaya kem tentera bersebelahan Kampung Batu Uban diambil alih dan dibangunkan di bawah ICU JPM bagi mengelakkan kampung itu terus lenyap.

Hal tersebut juga terangnya, memerlukan kem tentera tersebut dipindahkan ke Tanah Persekutuan di lokasi lebih sesuai dan strategik memandangkan kedudukannya di situ tidak lagi bersesuaian setelah bertapak sejak tahun 1960-an lagi.

“Kalau DAP boleh mewujudkan zon warisan dunia di Georgetown, semata-mata untuk memastikan warisan-warisan British dan juga China yang telah bermastautin di situ sejak tahun 1800 lebih tidak dimusnahkan, malah dipelihara lagi, kenapa tidak warisan lain?” soalnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2020

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

7 comments:

Anonymous said...

Sudah diberitau dap akan pertahankan warisan british dan meruntuhkan melayu pulau pinang. Mereka itu bukan lagi rasis, tak dah sama macam perangai yahudi. Mana PAN dan PKR? Tak nak menang dengan duduk celah ketiak DAP.

Anonymous said...

Tangkap jer kaki tangan yg terima rasuah dalam isu tanah ni. Cina dap pulak tak sayang duit untuk beri rasuah supaya dapat apa yg mereka hendak. Rasuah tidak sihat buat penerima dan juga pemberi.

Anonymous said...

Siapa menteri yang bertanggungjawab dalam perkara ini?

Sepatutnya beliaulah orang paling kehadapan dalam isu ini dalam mewartakan warisan Melayu ini!



Anonymous said...

Pulau Pinang itu sendiri sepatutnya disebut sebagai Pulau Pinang kerana sejarahnya dan bukan Penang! Sebagaimana Singapura yang dipanggil Singapore, kaum pendatang sedang dan ingin mengubah sejarah!

Kedua2 pulau ini telah dibuka dan telah alama didiami oleh orang2 Melayu dan bukan pihak penjajah seperti yang diagung2kan mereka!


Anonymous said...

X payah nak kecoh la psl PP. Hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

X payah nak kecoh la psl Hudud sm ruu355, gonna end kepala bapak kafir harbi kena dakwa kes rasuah dll apa citer?

Anonymous said...

Nice try untuk alih isu pulau pinang ke hudud. Apa2 pun isu pulau pinang penting juga, tak boleh pejam mata. Kejahatan dap jelas di pulau pinang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails